BAB 81

223 20 83
                                    

SUASANA kolej pada hari itu lain daripada hari lain. Suram dan tidak ceria.

Biasanya Juriffa gembira kerana Emriel yang menghantarnya, tapi sekarang posisi driver itu diambil oleh papanya.

Sudah genap seminggu Emriel menghilangkan diri tanpa khabar berita dan Juriffa mula menerima takdirnya. Mungkin Emriel bukan lelaki yang tepat.

Loker dibuka dan segala buku yang diperlukan untuk subjek hari itu diambil.

Polaroid mesra Juweeta dan Alan yang melekat di pintu dalam loker dilihat seketika dan wajah bahagia gadis itu diusap perlahan.

Untung kan hidup Juweeta... Tak kiralah dia jadi Juweeta atau Juriffa... Dia selalu dikelilingi orang yang baik dan tulus sayangkan dia.

Sedangkan Juriffa...? At the end, everything messed up.

Kemudian matanya beralih kepada dua keping gambar lagi yang turut terlekat elok di situ.

Satu, gambar tunangnya dan Aafieq yang telah dilekat lama. Kemudian, gambarnya dengan Emriel yang baru dilekatkan minggu lepas.

Ketiga-tiga gambar itu dicabut dan dilihat satu per satu kemudian digumpalkan dalam genggamannya.

Kemudian, semua gambar yang telah renyuk dibaling ke tong sampah besar berdekatan lokernya.

Benda dah tak berlaku dan menyakitkan hati, buat apa nak simpan.

Pintu loker ditutup dan tersentak Juriffa melihat wajah Alan yang tiba-tiba muncul di balik pintu lokernya.

"Alan! I terkejut la!"

Melihat Juriffa yang betul-betul terkejut dan angin kurang baik, Alan mula rasa bersalah dan hanya tersenyum sambil menggaru belakang lehernya.

"Oh maaf, maaf... I tak nak tegur you dulu sebab I takut ganggu you..."

Ucapan Alan tidak diendahkan dan Juriffa menarik nafas dalam sebelum terus berjalan untuk ke kelasnya.

Alan hanya mengikuti sehingga langkahnya seiring dengan gadis itu. Alan berasa agak risau dengan keadaan gadis itu.

Jelas wajah Juriffa sangat pucat tanpa sebarang make-up dan pipinya yang biasanya bulat kelihatan sedikit cengkung.

"Sooo... You okay?"

Soalan Alan membuatkan Juriffa melepaskan keluhan panjang penuh malas.

Dah jelas kot dia tak okey, ditanya lagi. Siapa je okey kalau tiba-tiba kena tinggal di hari pertunangan sendiri tanpa sebarang penjelasan?

"Alan... Pleaseee... Ju tak nak cakap pasal hal ni sekarang..."

"Okey... I just want you to know that whatever happen... I'm here... Okay?"

Ayat Alan sedikitpun tidak diendahkan Juriffa.

Macam tu jugalah Emriel kata dulu. Nak sentiasa ada di sisinya konon. Sekarang mana dia???

"Jom, saya teman awak pergi kelas. Sini buku tu I pegangkan..."

Tanpa banyak bicara, buku tebal di tangannya diserahkan kepada Alan.

Malas hendak berebut-rebut manja dengan Alan. Macamlah tak tahu, Alan kalau dia kata nak, dia nak.

"Awak jangan risau okey... Awak tu cantik. Awak cakap je nak lelaki macam mana. You don't have to do anything. They will come to you."

Juriffa mendengus perlahan mendengar ayat Alan yang cuba menenangkan dia sejak tadi.

Sedikit pun tak membantu, Alan. Mujurlah mereka sudah tiba di pintu kelas Juriffa.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now