BAB 20

1.6K 132 64
                                    

No matter where you go,
You know you not alone...

"NASIB baik kita satu flight walaupun daddy tempah lambat sikit..."

"Ye..."

Balas Emriel malas. Tak pasal dia kena ikut si Juriffa ni pergi US. Bunyinya macam tak ada kerja tapi... Bagus jugalah!

"Ya? Maksudnya awak nak duduk dekat Ju, lah?"

"Taklah. At least senanglah sikit, nanti sampai sama-sama."

"Awak suka sampai sama-sama dengan Ju?"

Soal lagi gadis yang berada di sebelahnya dengan wajah cukup gembira.

Hari ini Juriffa kelihatan sangat comel dengan seluar jeansnya, dikenakan dengan sweatshirt berwarna pink lembut dan sneakers berwarna hitam campur pink terang.

Okey. Sebenarnya pakaian Juriffa biasa sahaja. Tetapi perangai Juriffa sentiasa comel walaupun taubat merimaskan.

"Bukan itu maksud aku..."

"Yeah... Ju faham maksud awak. Save it okey."

Balas gadis itu seraya memeluk lengan Emriel seperti cuaca sejuk yang amat salji turun negatif dua puluh tujuh darjah celcius membuatkan Emriel jadi rimas dengan pandangan orang sekeliling.

Aduh... Kalau pekerja Aafieq nampak atau Aafieq sendiri yang nampak, memang nahas!

Sudahlah suasana KLIA hari ini agak sesak dengan orang ramai membuatkan dia terpaksa duduk di sebelah Juriffa.

Okey tipu lagi. Dia suka duduk dengan Juriffa sebab kalau tak nanti dia akan bosan cipan, alone, takda life.

"Kau sejuk ke, Ju?"

"Taklah. Cuma nak ambil ni! Susah betul!"

Terkejut Emriel apabila melihat CD playernya berada di tangan Juriffa dan gadis itu segera meleraikan pelukan di lengannya dan mula mengambil earphone daripada beg tangannya yang berada di antara dia dan Emriel.

Kalau diikutkan hati memang nak ambil macam cara tadi lagi tapi rasa agak nak tercabut bahu ah.

"Tapi kenapa yang peluk lengan aku sampai macam tu sekali... Haish."

Geram pula Emriel tiba-tiba. Satu, tadi Juriffa dah bikin dia debar tak tentu pasal. Kedua... Haritu Juriffa cakap cuma pinjam CD Nine Track Mind, bukannya CD player.

"Sajalah nak bermanja sikit."

Jawab Juriffa selamba sambil mencucuk earphone ke port bulat di CD player itu.

"Ni... Bila kau curi CD player aku ni? Ni nak marah ni..."

"Tak payahlah marah, okey? Sebab Ju dah hantar ke kedai untuk baiki. It's okay now. Wanna try? Yeah, we should try."

Juriffa sudah meletakkan sebelah earphone di telinga kanannya dan tanpa menunggu jawapan Emriel dia sudah menyumbat ke telinga kiri Emriel yang putih dan kacak itu. Erk.

"Tak kisah ke letak earphone dalam lubang telinga aku?"

Soal Emriel yang seperti kurang pasti itu. Iyalah, ada juga jenis manusia yang gelikan bekas orang lain.

"Mestilah tak kisah, sayangku. Kalau kisah, Ju sumbat je earphone dalam lubang hidung awak tu."

Dengan keredaan yang hakiki, Emriel mendengar sahaja lagu yang dimainkan di CD player miliknya yang sudah elok seperti biasa itu. Dan seperti biasa, Nine Track Mindlah! #puther #puthinator #ninetrackmind

Entah kenapa, buat kali pertama dalam hidup dia rasa dihargai. Ada juga wanita yang sanggup melayaninya dengan cukup baik dan sentiasa setia di sisinya ketika susah.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now