"KAU ni asal do Jebat? Tarik-tarik aku macamni! Aku dah janji nak keluar dengan Aafieqlah!"
Bentak Juriffa sambil cuba meleraikan tangan Jebat yang menariknya kasar sejak tadi.
Baru sahaja dia hendak keluar makan dengan Aafieq, kini dia terpaksa mengikuti langkah Jebat yang membawanya je pantai.
Aafieq juga tiada pilihan lain selain mengikuti mereka berdua.
Dia sudah cuba menghalang Jebat, tapi tak pasal dia pula dimaki.
"Jomlah makan malam sekali! Emriel dah janji nak belanja makan malam kalau Izzah sudi nak kahwin dengan aku! Jomlah celebrate sekali!"
"Ishhh suka paksa-paksa!"
"Alah, makan je kan, sama je kan makan dengan Aafieq ke makan dengan keluarga ke??? Makan tetap kat mulut kan???"
Akhirnya Juriffa merelakan sahaja mengikut kaki Jebat walaupun dengan berat hati.
Bukan Juriffa suka-suka nak keluar dengan Aafieq, tetapi Juriffa malas berhadapan dengan Emriel.
Mereka bertiga tiba di sebuah pondok gazebo di tepi pantai yang mempunyai meja jepun panjang di atasnya.
Tempat makan yang sangat indah, dengan lampu LED kuningnya, dengan bunyi deruan anginnya, berlatarkan bunyi ombak yang memukul pantai lagi...
Sangat sempurna untuk definisi sebuah makan malam.
"Semua tunggu kau sorang je... Menyusahkan betul..."
Sempat Jebat membebel. Semua sudah ada di situ, hanya menunggu kehadiran Juriffa.
"Haaa... Meh naik Ju... Aafieq pun ada sekali? Mehlah join sekali..."
Ajak Zamri dan Juriffa melangkah naik ke atas gazebo itu dan mengambil duduk di hujung, bersebelahan dengan Emriel yang hanya dipisahkan dengan bucu meja.
Aafieq turut terlibat walaupun dia sendiri dapat menyedari mata-mata tajam yang seperti tidak puas hati dengannya itu.
Jangan tanya siapa. Semua masalahnya.
Tapi dia kisah apa, asalkan dapat bersama gadis kesayangannya.
"Jemputlah join kalau tak malu."
Gumam Jebat perlahan sebelum lengannya dicubit bakal isterinya, Izzah.
"Jemput makan semua, untuk pengetahuan semua, ni makan-makan sempena meraikan kejayaan Jebat memikat hati Izzah.
Jadi, jemput makan ya semua, Aafieq sekali ya... Harini semua on Emriel okey..."
Zamri mempelawa semua untuk mula menjamah makan.
Juriffa hanya memandang tunak Emriel yang masih tidak lepas memandangnya, tetapi lelaki itu masih membisu.
Dia yang belanja, papa yang kena cakap.
Punyalah dia ego tak nak cakap. Lepastu nak tenung sampai mampus?
Pinggan mula dibahagikan oleh Emilia dan Aafieq mula terasa janggal apabila cuma dia sahaja yang tidak disorongkan pinggan.
Adakah budak kecil ini juga tidak menyukainya seperti yang lain?
"Maaf, pinggan habis."
Tutur Emilia tanpa sebarang riak sebelum menghigh-five tangan Jebat dengan senyuman.
Sah! Mereka memang berkomplot untuk mengenakan dia!
"Tu, ada dua pinggan. Emil terlepas pandang ni."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm