GAGANG telefon bilik hotel diletakkan ke tempat asalnya semula.
Dah berbelas kali dah call bilik Juriffa tapi satu pun tak berjawab. Call telefon, Emriel tinggal telefon kepada Emilia. Nak bawak pun tak guna jugak, mahal siot dia caj nanti.
Letihlah macam ni. Letih? Tahlah letih ke rindu ke rasa bersalah ke... Tahlah.
Bangun tadi terus dia ke bilik Juriffa untuk mengajak gadis itu sarapan di bistro, tapi tak bersahut. Dia turun ke bistro, Juriffa sudah habis makan dan cepat-cepat menghilangkan diri untuk pulang ke bilik.
Sepatah perkataan pun tak nak cakap apa dah. Sejak semalam. Sejak dari rumah Edmond lagi. Dah tu, bila Edmond suruh dia tunggu sekejap, Juriffa sudah malas melayan terus balik macam tu aje.
Risau jugak Emriel tapi nasiblah balik hotel dia ternampak Juriffa duduk di base, bersembang dengan Bieber. Tapi bila dia mendekat, terus mereka berdua berjalan keluar dari hotel.
Sakit hatilah jugak, tapi biarlah. Asalkan dia puas hati, biarkan dia. Lagipun... Apa salah Emriel? Sebab tak layan dia langsung semalam? Terasa ke bila tiba-tiba Emriel marah semalam?
Alah. Benda kecik je pun.
Tapi Juriffa tu perempuan. Perempuan, benda kecik pun dia nak perbesarkan. Seem legit?
Emriel menggeleng ringkas.
Biarlah apa nak jadi. Lagipun rasanya Juriffa lebih selamat di sini. Tak ada Jebat Naufal pun dah kira cukup baik dah. Tapi...
Aafieq? Semalam dia nampak macam Aafieq dan Jasreen sewaktu sarapan.
Ah, biarlah kalau Juriffa dengan Aafieq pun. Aafieq tu tunang Juriffa, dia yang sepatutnya berada di sisi Juriffa dan menjaga gadis itu ke mana-mana, bukannya Emriel!
Beg sandang yang dibawa pulang semalam dibuka zipnya dan seluruh isi beg diselerakkan ke atas katil.
Sampul tebal warna koko diambil dan... ha memang betul tekaan dia, duit.
Duit yang memang hasil kerjanya menolong Edmond sebagai tenaga pengajar di sekolah dulu dan gaji kerja sambilannya.
Dulu masa balik Malaysia memang dia tak ingat nak bawak balik apa dah. Panik sangat bila tau ibu sakit teruk. Tambang semua dan duit poket, semua Edmond yang bayarkan.
Tapi semua tu dah lepas. Duit yang ada ni, kira banyak jugaklah untuk berseronok tapi tak adalah terlalu banyak sampai boleh beli kereta ke apa ke.
Cukup kot kalau setakat nak bawak Juriffa jalan-jalan atau belanja dia something.
Erk... Pehal tiba-tiba nak belanja Juriffa pulak ni?
Emriel mengeluh perlahan dalam senyuman. Parah weh bila semua benda nak teringat kat Juriffa.
Sampul diletakkan di sebelah dan tangannya mengambil sesuatu yang dia sudah tahu isinya.
Bekas cincin, dalam pun mestilah sebentuk cincin. Malas Emriel nak bukak.
Bekas tersebut diletakkan di sebelah. Seterusnya, diambil pula sehelai baju benang kait berwarna biru lembut.
Baju yang dipakai ketika pertama kali dia sampai ke negara asing ini, baju yang dikait sendiri oleh ibunya. Baju berlengan panjang dan mempunyai hoodie di bahagian kepala. Baju diangkat dan Emriel menilik baju sejuk tersebut.
Memang masih elok walaupun saiznya sudah tidak sesuai untuk Emriel... Rasanya Juriffa muat!
Hesy... Juriffa lagi pehal?!
Segera baju diletakkan di tepi dan sehelai lagi baju diangkat. Baju kali ini lebih besar daripada baju tadi dan berwarna biru gelap. Memanglah besar, baju yang dipos oleh ibu beberapa tahun lepas, juga dikait sendiri.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm