korang votes la ei jangan la jadik silent reader. bila korang bebetul silent camni, buat wina wonder okey ke tak cita wina ni. rasa cam putus semangat je tau tak :(
i want 7 votes je for this bab, then baru wina up next bab pulak, kalau tak cukup 7 votes taknak update dah. majuk bye :(
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️TERKIAL-KIAL Juriffa bangun daripada kerusi roda yang ditolak oleh Emriel hingga ke ruang menunggu di hospital.
Emriel ingin membantu tetapi gadis itu ingin melakukannya sendiri dan Emriel hanya pasrah menyerah. Nak je dia tolak sampai ke parkir kereta, tetapi dah Juriffa tak nak. Malas gaduh.
Terhincut-hincut dan sangat perlahan gadis itu berjalan dengan tongkat ketiak di ketiak kiri yang menjadi sokongan pergerakannya.
Tapi bila ingin dibantu, tak mahu pulak dia.
Apa yang Emriel boleh lakukan hanyalah setia berjalan di samping gadis itu walaupun seperlahan manapun sambil menghadang terik matahari daripada mengenai wajah Juriffa dengan kertas-kertas resit pembayaran kos hospital.
"Meh kunci kereta awak?"
Emriel segera bertanya setelah dapat melihat Betty, si Volkswagen Beetle merah Juriffa terparkir di suatu kawasan parkir.
Alan yang menghantar kereta itu ke sini semasa hari kejadian dan meninggalkan kunci kepada Juriffa.
"Kenapa? Awak pandang Ju sebelah mata ke? Ingat Ju macamni, Ju tak boleh drive? Ju ni dulu masa kecik-kecik, nak jadi power rangers pink tau. Kena kuat. Setakat macamni, drive ni kacang je."
Jawapan penuh ego Juriffa buat Emriel tersengih, tetapi ketawa dalam hati.
Dengan pakai collar neck kat leher, tangan dengan anduh, kaki pun berbalut simen dan bertongkat ketiak, masih lagi gadis itu nak berlagak ego.
Jalan pun terkedek-kedek dan perlahan tetapi gadis itu tetap berjalan ke pintu sebelah pemandu.
"Okey, drivelah."
Balas Emriel, sengaja ingin melihat sejauh mana kehebatan power rangers pink pencen itu.
Tengok Juriffa yang terkial-kial hendak mengubah tongkat, tetapi tak boleh, tak tahu macam mana nak buka pintu dengan tangan kanan yang beranduh pun Emriel dah geli hati.
"Tolonglah bukakan pintu untuk Ju. Kan susah ni. Boleh dia tengok je Ju susah payah ni? Tak gentleman langsung..."
Keluhan Juriffa membuatkan Emriel tersenyum menahan tawa. Nak buka pintu pun tak boleh, ada hati lagi tu nak drive.
Punya keras kepala gadis kesayangannya yang seorang ini. Emriel segera jalan mendekati gadis yang masih tidak mahu berganjak dari pintu pemandu itu.
"Awak tak payahlah drive, Ju. Kalau awak nak drive jugak, kena letak stiker kurang upaya ni."
"Apa awak cakap?"
Juriffa menyoal kembali. Berpura-pura tidak dengar kerana ingin memberi peluang untuk Emriel menukar jawapannya.
"Saya cakap biarlah saya jadi driver. Awak duduk je sebelah saya, jadi cantik."
Baru hati Juriffa nak menyirap tadi, tapi sekarang tersenyum malu-malu pula.
Akhirnya Juriffa akur sahaja menyerahkan kunci kereta kepada Emriel dan sambung berjalan terhincut-hincut lagi ke sebelah penumpang pula.
Emriel hanya menggeleng dengan senyuman tetapi automatik senyumannya mati apabila matanya bersabung dengan Emilia yang sedang membuka pintu belakang dan membawa beg pakaian Juriffa.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm