do votes and comments <3
long chapter alerttttzz
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
"JEBAT, tolong garu belakang aku kejap, gatallah."
Arah Juriffa kepada Jebat yang tersandar kekenyangan di kepala katil Juriffa bersebelahan gadis itu.
Sakit hati betul dia melihat lelaki itu asyik bermain telefonnya. Si Alan pun satu, entah bila nak pulangkan iPhone miliknya yang rosak tempoh hari.
Takkan belum siap kot?
"Seriuslah belakang je? Kau bukan gatal seluruh badan ke sebab kau memang perempuan gatal?"
Sindiran Jebat dibalas dengan jelingan tajam Juriffa.
Kalau diikutkan hati, memang nak maki tapi memandangkan dia yang meminta tolong, makian itu ditahan dulu.
Jebat hanya menurut sahaja menggaru belakang adiknya yang kehilangan upaya itu tanpa banyak bicara.
"Kalau nak cakap apa, cepatlah sikit. Japgi aku nak on-the-phone dengan Izzah ni... Apa minta aku datang sini untuk garu belakang kau je... Kucing kurap pun garu sendirilah..."
"Tunggu Emriel dulu dia tengah basuh pinggan... Sebenarnya aku dengan Emriel ada nak beritahu kau sesuatu. Tapi... Aku tak tahulah aku patut percayakan kau ke tak..."
"Eh, Juriffa... Aku ni dulu diberi kepercayaan untuk jadi ketua kelas, wakil sekolah, ajk kebersihan persatuan-"
"Kalau aku ni nak cakap rahsia, ada kau dengan kambing, aku bisik kat kambing tau."
"Heh... Itu sebab kau yang gila... Dah tu kalau tak percaya aku, asal nak beritahu jugak?"
Soal Jebat sambil menjongketkan kening nipisnya.
"Sebab aku ada benda jugak nak tanya in case kau tahu apa-apa..."
Balas Juriffa, Juriffa tekad hendak memberitahu juga tentang apa yang dia tahu daripada Emilia tentang kematian Mak Ema yang disebabkan Hayati.
Jika betul, dia ingin tahu motif Hayati berbuat demikian.
Memandangkan dia memang tinggal di luar selepas kematian Juweeta, dia memang tidak tahu apa-apa sehinggalah kematian Mak Ema yang hanya berjarak beberapa bulan itu.
Tubuhnya disandarkan ke sebelah mengenai Jebat yang sedang sibuk menilik telefon bimbitnya, mungkin sedang bersembang dengan kekasih hati.
Entahlah, sejak beberapa hari ini, walaupun Emriel sudah pulang ke pangkuannya, Aafieq berhenti menganggunya, dan Alan pun seperti mengundur diri, hatinya masih terasa seperti kekurangan sesuatu.
Sedangkan, itulah yang dia mahu selama ini.
"Jebat... Kenapa aku rasa kosong eh sejak akhir-akhir ni..."
"Entahlah Juriffa... Kenapa kau tak rasa satu ke lima ke sembilan ke... Kenapa dalam-dalam banyak nombor, kau rasa kosong...? Hmm..."
Balasan Jebat yang acuh tak acuh buat Juriffa merengus geram. Namun, hatinya terasa sejuk sedikit tatkala wajah Emriel terpacul di muka pintu.
Pintu ditutup dan dia melangkah mendekati dua beradik itu.
"Haaa, Emriel... Duduk-duduk..."
Tilamnya ditepuk beberapa kali mengajak lelaki itu duduk namun Emriel hanya duduk bersimpuh di birai katil berdekatan kaki Juriffa.
"Tak apa saya duduk sini je."
"Duduklah atas."
"Tak apa, awak nampak lagi cantik dari angle ni."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Fiksi RemajaCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm