BAB 6

2K 182 20
                                    

I just want you for my own,
I got to have you babe...

KAKI Emriel teragak-agak melangkah ke ruang tamu.

Tubuh Zamri yang ada di ruang tamu membaca majalah sedikit sebanyak melegakan hatinya. Memang dia sedang mencari Zamri pun.

Tapi... Betulke apa yang dia nak buat ni? Hmm... Betullah kot. Dia rasa macam dah melampau dia di sini.

"Tuan... Ada masa tak? Kalau ada masa, saya nak cakap sikit..."

Emriel memunculkan diri di sebelah sofa yang diduduki Zamri. Segera lelaki separuh abad itu meletakkan majalah di atas meja.

"Ya Allah... Boleh aje. Papa dah anggap kamu macam anak papa sendiri. Panggil aje papa. Anggap macam kita satu keluarga. Nak cakap, cakap aje."

"Saya rasa macam saya..."

"Duduklah dulu Emriel pun."

Zamri menunjukkan sofa di hadapannya tetapi lelaki itu hanya berdiri di hadapannya tetapi tidak duduk di sofa. Memang ternyata lelaki itu amat degil seperti yang diadu Juriffa.

"Saya rasa macam saya ni tak berguna aje kat rumah ni. Saya rasa saya ni macam menumpang harta tuan aje. Bukan niat saya nak kacau rezeki Kak Siti.

Tapi, saya kan ada. Saya boleh buat kerja rumah macam arwah mak saya buat. Saya rela buat kerja ni sampai segala hutang mak saya dengan keluarga tuan selesai."

Terang Emriel satu per satu.

Berharap lelaki separuh abad itu faham keadaannya. Memang selepas Mak Ema meninggal, Zamri mengambil Kak Siti sebagai penggantinya. Tapi apabila kini Emriel kembali, seolah-olah ada dua orang bibik pula yang berebut dapur. Masing-masing nak kena buat kerja sebab tak nak makan gaji buta.

Tak kisahlah itu sebab dia memang tak cekap pasal masak lauk ni. Masalah besarnya, Kak Siti tu nak masak semua. Bila dia nak tolong, Kak Siti kata tak payah.

"Emriel... Papa tak kisah langsung. Papa lagi happy apa sebab papa ada anak lelaki seorang lagi dalam rumah ni. Kalau si Jebat tu... 24 jam sibuk. Pergi kerja sibuk, balik rumah sibuk..

Emriel tak payahlah rasa bersalah atau terhutang apa-apa kat sini. Emriel dan Emilia boleh duduk sini percuma sampai bila-bila. Makan, minum, semuanya papa boleh tanggung."

Zamri menjawab seperti segala-galanya adalah perkara remeh. Memang remeh pun. Dia tak kisah pun.

"Tapi tuan..."

"Emriel bagilah peluang kat papa... Untuk beribadat sambil bagi anak yatim makan, tempat tinggal... Iya? Papa dah tua. Nak juga buat kebaikan sementara masih ada masa ni, kan..."

"Tapi, tuan..."

Emriel masih rasa bersalah walaupun setelah Zamri berikan jawapan.

"Emriel... Arwah mak kamu, tak pernah tolak rezeki tau. Papa ikhlas nak jaga kamu dengan Emilia. Pasal yuran sekolah Emilia semuanya kamu tak payah fikir.

Papa dah uruskan. Papa tak minta balasan pun. Cuma... Tinggallah kat sini... Sebagai anak papa. Tak perlulah Emriel buat kerja macam orang gaji... Biar Kak Siti buat semua sebab memang papa ambil dia sebagai orang gaji. Papa tak ambil Emriel sebagai orang gaji, tapi sebagaia anak papa."

"Haaa, sebagai abang kesayangan Ju sekali..."

Suara Juriffa yang tiba-tiba sahaja muncul di ruang tamu membuatkan Zamri dan Emriel memandangnya. Kemudian gadis itu mengambil tempat bersebelahan papanya.

"Tak boleh, tuan. Saya ni cuma bibik dalam rumah ni."

Emriel menyambung kembali hal tadi. Juriffa ni memang kacau line betullah.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now