BAB 31

1.2K 93 25
                                    

"ARE you ready?"

Juriffa tidak lepas memandang Emriel yang berdiri di sebelahnya, cukup segak dengan berkemeja merah jambu dan bertuksedo kelabu.

"Yes, I am."

Jawapan Emriel membuatkan Juriffa tersenyum manis. Begitu juga Emriel yang matanya sudah terpaku kepada Juriffa yang

"Shall we?"

"Of course."

Tanpa ragu-ragu Emriel mememasukkan tangannya di siku Juriffa yang sepastinya mahu Emriel menjadi partnernya pada malam ini.

Senyuman manis tidak lekang di bibir nipis Juriffa. Gila kau rasa macam rama-rama penuh dalam perut. Tak pernah Emriel nak melayan manjanya yang 24 jam nonstop ni!

Tapi baru beberapa langkah mereka berdua berjalan, pegangan mereka yang baru hendak dikukuhkan sudah terlerai apabila Emriel ditarik ke kanan dan Juriffa ditarik ke kiri...

"Sayang partner dengan abang aje."

Siapa lagi kalau bukan Aafieq.

"Pasal Emriel, kau takyahlah risau. Aku boleh jaga dia."

Dan Jasreen yang tersengih ke arah Juriffa. Jelas tampak tegang wajah yang disolek simple dan natural pink milik Juriffa.

Satu, sakit hati sebab Jasreen dan Aafieq yang tiba-tiba kacau daun!

Dua, Jasreen peluk lengan Emriel!

Tiga, Emriel... Diam dan merelakan je?

Tangan Aafieq yang mencengkam elok di lengannya dialihkan sedikit kasar. Rimas!

"Ju pergi dengan Emriel je. Kitorang memang dah datang sekali, so, kitorang berdualah. Korang datang berdua kan? Satu syarikat kan? Korang berdua ajelah. Kan senang macam tu."

"Ju sayang... Tak payahlah berlagak sangat. Sayang tu bukannya pekerja syarikat papa yang Jebat uruskan tu pun.

Buktinya masa mesyuarat haritu, satu hal pun sayang tak tahu. Kalaulah ada pengurus syarikat yang lebih antarabangsa berminat nak collabs dengan syarikat Jebat tu, apa sayang nak cakap?

Pandai ke? Abang bukan nak kontrol hidup sayang, tapi fikirlah... Papa dengan Jebat harapkan sayang aje sekarang ni tau."

Ulasan panjang lebar Aafieq membuatkan Juriffa mengeluh panjang. Tak pasal kena lecture.

Tapi betullah apa yang dikatakan tunangnya tu. Dia memang jahil dalam bab pengurusan syarikat ni. Sebab itulah dia malas terlibat dalam syarikat keluarga.

Yang bekerja part time dengan Aafieq pun dia terpaksa sebab Aafieq yang paksa. Tapi dah hampir sebulan lebih dia malas masuk kerja. Aafieq kata tak apa... Tunang kesayangan kan...

"Tapi abang... Papa suruh Emriel ikut Ju datang sini sebab suruh dia jaga Ju. Takkanlah nak biar dia makan gaji buta? Biar jelah dia dengan Ju, jaga Ju."

Emriel melepaskan keluhan panjang. Sakit hati dengar istilah makan gaji buta tu.

Tapi sejuk hati jugalah bila Juriffa lebih percayakan dirinya untuk menjaga Juriffa daripada tunangnya sendiri, Aafieq.

"Abang ni tunang sayang. Sedar tak kenyataan tu? Jadi, abang lebih berhak jaga sayang daripada lelaki yang baru berapa minggu kita kenal ni."

Tegas suara Aafieq berkata tetapi sedikitpun tak buat Juriffa gentar. Lagi menyampah adalah.

"Tapi pada diri Ju lah kan, Ju lebih percaya dengan orang yang Ju baru kenal tapi selalu ada untuk Ju. Bukannya orang yang dah lama Ju kenal tapi tak pernah ada untuk Ju."

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now