"BHAAAAA!!!"
Bukan main bersemangat Juriffa cuba memeranjatkan Emriel yang mengacau air berwarna merah hati di jug.
Tetapi hampeh... Emriel hanya melihatnya dengan wajah paling polos. Sampai Juriffa sendiri rasa termalu sendiri...
"Tak terkejut ke, Riel?"
Juriffa bertanya lalu berdiri di sebelah Emriel yang masih kusyuk membancuh air. Tak terkesan langsung dengan acah suprise Juriffa tadi.
"Nak terkejut apanya... Aku tau kau nak datang sini..."
Spontan ada senyuman penuh makna menghiasi wajah Juriffa. Emriel sudah mengangkat kening hairan.
Apalah yang ada dalam fikiran si Juriffa ni?
"Macam mana awak tau Ju nak datang sini? Awak... Mengintai Ju dari dapur eh?"
Perlahan bahu Emriel dicuit dan Emriel melepaskan tawa kecil.
Pandai betul si Juriffa ni. Tanpa teka apa, dia cakap benda betul terus...
"Betul ke, Riel?" usik Juriffa lagi, seronok melihat Emriel yang tersenyum lebar dan menggeleng.
"Malaslah layan kau ni..."
"Riel... Mana ibu angkat awak? Mana wife daddy awak? Teringin Ju nak jumpa orang yang dah jaga awak untuk Ju..."
Tiba-tiba sahaja Emriel terasa hendak menyakat Juriffa yang sudah membuatkan dirinya tidak keruan.
"Eh... Pehal ni? Kenapa tengok Ju macam tu? Ju ada salah cakap ke?"
Cuak Juriffa tiba-tiba apabila Emriel berhenti memberi fokus kepada air yang dibancuh dan beralih sepenuhnya kepada dia. Sudahlah dengan muka serius gitu, Juriffa pulak yang takut tiba-tiba.
"Eh, Riel? Kenapa ni? Are you on high, Riel?"
Setapak demi setapak Juriffa mengundurkan diri sebelum langkahnya mati di peti ais. Alamak.
"Do you know what is virgin, Juriffa?"
Soalan yang entah apa-apa Emriel membuatkan Juriffa mengetap bibir. OMG tak sangka Emriel ada pervert side...
"M-Merepek apa ni Muhammad Emriel?"
Emriel tertawa kecil melihat wajah merah padam Juriffa apabila dia mendekati gadis itu. Tak tahu pulak Juriffa ni pandai cuak, selalunya dia aje yang kerja menyakat...
"K-Kenapa awak gelak pulak ni, Riel? Awak ni mengerikanlah..."
Juriffa menghembus nafas lega apabila Emriel melangkah ke meja makan yang sudah tersedia beberapa gelas, talam dan sejug air dibancuh Emriel.
"Cuma nak cakap... Yang daddy tu virgin. Just like me."
Jawapan selamba Emriel yang disertakan dengan kerdipan mata itu membuatkan Juriffa menampar dahi sendiri. Bukan melting... Tapi mix feeling sama ada nak tumbuk atau sepak si Emriel ni...
"Tu bukan virgin okay... Tu teruna yang jual mahal namanya... Bukannya tak ada orang nak, cuma memilih."
Juriffa memeluk tubuh dengan jelingan kepada Emriel yang masih tersenyum sinis. Seronok eh sakat orang?
"Iyalah. Mestilah memilih... Takkan nak main redah je pilih perempuan yang bakal jadi pasangan hidup dan ibu untuk anak-anak nanti. Orang nak kahwin untuk seumur hidup, bukan seminggu, sebulan atau-"
"Cakap kat Ju... Apa ciri-ciri yang awak nak sangat tu?"
Juriffa mencelah tanpa rasa bersalah dan mendekati Emriel yang masih tak puas hati dengan air yang dibancuhnya. Sekejap rasa, dia tambah gula, pastu air, pastu dia tambah kordial lagi... Erk.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm