"ABANG perasan tak Jebat dengan Siti tu dah bukan main keluar bersama..."
Hayati memulakan bicara dengan suaminya yang ralit bermain telefon di meja makan dapur. Padahal ingatkan nak spill the tea je sambil minum-minum teh panas pada jam 11.30 malam dengan suaminya di dapur, tetapi Zamri sibuk scroll entah apa-apa di telefonnya. Biasalah starter pack bapak-bapak.
"Haa. Diorang minta izin kat saya sebelum keluar. Kenapa? Awak nak halang jugak ke macam tak bagi Juriffa kawan dengan Emriel?"
Zamri mengangkat kepala daripada skrin telefon dan menjawab isterinya kerana dia merasakan topik ini agak menarik. Siapa je tak suka gosip kapel-kapel ni...
"Memang taklah... Comel kot Jebat dengan Siti tuuu... Lagipun saya tengok Jebat nampak happy je sejak akhir-akhir ni..."
Ujar Hayati sambil melemparkan pandangan ke arah Siti dan Jebat yang sedang riuh di dapur memasak. Padahal dah lewat malam dan sepatutnya Siti berehat selepas 10 malam, tetapi masih lagi gadis itu melayan kerenah Jebat yang tiba-tiba lapar di malam buta.
"Saya perasan jugak yang Juriffa pun nampak happy bila dengan Emriel tu... Tapi awak tak suka pulak... Kesian budak tu."
Zamri cuba mengubah topik selagi ada perkaitan, membuatkan Hayati memandangnya pelik, penuh dengan aura negatif. Zamri tahu kalau topik Juriffa dan Emriel dibawa sembang, pasti Hayati akan bersikap dingin.
"Abang faham tak yang Juriffa tu dah bertunang dengan Aafieq?"
"Awak yang suruh Aafieq bertunang dengan dia..."
"Dan Aafieq sudi. Aafieq memang sudi nak jaga Juriffa, kan? Dan dia buktikan dia boleh jaga Juriffa. Dia bagi duit bulanan kat Juriffa sampai kita tak payah nak sara Juriffa lagi. Awak tak nampak ke effort Aafieq tu bang?"
Zamri mengeluh mendengar bicara Hayati seakan tahu sangat berkenaan hubungan Juriffa dengan Aafieq. Padahal apa-apa pun masalah antara mereka, Juriffa akan merujuk kepada Zamri, dan bukannya Hayati kerana tahu mulut Hayati bukannya dapat menyelesaikan masalah, tetapi merumitkan lagi.
"Yati... Aafieq tu sudi sebab Juriffa tu macam Juweeta. Sebab rupa. Sebab dia nak tebus kesalahan tak jaga Juweeta dengan baik dan kononnya nak jadi tunang yang lebih baik. Juriffa pun setuju sebab awak dan Jebat yang asyik pressure dia. Dia tak ada pilihan lain."
"Abang... Saya tahu bang. Saya dah lama tahu yang Juriffa tu sukakan Aafieq. Sejak diorang kecil lagi, dia memang suka kat Aafieq tu walaupun dia tahu Aafieq sukakan Juweeta. Dia yang nak sangat kan, Juweeta dah tak ada, amik jelah Aafieq tu."
Seperti biasa, Hayati pasti mencari hujah agar dia tidak terlihat kalah pada suaminya.
"Tapi sekarang lain. Sekarang Juriffa sukakan Emriel. Ju sendiri cakap dengan saya yang dia dah tak nak dengan Aafieq yang tak habis-habis kerja tu sampai tak ada masa dengan Juriffa.
Cuba awak tu sekali sekala tanya apa masalah Juriffa? Tapi awak tak pernah tanya. Semua nak kena ikut kepala awak."
"Malaslah saya nak cakap lagi pasal ni dengan awak. Yang pasti, Juriffa dengan Aafieq."
Zamri hanya mampu menggeleng mendengar kata-kata isterinya. Memang tak guna bertengkar dengan Hayati.
Sebelum dikeluarnya ayat 'saya ni yang mengandungkan dia 9 bulan 10 hari, saya lebih berhak', baik Zamri buat-buat mengalah dan lebih baik dia tengok WhatsApp group bapak-bapak.
Lagi bagus tengok meme dan forward gambar ucapan selamat malam kepada kawan-kawan daripada bertengkar dengan isterinya.
"Cuba awak tengok tu... Comel je. Dari kecik sampai besar, saya tak pernah tengok Jebat ceria macam tu sekali..."
Mata Hayati dilirikkan ke arah Siti dan Jebat yang masih riuh memasak dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Suka betul dia melihat Jebat bergaul dengan orang macam ni, tak adalah terlalu formal dan asyik memikirkan kerja sahaja.
"Ayat awak tu salah... 'Sebenarnya saya tak pernah tengok Jebat masuk dapur'..."
Ujar Zamri perlahan, sudah muak dengan perangai Hayati yang asyik Jebat, Jebat, Jebat.
"Biarlah, dia je anak lelaki saya. Lagipun dia dah penat duduk buat kerja kat pejabat tu, nak suruh dia masuk dapur buat apa lagi. Kita kan ada bibik."
Zamri meletakkan telefon pintarnya di meja. Rasa macam nak main telefon pun dah tak seronok jika Hayati tak habis-habis merasakan dia sahaja yang betul.
Zamri terus menghirup secawan teh suam di meja sehingga habis kemudian dia terus berdiri daripada meja makan, membiarkan Hayati yang masih mengintai-ngintai Siti dan Jebat.
"Dahlah, saya nak masuk tidur."
"Haaa macamnilah... Kalau saya sebelahkan Jebat sikit mulalah awak tu nak buat dingin dengan saya. Sampai saya terfikir apa salah Jebat kat awak."
"Jebat tak salah apa-apa. Yang salahnya awak sebab nampak sangat awak bahagi kasih untuk anak-anak. Sebab tu keluarga kita macamni. Sebab tu jugaklah Juweeta bunuh diri."
Ayat yang dituturkan Zamri automatik membuatkan Hayati mencerlungnya tajam sekali.
"Abang jangan nak melebih ya... Abang boleh salahkan saya sebab saya mengaku dan saya memang tak boleh sayangkan Juriffa macam saya sayang Jebat dan Juweeta.
Dari dia kecik sampai dia besar dia tu tak habis-habis susahkan saya. Tapi abang jangan sesekali salahkan saya atas kematian Juweeta. Tu salah Juriffa dengan Mak Ema, bukan salah saya! Ingat tu!"
Selepas Hayati memberikan penegasan, terus dia bangun dan meninggalkan meja makan dan dapur. Zamri hanya mampu melihat sahaja kelakukan isterinya yang satu ini.
Langsung tak mahu bawa berbincang. Tapi bila Juriffa buat perangai sedemikian rupa, tahu pulak wanita itu nak mara-marah. Sebab itulah Zamri ingin menjadi orang tengah antara Hayati dan Juriffa.
Sudah bertahun-tahun hubungan mereka anak beranak dingin. Walaupun Hayati dan Juriffa cuba untuk berlakon dan baik terhadap masing-masing, end up pasti akan ada benda tak kena dan perselihan faham.
Sebab kalau dua-dua bercakap dan masing-masing tak nak kalah memang boleh menimbulkan perang! Seorang mentaliti sampah, seorang lagi degil tak nak mengalah! Macam tulah Hayati dengan Juriffa.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
hehehe hi guys, bab ni pendek sikit. ada sambungan nya kat next bab sebab kalau sekalikan boleh jadi 3K words ai is semak otak hahahha dah siap bab 58 tapi japgi pukul 6 ke esok ke publish hahahahahope u guys enjoyed it, please vote and comments yeaaa, xoxo
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm