BAB 89

81 18 17
                                    

SESUDAH menyelesaikan perhitungan dengan pengarah kolej tentang isu yang menimpa Juriffa, Alan ingin beransur pulang ke rumah.

Tak ada mood dah dia nak melepak di kolej ini.

Namun, bayangan seseorang yang kelihatan semasa dia melintasi bilik multimedia menggamit perhatian Alan.

Biasanya dua orang sahaja yang diberikan autoriti penuh untuk menggunakan bilik ini iaitu pelajar Biro Teknologi Media, Akmal dan Jasreen.

Bilik multimedia ialah bilik khas yang digunakan untuk penyampaian maklumat kepada seluruh kolej sama ada melalui pembesar suara ataupun media teknologi seperti portal kolej dan media sosial kolej.

Bilik ini agak terkawal dan hanya beberapa orang sahaja yang diberi tanggungjawab untuk mengakses bilik ini.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik multimedia kolej, Alan terus memulas tombol dan pintu dikuak. Manusia pertama yang dia lihat berada di bilik multimedia itu ialah Jasreen yang kelihatan agak tersentak dengan tindakan Alan yang menerobos masuk dengan tiba-tiba.

"Sorry kalau I terkejutkan you..."

Dengan wajah cukup manis Alan menyapa dan pintu segera ditutup sebelum membawa langkah ke meja komputer dan melabuhkan punggung di sebuah kerusi bersebelahan Jasreen.

"Eh... Alan...? You... Buat apa kat sini? Cari Juriffa ke?"

Soalan Jasreen yang duduk berhadapan komputer menyala itu dibalas dengan senyuman Alan yang merehatkan dagu di tangannya sambil memandang profil sisi gadis di sebelahnya itu.

"Taklah... I cari you, Jasreen..."

Mendengar ayat yang dituturkan dalam nada manja itu, Jasreen segera memberikan perhatian penuh kepada Alan. Pandangan Alan yang tidak putus dengan senyuman itu buat jiwa wanitanya sesak.

Wajah Alan yang ada sedikit kacukan darah Jepun daripada sebelah ibunya cukup untuk membuatkan wajah lelaki itu kelihatan sangat kacak.

Tetapi tak pernah pula dia berharap lebih memandangkan lekaki ini sangat mencintai Juriffa. Pernah juga dia jatuh hati kepada lelaki itu semasa awal-awal memasuki kolej.

Tetapi apakan daya, Juriffa lebih menang di mata Alan. Pertemuannya dengan Alan hari ini buat Jasreen seakan tidak percaya, ingatkan selama ini dia tak pernah wujud di mata Alan.

"Hmm... Peliklah... Tiba-tiba je... You cari I, sebab nak tanya I pasal Juriffa ke macam mana?"

"La... Tak boleh ke kalau I saja nak cari you? Nak tanya pasal Juriffa kat you buat apa, satu kolej tahu perempuan tu masuk hospital."

Kening Jasreen bertaut, tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Perempuan tu? Kenapa cara Alan cakap kasar semacam? Dengan pandangan Alan yang berterusan menatapnya buat hati Jasreen semakin gundah.

Takkanlah Alan sebenarnya sukakan dia dan bukannya Juriffa?

"Eh takla... Pelik je... Biasanya you cari Juriffa..."

"Tak ada peliknya... Dah Juriffa tak ada kat sini... Apa salahnya kalau I cari you pulak? You lagi cantik daripada Juriffa kot. Kalau Juriffa tak dengan I, I mesti dengan you."

Jawapan selamba Alan buat Jasreen tersenyum malu sendiri dan pipinya mula merona merah.

Senang betul hatinya mendengar pujian yang tak pernah didengarinya itu. Tambahan, itu keluar daripada mulut Alan sendiri.

Alan Farhain kot, bukan lelaki biasa-biasa. Kalau dah taste Alan tu perempuan macam Jasreen, maksudnya memang Jasreen lah yang terpaling cantik, kan?

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now