Baby now that we're now that we're now that we're right here,
Standing face to face...BELAKANG kepala sudah terasa berdenyut-denyut. Sengal betul rasa macam dah bengkak. Mata yang berat dibuka penuh tertib.
Pemandangan Juriffa kabur seketika sambil tangannya meraba belakang kepala yang terasa pijar. Memang ada sedikit ketumbuhan di belakang kepalanya.
Jap... Apa sebenarnya yang terjadi ni?
Mata Juriffa yang banyak najis kering segera digosok kasar. Matanya meliar ke sekeliling untuk mengenalpasti lokasinya.
Yang pasti bukan hospital, dan bukan juga vilanya atau hotel. Bilik yang didiaminya cukup selesa, nampak mewah dan english-vintage style.
Jantung sudah tak keruan. Perasaan syakwasangka mula menguasai diri. Paling buat Juriffa stress, dia dah macam tak ingat apa langsung.
Tapi dia tahu dirinya Juriffa dan lokasinya masih bukan di Malaysia.
Comforter ditolak ke tepi sebelum mengunjurkan kaki ke birai katil. Matanya meliar lagi, mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata.
Hampa, cuma sebiji pasu gelas di rak tepi katil sahaja harapannya. Benda lain macam tak sesuai. Tapi kalau kena hempuk kepala pakai gelas best lagi daripada penumbuk.
Bunga mawar dan air yang berisi di dalam pasu dituang ke lantai. Pasu dipegang kejap sebelum dia menapak perlahan ke pintu.
Telinga dilekapkan ke pintu, macam line clear, terus Juriffa buka pintu. Semacam penyamun Juriffa cuba menyusup ke laluan yang dia sendiri tak tahu.
Jantung dah dup-dap-dup-dap. Hatinya betul-betul tak sedap. Seingat dia, cuma Emriel orang yang terakhir bersamanya.
Tapi... Bila tengok suasana rumah besar yang mewah ni... Tak mungkin ada kaitan dengan Emriel. Sewa satu malam pun belum tentu Emriel mampu. Rumah daddy Edmond pun taklah sebesar ni.
Takkan ada kaitan dengan... Aafieq?
No way... Juriffa menggeleng. Tolonglah jangan berkaitan dengan Aafieq! Dah letih nak menghadap Aafieq yang psiko tu!
"Oh God! Finally you wake up!"
Serentak dengan suara lelaki yang amat janggal di telinga Juriffa membuatkan Juriffa terjerit kecil lalu berpusing ke belakang.
Habis terlopong mata Juriffa melihat pemuda yang menyergahnya dengan riang tadi. Melihat wajah Juriffa yang berubah pucat dengan drastik membuatkan lelaki itu terdiam.
Tindakan spontan Juriffa yang memecahkan pasu kaca ke dinding membuatkan lelaki itu pula sama-sama pucat dengan Juriffa.
Bahagian bucu kaca yang tajam terus dihalakan ke arah lelaki asing yang juga cuak itu.
"Hey... It's me... Don't be panic... I'm good... Okay?"
"Diam...!"
Sepatah sahaja arahan Juriffa sambil perlahan-lahan menapak ke belakang, mencari ruang untuk meloloskan diri.
Namun, lelaki itu masih cuba mendekati Juriffa, tetapi dengan jarak yang lebih selamat dan cuba menenangkan Juriffa.
Ingat Juriffa percaya? Sejak malapetaka yang Aafieq reka tempoh hari, bagi Juriffa cuma Emriel sahaja lelaki yang boleh dia percaya!
Orang yang dah kenal lama pun boleh tiba-tiba tumbuh tanduk apatah lagi orang yang dia tak kenal.
Tapi... Mana Emriel sekarang...? Jangan kata Emriel... Jual dia kat lelaki ni? Nooo wayyy.................
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm