BAB 110

134 10 17
                                    

"ALAN tak datang ke?"

Emriel menyoal sambil melihat sekeliling di bahagian meja makan tetamu yang tiada langsung kelihat Alan.

Fikirkan Alan tu orang penting, tapi tak nampak pulak.

"Tak... Semalam dia fly pergi Kanada."

Balas Juriffa yang turut bergandingan berjalan di sebelahnya.

Mereka berdua baru sahaja selesai beramah mesra dengan tetamu di meja makan tetamu, begitu juga Jebat dan Izzah.

"Oh... Tahu eh, selalu mesej la tu..."

Sindir Emriel dengan ada berbaur nada cemburu dan Juriffa hanya tertawa kecil.

"Bukan sahaja mesej, kitorang selalu video call lagi..."

Dengan riaknya Juriffa sengaja menyeru mod cemburu Emriel yang setahun sekali kelihatan itu.

Emriel hanya mencebik menyampah.

Lelaki macam Alan memang akan selalu menang kerana sifat gentlenya, pandai mengayatnya.

Tetapi Emriel tak perlu risau kerana dia tahu hati Juriffa hanya ada ruang untuknya.

Nada dering Juriffa yang meriah minta dijerit di dalam poket tuksedonya diambil dan tertera nama Alan.

Paling buat Emriel menyirap, Juriffa sudah menadah tangan dengan mata besarnya meminta telefon, seolah-olah memang menunggu panggilan video daripada Alan.

"Alan kan? Bak sini."

Tanpa cari gaduh Emriel menghulurkam sahaja telefon itu dan Juriffa sudah mula bersembang rancak dengan Alan.

Hari ini rancak, mana-mana rancak, berdosa, yieakhhh...

Emriel cuba-cuba juga untuk memuatkan diri ke skrin bagi menunjukkan kepada Alan bahawa dialah suami gadis itu, tetapi malangnya Alan tetap asyik memuji kecantikan isterinya itu.

Tahulah muka Juriffa macam kekasih lamanya.

Tetapi Juweeta, Juweetalah. Juriffa, Juriffalah.

"Ehhh, hai Emriel, ada kat situ rupanya..."

Sapa Alan yang baru tersedar keberadaan Emriel di sebelah Juriffa.

Emriel hanya tersenyum sambil melambai tangannya sahaja.

Malas Emriel nak cakap sebab kalau dia cakap akan berbunyi; hai Alan yelah memanglah ada kat sini kan saya suami dia, lagipun inikan majlis perkahwinan saya, takkanlah saya kat Kanada pulak hihihi.

"Eh, abang Jebat, tahniah juga abang Jebat, semoga abang dan isteri bahagia selalu dan dikurniakan zuriat yang comel-comel..."

Alan mula menyapa Jebat pula yang tiba-tiba muncul ingin memuatkan diri ke skrin.

Akhirnya Juriffa terpaksa mengubah kedudukan kamera dalam bentuk landscape pula supaya dapat memuatkan semua insan-insan yang tak senang melihat dia bersembang bersendirian dengan Alan.

"Hihihi thank you Alan, Aaminn... In shaa Allah anak-anak aku comel macam bapaknya. Ke mana tumpahnya kecomelan ini kalau tidak ke anaknya, hihihi..."

Juriffa dan Emriel menjeling menyampah mendengar ucapan Jebat dan Alan hanya ketawa dan mengangguk, mengiakan sahaja.

Takut disilat Hang Jebat.

"Tahniah jugak tau Ju dengan Emriel. Semoga perkahwinan korang berdua bahagia sehingga ke Jannah..."

Alan turut mengambil peluang mengucapkan tahniah untuk pasangan itu dan Jebat cepat-cepat menafikan.

"Jangan tahniah dulu Alan, cakap takziah kat Emriel tu sekali sebab akan banyak dugaan untuk dia nanti sebab kahwin dengan Juriffa."

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now