"TAK payah gatal nak keluar."
Juriffa memandang Jebat yang menutup dan menghalang pintu utama dengan pandangan tidak puas hati. Dah kenapa Jebat ni tak bagi dia keluar jumpa Aafieq?
"Kesian dia panas terik kat luar tu. Kejap je Ju nak cakap dengan dia, nanti dia baliklah."
Balas Juriffa, sambil mengintai dari tingkap di sebelah pintu yang kelihatan Aafieq sedang menunggu di tengah panas terik petang tanpa memasuki keretanya.
"Biar dia jumpa matahari lama sikit. Selamani dia asyik duduk dalam pejabat je kan. Biar dia biasakan diri sikit kena panas dunia, buat praktis masuk neraka."
Ujar Jebat selamba tanpa sedikit pun rasa belas. Sumpah dia rasa macam tertipu gila, dikaburi dengan duit dan kebaikan Aafieq selama ni.
"Jebat... Dia banyak tolong kau dapatkan tender-tender hotel dalam syarikat papa kan... Dia pun banyak tolong aku. Aku just nak cakap thanks je. As a friend and an ex."
"Dia kawan aku doh, tapi dia buat kau macamtu? What if jadi apa-apa kat kau?"
Ada kerutan halus timbul di dahi Jebat menandakan dia sangat kecewa dengan perangai Aafieq.
"Kau nak marah sangat kat Aafieq kenapa? Bukan dia tu BFF forever kau ke? Lagipun, selamani kau pernah kisah ke pasal hidup aku? "
"Aku ada berapa orang adik sangat? Benci tahap mana pun aku kat kau, kau tetap adik aku, tanggungjawab aku. Aku pilih Aafieq untuk jaga kau sebab aku percaya gila dekat dia dan dia janji dia boleh jaga kau. Aku percaya dia, lebih tinggi dari aku percayakan sesiapa pun. End up macamni dia bagi...?"
Juriffa hanya mendiamkan diri. Sedikit sebanyak dia tahu perasaan Jebat. Jebat rapat gila kot dengan Aafieq.
"Entah-entah Juweeta meninggal pun sebab dia. Harap muka je suci. Tapi... Entahlah."
Juriffa tak rasa Aafieq ada kaitan dengan kematian Juweeta sedangkan dulu dia yang menyamar sebagai Juweeta. Boleh kira pakai jari beberapa kali je Juweeta betul-betul bertembung dengan Aafieq Ferdaous.
"Jebat cuba fikir elok-elok, jangan nak melulu salahkan Aafieq. Benda macamtu jadi bukan sebab Aafieq memang niat jahat dekat Juriffa. Tapi sebab Emriel yang tak jaga Juriffa betul-betul kat sana."
Ucap Hayati yang cuba mengapi-apikan Jebat terhadap Emriel pula. Juriffa mengetap bibir menahan geram mendengar bicara Hayati. Tiba-tiba je nak salahkan Emriel! Padahal Emriel tak ada kaitan langsung!
"Tak payah putar belitlah, ma."
"Ma... Kalau dia tak buat salah, dia takkan takut untuk bela diri dia. Jebat kenal dia. Dia kalau benda betul, dia akan fight habis-habisan. Tapi tengok jelah tadi tu... Dia memang tak boleh nak kata apa sebab jelas dia salah."
Kali ini Juriffa tersenyum dalam hati. Rasanya ini pertama kali Jebat menyebelahinya.
"Kau pergi naik atas sekarang. Kalau aku nampak kau keluar jumpa dia, aku potong kaki kau!"
Arah Jebat dalam nada yang agak tinggi membuatkan wajah cemberut Juriffa semakin muncung. Dia just nak bagi last appreciation je kot kat Aafieq. Nak call, malas Juriffa nak unblock nombor Aafieq.
Lagipun kalau Aafieq betul-betul nak contact dia, boleh je Aafieq emel ke, guna ask.fm ke, sarahah ke, pape jela. Tapi jelaslah tak ada effort sebab Juriffa block nombor dengan socmed je pun, dah Aafieq buntu sendiri nak contact guna apa.
Kaki dihentak-hentak menaiki tangga menunjukkan protes dengan sikap tegas tak tentu pasal Jebat. Pintu bilik dibuka dan Juriffa menghempaskan tubuh sendiri ke katil.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm