"WELCOME to Hotel Burnham Chicago, miss Juriffa and...?"
Seorang lelaki yang bertuksedo kemas sebagai penyambut tetamu dengan ramah menegur Juriffa yang baru ingin melangkah masuk ke dalam hotel mewah bertaraf 4 setengah bintang dan akan diiktiraf sebagai 5 bintang tidak lama lagi.
Pintu kaca itu dibuka oleh penyambut tetamu lelaki yang tersenyum manis dan berkulit putih itu.Juriffa tersenyum puas. Memang hotel ini bukan calang-calang hotel dan dia... bukan calang-calang tetamu. Jika tidak, masakan lelaki itu menyebut namanya. Pasti Jebat sudah menukar nama Jebat dengan namanya sebagai wakil daripada syarikat bapanya yang diuruskan Jebat.
"My future husband? Emriel."
"Mr. Emriel. Welcome!"
Emriel tersenyum sekali. Gasak kau ah Juriffa. Cukup 44 kali kau cakap camtu, memang jadi betul nanti tak tahu ah.
"Let me help both of you to check in to your room at the lobby. Miss and Mister can call me Bieber, I'm in charge as the leader of the bellboy in this hotel this week. Nice to meet the both of you."
"Okay. Nice to meet you too, Bieber."
Juriffa dan Emriel mengikuti langkah lelaki itu sambil beg tarik milik Euna yang berwarna ungu itu ditarik oleh seorang lagi bellboy yang mengambil beg tersebut daripada booth kereta yang menjemput mereka berdua tadi.
Sampai di lobi, Juriffa menguruskan semua urusan dibantu oleh Bieber. Emriel hanya berdiri di ruang menunggu sambil memerhatikan dekorasi hotel itu.
Cantik dan kelihatan elegan dengan warna perang gelap dikenakan dengan warna perang kusam, dan warna krim lembut. Dinding pula dihiasi dengan beberapa buah bingkai gambar berwarna putih yang diisi beberapa keping gambar tempat-tempat menarik di negara barat ini.
"I'm done, dear. Biar Ju hantar awak ke bilik awak dulu dan keluarkan beg awak yang ada dalam beg Ju tu dan... baru Ju balik bilik Ju."
Emriel mengangguk dan mengikut sahaja langkah gadis itu. Sesungguhnya waktu sudah menginjak ke tengah malam dan Emriel mulai penat. Terbayang katil spring hotel yang tak pernah mengecewakan aje.
"Thanks.."
Ucap Juriffa setelah Bieber dan bellboy pembawa bag menghantar mereka berdua ke lif yang amat besar dan berwarna perang gelap dihiasi dengan ukiran bunga berwarna emas itu.
"Just leave this bag with us. We can take it to our room ourselves. We have something to do with this bag. I hope both of you can understand."
Sambung Juriffa seraya menarik beg tarik ungunya daripada bellboy dan memasuki lif bersama Emriel.
"Oh, really? Okay then. But if you need anything or..."
"Just call directly to the lobby, right?" sampuk Juriffa dan Bieber tertawa kecil diikuti dengan anggukan kecil.
"Thanks again, Bieber."
"My pleasure, pretty."
"Amboi... bukan main mesra lagi eh dengan bellboy pun." sakat Emriel sebaik sahaja pintu lif itu tertutup rapat.
Baru kenal berapa minit dah mesra bukan main. Benda tak lawak pun nak ketawa ketawa.
"For your informationlah kan, Ju mesra dengan semua orang okey. Ju tak pernah pandang orang berdasarkan kedudukan dia. Setakat ni... paling mesra pun dengan abang bibiklah."
Entah buat kali keberapa Emriel jadi segan apabila Juriffa tiba-tiba hendak bermanja dengannya lagi. Aduh parah. Nasib masih ada secebis iman di hati ini.
"Nama abang bibik tu... Emriel. Hensem tau... he just... my type." ujar Juriffa sambil memegang lengan Emriel yang seperti kaku di sebelahnya.
"Hey... Why? Are you blushing, Emriel?" sengaja Juriffa menganggu Emriel yang bagai tidak tenteram di sebelahnya.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm