"SELAMAT pagi, papa! Selamat pagi, abang bibik! Selamat pagi, Kak Siti! Selamat pagi, Emilia!"
Riang sekali suara Juriffa yang baru turun daripada bilik untuk bersarapan itu.
Hayati dan Jebat hanya memandang wajah masing-masing. Kak Siti dan Emriel yang sibuk membuat sarapan dia tegur bukan main mesra.
Mereka berdua yang tercongok duduk di meja makan langsung tak ditegur! Macam mereka dua beranak pula orang asing.
"Selamat pagi, Kak Ju!"
"Selamat pagi, cik muda."
Emilia dan Kak Siti membalas tetapi tidak Emriel yang sibuk mengangkat roti teluryang telah dimasak dari dalam pan ke dalam beberapa buah pinggan mengikut bilangan isi rumah.
"Selamat pagi, Juriffa anak papa. Bangun awal pagi ni? Cuti semester pun bangun awal? Peliknyaaa..."
Perli Zamri dengan senyuman melirik ke arah anak gadisnya itu dan semakin lebar Juriffa tersenyum. Seolah-olah ada hubungan telepati antara mereka dua beranak.
Bukannya Zamri tidak tahu Juriffa bangun pagi sebab... Emriel.
"Mestilah, papa... Sejak akhir-akhir ni kan pemandangan kat vila ni indah je... Macam syurga yang ada bidadara yang kacak-kacak mengejukkan pandangan... Ju tak nak lepaskan peluang..."
Ujar Juriffa girang sebelum mengambil tempat di sebelah Emilia dan berhadapan dengan Puan Hayati dan Jebat. Zamri yang duduk di hujung meja berdekatan Juriffa hanya tersenyum panjang, faham benar.
"Nah... Sarapan pagi ni Emriel yang buatkan. Kak Siti tolong sikit-sikit jeee."
Kak Siti menghidangkan ke atas meja makan satu per satu pinggan warna putih bersaiz besar yang berisi...
Alahai! Sedapnyaaa!
Dua keping roti telur, ada telur mata separuh masak yang terbentuk elok di pinggan, kacang panggang dan sosnya, beberapa batang sosej dan nugget, beberapa potong buah epal dan sos cili dicampur mayonis.
"Wow... Look so tempting! Delicious! Laparnyaaa!"
Garfu dan pisau yang berada di meja diangkat Juriffa walaupun pinggan buatnya masih belum sampai.
Memang sarapan pagi ini nampak sangat sedap walaupun ringkas! English breakfast gitu.
"Kalau setakat masak macam ni, aku pun bolehlah... Setakat campur roti dengan telur, beli tin kacang panggang, goreng telur, goreng sosej, tuang sos, potong buah macam ni aje..."
Ujar Jebat dengan nada sinis sambil menunjukkan satu persatu makanan di dalam pinggan bulat bersaiz besar itu.
Jebat mendengus perlahan, tak berapa selera dengan hidangan sarapan pagi itu. Mungkin seleranya lebih kepada sarapan Melayu seperti nasi lemak dan roti canai.
"Kau tu... Panaskan roti atas kuali pun hitam, goreng telur, sosej pun hangit, pembuka tin pun tak reti nak pakai, tuang sos pun tumpah sana-sini, ada hati nak challenge abang bibik kita..."
"Kau jangan nak cari pasal dengan aku eh pagi-pagi ni. Sementara mood aku masih baik ni, kau jangan nak cari pasal."
Jebat cuba mengawal bicara dalam wajah yang membahang. Sakit hati betul dengan perangai Juriffa yang selalu bercakap lantang dan seringkali tidak menyebelahinya.
"Kau tuuu yang cari pasal dulu. Kau pandang rendah kat bibik kesayangan aku..."
"Dah sudah, okey. Juriffa. Kamu ni tak boleh nak hormat abang kamu sendiri ke? Kenapa asyik agung-agungkan orang luar? Mama tak fahamlah dengan perangai kamu ni... Tak salah pun kalau nak puji Jebat... Jaga hati dia... Tak rugi pun."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm