BAB 34

1.2K 106 30
                                    

One Call Away...

"PANDAI rupanya awak ni makan guna pisau dan garfu. Ju ingatkan awak tak pandai guna..."

Puji Juriffa, sambil matanya tidak lepas menatap Emriel yang sedang memakan stik menggunakan pisau dan garfu. Cekap dan kemas!

Sesuka hati aje Aafieq dulu pernah cakap yang Emriel tak pandai makan ala barat dan memandang rendah terhadap Emriel cuma sebab Emriel seorang yang miskin.

"Ingat saya ni lekeh sangat ke? Masa belajar kat Carver Military dulu, hampir tiap kali makan kena ikut protokol tau. Kalau tak pandai guna pisau dengan garfu, alamatnya tak makanlah."

"Woaaa... Makan ikut protokol? Ajar sikit boleh? Macam best aje?"

Emriel tersenyum segaris dengan sebuah gelengan sebelum mengambil pisau dan garfu yang terletak di atas pinggan stik Juriffa yang sudah licin.

"Kacau betul orang nak makan."

"Hehehe."

Garfu dan pisau disuakan kepada Juriffa yang sudah teruja hendak belajar.

"Kalau awak telangkupkan kutleri secara bersilang, awak memberi maksud kepada waiter yang awak nak makan lagi. Tapi bila awak silangkan atas pinggan macam biasa, maksudnya awak dah tak nak makan, dah kenyang. Got it?"

Juriffa hampir menggaru kepala dengan garfu dan pisau mendengar penjelasan lisan Emriel, tapi diaebabkan dia rasa segak malam ni, pergerakannya terbatas.

"Buat muka tadika tu tak pahamlah tu. Sini garfu dengan pisau!"

Garfu dan pisau bertukar tangan dan Juriffa yang mula fokus sudah mengeluh apabila bahunya dicuit. Kepala diangkat dan terlihat Aafieq yang berdiri di antara dia dan Emriel.

"Do you want to dance my beautiful fiance?"

Juriffa terdiam sejenak, melihat Emriel tetapi reaksi Emriel hanyalah tersenyum paksa dan menyuruhnya mengikut Aafieq yang menghulurkan tangan, menunggu tangan Juriffa mendarat di telapak tangannya.

"Bukan sekarang, abang. Ju tengah ada hal dengan Emriel ni..."

Jawapan paling sopan diberikan buat Aafieq yang belum berputus asa dan tiada tanda untuk berputus asa pun.

"Just one quick dance, sayang...?"

'Go'. Itu aje jawapan Emriel yang hanya menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara itu.

Akhirnya Juriffa mengeluh dan meletakkan tangan di atas tangan Aafieq. Ni bukan sebab arahan Emriel tapi ni sebab dia memang tak nak cari pasal lagi dengan Aafieq.

"Just one, okay?"

Aafieq mengangguk lemah. Menyesal dia sebut 'just one' semasa mengajak Juriffa untuk menari.

Ruangan khas untuk menari mula dipenuhi pasangan-pasangan yang menari berlatar belakangkan alunan piana-pella cukup romantik dimainkan oleh seorang lelaki.

Pinggang Juriffa dirangkul kemas oleh Aafieq. Rasa tidak selesa menguasai diri tetapi ditahan sebaik mungkin memandangkan malas hendak bergaduh. Aafieq bukannya cintakan dia pun, tapi Juweeta. Apa yang Aafieq buat, semua untuk Juweeta. Bukan Juriffa.

"Abang ni kan... Ramai lagi perempuan lain yang cantik, kenapa ajak Ju pulak nak menari ni? Abang nampak kan Ju tengah sembang dengan Emriel tadi..."

Suara Juriffa memecah keheningan antara mereka, masalahnya cuma topik yang disebut Juriffa tak best! Emriel, Emriel, Emriel!

"Abang nampak Ju seorang aje yang cantik kat sini...?"

"Sebab muka Ju macam muka Kak Juweeta kan?"

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now