RAMBUT yang tidak kemas diselitkan ke belakang telinga. Hujung t-shirt bercorak animasi Marvel yang dipakainya dibetulkan supaya tidak terangkat.
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum buku limanya diketuk ke pintu bilik Emriel tetapi tiba-tiba sahaja pintu bergerak menjauhinya dan tubuh Emriel pula yang muncul.
"Eh? Ju?"
"Hey, selamat pagi, Riel busuk-busuk masam Ju ni!"
Naik rimas Emriel apabila tiba-tiba morning facenya dicuit-cuit Juriffa tetapi dia tidak menghalang langsung kerana Juriffa comel sangat.
"Dah habis?" soal Emriel sinis sebaik sahaja tangan Juriffa jatuh daripada wajahnya.
"Hehe. Tak payahlah tanya macam tu sebab memang takkan habis. Cuma Ju takut nak buat lama-lama takut awak marah aje..."
Emriel tersenyum sumbing. Aduh, betul jugaklah.
"Dah, jom pergi makan sarapan dulu apa-apa pun. Sejak turun kapal terbang semalam kita tak makan lagi."
"Okey, jom. Ju pun dah lapar ni. Dengan letih tak habis-habis lagi."
Lengan Emriel ditarik sebaik sahaja pintu hotel ditutup dan mereka berjalan ke lif untuk turun ke tingkat dua, bistro floor.
Juriffa mengambil tempat di meja sebelah cermin besar yang mempunyai dua kerusi. Emriel tidak banyak cakap, hanya mengikuti langkahnya dan mengambil duduk berhadapan Juriffa.
Seperti biasa, waiter lelaki sudah datang meletakkan menu di atas meja tetapi Emriel dan Juriffa malas membelek.
"Good morning to both of you. May I take the order from you?"
"Just a normal English set breakfast." ujar Juriffa kemudian dia memandang Emriel, menunggu giliran Emriel mengorder.
"Chicken lasagna with Nandos chili sauce, add more salads and please make sure the lasagna not too salty nor sour. For water, just a glass of hot plain water, with the ice cubes surrounding the glass."
Jenuh waiter lelaki yang berdiri di sebelah meja mereka menyalin order sebelum dia mengangguk dan beredar setelah disuruh Emriel.
"Amboi dia ni... Mengada ye? Banyak songeh betul nak makan pun. Mentang-mentanglah makan free..."
Perli Juriffa dengan senyuman melirik di bibir. Emriel turut tersenyum, sinis.
"Taste aku tinggi kot. Jangan main-main."
Juriffa sudah menongkat dagu di meja, sementara tunggu sarapan, ratah muka kacak Emriel lu. Tambah-tambah Emriel turut melakukan posisi yang sama, memang macam tengok wayang HD.
"Tahu... Yang tak tahu dan confuse sikit... Ju ni tak cukup menarik ke? Ju ni memang tak ada ciri-ciri yang lelaki nak ke?"
"Apa pulak tak ada, kan Aafieq nakkan kau."
"Tapi Ju nak awak. Macam mana tu?"
Emriel terdiam seketika. Rasanya ini bukan masa yang tepat untuk meluah perasaannya. Dengan muka baru bangun dan t-shirt biasa, dekat bistro hotel... Err...
Tak memorable kot. Dia perlu set date yang boleh buat Juriffa ingat sampai mati.
Yes.
"Enjoy your foods."
Sedar tak sedar makanan semua dah sampai. Masing-masing mula mengambil kutleri yang diperlukan di atas meja dan, "Bismillah, Juriffa..."
Juriffa tersenyum sebelum meletakkan semula pisau dan garfu dan mengangkat tangan membaca doa makan. "Thanks ingatkan Ju, my future imam." walaupun tak solat.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm