BAB 97

78 16 49
                                    

do votes and comments <3

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

"JU dah balik?"

Itu teguran pertama apabila Juriffa melangkah masuk ke vilanya. Jantungnya berdegup kencang mendengar suara itu.

Pemilik suara yang duduk di sofa dilihat sekilas sebelum dia meneruskan langkah perlahannya untuk ke tangga.

"Kenapa? Ju tak boleh balik ke?"

Juriffa hanya menggumam perlahan dan hanya Emriel yang di sebelahnya saja dengar.

Belakang tubuh gadis itu diusap perlahan, kerana Emriel tahu Juriffa memang tengah berapi dengan Puan Hayati, tambahan lepas mendengar cerita Emilia tadi.

Jangankan Juriffa, Emriel sendiri pun dah tak lalu nak tengok muka wanita itu.

"Dahlah Ju..."

"Eh... Anak mama jatuh tangga jadi pekak dah ke?"

Wanita itu terus menyindir dari ruang tamu apabila jelas kelihatan anak perempuannya melihat ke arahnya, tetapi mengabaikan tegurannya.

Zamri yang tadinya berehat di sofa mula membantu Emilia mengangkat beg berisi baju kotor dan keperluan lain Juriffa.

"Ju naik rehat dulu ya... Nanti kita sembang. Baju Ju ni nanti papa letak kat laundry yaaa..."

Juriffa mengangguk dengan ayat papa kesayangannya dan itu membuatkan Hayati mendongkol geram.

Boleh Juriffa buat seperti dia tidak wujud di situ sedangkan dia cuba sedaya-upaya untuk berbaik dengan anaknya sendiri?

"Saya hantar awak naik bilik dulu..."

Penuh berhati-hati Emriel memimpin Juriffa untuk berjalan ke tangga.

Lihat riak wajah Juriffa pun Emriel dah tahu gadis itu sangat penat, fizikal dan mental.

"Awak tengoklah anak awak tu, papa. Mama bukan tak cuba nak berbaik dengan Ju. Tapi bila mama nak berbaik, Ju macamni pulak. Lepastu, nanti katalah mama ni jahatlah, kejamlah, tak sayang dialah..."

Senyuman sinis terukir di bibir nipis Juriffa. Berbaik? Seriuslah?

"Ohhh... Hai ma... Sorry Ju tak dengar. Lama mama tak tegur Ju sampai Ju lupa Ju ada mama..."

Akhirnya sapaan mesra penuh palsu itu dituturkan dengan sebuah senyuman yang sangat dibuat-buat.

Hayati sudah mengatur nafas geram melihat tingkah anaknya itu.

"Awak tengok tu Zamri perangai anak awak... Macam mana saya nak bercakap elok-elok dengan dia? Bila saya cakap sikit, balasan dia tak pernah tak sakitkan hati saya."

Mengadu lagi si Hayati kepada suaminya membuatkan Juriffa mencebik meluat.

"Tak payah buat pelik sangatlah... Perangai anak biasanya datang dari parents je."

"Juriffa Natrah!"

Panggilan yang kedengaran agak kuat itu dibiarkan begitu sahaja dan mereka berdua hanya fokus untuk menaiki tangga menuju bilik Juriffa.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

BAU kuah oden tomyam dan bahan barbeku yang sedang dimasak di atas api gril menyengat hidung semua insan yang berada di laman vila itu.

Cuaca malam yang cukup baik, Zamri memutuskan untuk mengadakan makan malam istimewa di luar rumah pada malam itu.

Menu utama makan malam mereka ialah oden kimchi dan lokching.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now