"KAU ni kenapa Siti? Masak megi je pun nak tong-tang-tong-tang bagai. Rilek-rilek dah laaa. Bukan aku suruh masak char kuey teow ke apa yang susah-susah pun..."
Ujar Jebat Naufal yang elok tersandar di kabinet menunggu dan memerhati Siti yang sedang memasak megi kari untuknya.
Geram betul dia melihat Siti yang potong cili, lobak, sayur pun nak kuat-kuat, letak periuk dan sudip atas dapur pun nak kuat-kuat, ambil dan letak maggi di bahagian kaunter top dapur pun penuh emosi.
"Memang laa tak susah. Masalahnya awak ketuk pintu bilik saya waktu saya dah elok landing bawah selimut dengan dah siap pasang KDrama lagi. Orang nak rehat-rehat pun tak senang."
Jawab Siti yang masih sedang memotong bahan-bahan untuk memasak mi segera tumis untuk Jebat. Kang kalau letak air panas dengan perencah je cakap bibik pemalas makan gaji buta pulak.
"Amboi... Merungut... Kalau tak nak tolong tu cakap jela. Aku boleh buat sendiri laaa."
"Huh... Buat sendiri. Megi simpan kat mana pun entah-entah awak tak tahu."
Siti memerli Jebat yang acah je yakin. Jebat mana pernah masuk dapur. Dia masuk selamani untuk makan je.
"Eh aku taulaaa. Ada kat kabinet atas tuuu."
Jebat menuding jari ke arah kabinet di atas dapur dan Siti hanya menjeling menyampah. Memanglaaa tahu dah tadi dia ambil dari situ dan Jebat nampak.
"Kau tengah buat apa tu, Siti?"
Jebat menanyakan soalan, pelik melihat Siti yang menyediakan banyak bahan. Padahal dia mintak megi je. Setahu Jebat megi perlu air panas dengan perencah je?
Namun pertanyaan Jebat disangka sinis pula oleh Siti yang sudah bersedia untuk meletus pada bila-bila masa. Mana tidaknya, dah nak tidur tiba-tiba ada orang ketuk pintu macam nak reban pintu dibuatnya!
"Tengah lipat kain. Tak nampak ke?"
"Hahahaha lawaklah kau ni Siti..."
Jebat tergelak besar yang jelas dibuat-buat apabila mendengar ayat Siti yang cukup sinis. Tetapi tawanya mati apabila Siti berhenti membuat gerak kerja dan memandang Jebat seketika dengan aura membunuh.
Dengan pisau yang masih di tangan rasanya malam ni macam nak masak megi daging manusia je. Tak habis-habis annoying!
"Alaaa orang nak ramah-ramah, nak bergurau pun tak oleh. Semua tak oleh... Itu tak oleh... Ini tak oleh..."
"Awak nampak kulit bawang ni?"
Siti mengangkat kulit bawang merah sisa yang dipotongnya tadi dan ditunjukkan kepada Jebat. Geram betul. Dahla dah buat salah dengan menganggu malamnya, lepastu nak buat-buat comel pulak.
"Nampaklaaa. Aku ni vision boek punya okey. Kalau tak jadi businessman, memang pilot la aku."
Siti menayangkan muka menyampahnya. Nasib baik jadi businessman, kalau tak naya je kapal terbang tu masuk segi tiga Bermuda. Sebab percayalah Jebat mana bolsh berkrompromi dengan orag lain. mesti Jebat buat nak ikut kepala bapak dia je.
"Baguslah nampak. Senipis tulah kesabaran saya sekarang melayan perangai awak ni."
Siti segera mengambil semangkuk kecil bawang yang telah dihiris tadi dan ingin memasukkan ke dalam periuk yang sudah berisi sedikit minyak panas. Tapi tiba-tiba...
"Jeeebaaaatttt janganlah ganggu sayaaaa!"
Geram gila Siti apabila tiba-tiba Jebat merampas mangkuk bawang daripada tangannya. Terkejut dia tiba-tiba sahaja Jebat yang tadinya duduk bersandar di kabinet tiba-tiba mendekatinya dan merampas mangkuk kecil itu.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm