"THANK you Alan, untuk harini. Sumpah I rasa macam keluar habis beban dalam diri I tau..."
Juriffa bersuara ceria setelah melangkah keluar bersama Alan dari Audi R8 milik Alan yang diparkir di luar pagar vilanya.
Sungguh, inilah rasanya hari pertama yang Juriffa rasa sangat gembira setelah ketiadaan Emriel di sisi.
Hampir seminggu jugalah dia meratap tanpa sebarang faedah. Nasib baik ada Alan yang tak jemu melayan emonya sehingga emosinya stabil semula.
"Haaa memang laaa keluar habis stress you tu lepas you tumbuk-tumbuk I.
Sekarang stress you tu dah pindah kat I pulaaa, tapi asalkan I dapat tengok you senyum balik... I happy then."
Balas Alan dengan nada bergurau. Mahu melihat reaksi gadis cantik itu. Hendak buat Juriffa rasa bersalah dengan beberapa lebam di wajahnya akibat tumbukan gadis itu.
Orang dah kata jangan main tumbuk muka, tapi di muka jugalah target utama gadis comel itu.
"Alalalalaaa kesiannya diaaa... Nanti balik rumah letak ubat tauuu..."
Manja Juriffa mengusap pipi Alan yang jelas terbentuk lebam biru di situ sebelum meluku perlahan lebam Alan membuatkan Alan terjerit besar.
"Juriffaaaa! Sakitlaaa...!"
"Kosong-kosong dahlah sebab awak pun tumbuk muka Ju tadi."
Macam biasa, Juriffa membalas tanpa rasa bersalah, malah buat play victim pula.
Tapi rasanya ini kali pertama dia ditumbuk lelaki walaupun tertumbuk kerana salah Juriffa sendiri tidak mengelak kerana...
Terleka dengan ketampanan Alan... Mungkin? Taklah. Sebab Alan baik je.
"Memang sengaja pun I tumbuk muka cantik you tu. Biar muka you jadi kurang cantik, lagi bagus. Biar tak ada orang nak kat you dan at the end, you terpaksa pilih I sebab I je yang ada."
Ucap Alan yang turut acah merajuk sambil memeluk tubuhnya dengan cebikan di wajahnya.
Belum sempat Alan mengambil nafas, terus tubuhnya ditumbuk bertalu-talu oleh gadis itu dengan penuh geram tapi senak perut la jugak memandangkan beberapa jam tadi dia asyik ditumbuk sahaja.
"Juuuuuuu!"
Juriffa menahan gelak apabila melihat wajah Alan yang berkerut-kerut menahan sakit ditumbuk.
"Hahaha... Okeylah, Ju nak masuk dulu."
"Jom."
"Buat apa? I tak jemput pun?"
Terhenti langkah Juriffa yang sudah membuka pagar kecil antara pagar besar vilanya.
"I nak minta maaf kat papa you la sebab buat bibir anak dia pecah. Kesian, nanti mas kahwin jadi kurang."
"Siapa kata Ju nak kahwin?"
Persoalan mengejut Juriffa buat Alan tercengang seketika, menyedari kesalahannya kerana bergurau tentang isu yang sensitif.
Alan yang terkulat-kulat di luar pagar ditinggalkan dan Juriffa melangkah masuk ke perkarangan vilanya.
Langkahnya terhenti dan matanya tertumpu kepada sebuah kereta yang amat dikenalinya... Betty! Kereta Volkswagen Beetle merahnya...!
"Sorrylah Juriffaaa kalau I ada salah cakap... Okeylah kalau you tak suka I datang sini, I balik je."
"Nope, Alan. Jom, teman I."
Tangan dihulurkan kepada Alan membuatkan lelaki itu berkerut dahi penuh hairan. Setakat ni Juriffa tak pernah nak minta dahulu dipegang.
Biasanya Alan yang memaksanya dipegang. Namun, tangan mulus itu disambut dengan senyuman dan mereka berjalan untuk memasuki pintu utama yang sedia terbuka.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm