You got the healing that I want...
"YA Allah... kenapa ni, Ju? Kenapa ni Emriel? Siapa buat korang macam ni?"
Tanya Zamri dengan rasa cemas apabila melihat baju Juriffa yang basah dengan darah di bahagian bahu Juriffa dan ada sedikit cecair merah yang meleleh sampai ke siku.
Emriel pula hanya berdarah sedikit darah di wajahnya dan lebam baru campur lebam lama. Lengannya turut lebam-lebam.
Tapi Zamri pun tak pasti itu lebam baru atau lama, memang sentiasa ada aje.
"Maafkan saya, tuan. Saya tak jaga Juriffa betul-betul."
"Nak buat macam mana Emriel, benda dah jadi. Tapi kenapa tak pergi klinik? Bahaya ni...! Kalau kena jangkitan ke apa ke tak pasal satu hal lagi!"
"Hesy papa ni... Relakslah. Luka ni tak dalam pun. Macam calar aje."
Juriffa cuba untuk menenangkan Zamri yang sibuk menilik lukanya.
"Calar apa sampai darah meleleh ni?"
"Tak teruk pun, papa. Macam kena gigit semut aje rasa dia. Nanti Ju ceritakan pada papa."
"Gigit semut konon... Tadi dalam kereta ada orang tu duk lap air mata sambil sedut hingus."
Perli Emriel kepada Juriffa dan gadis itu menjelingnya penuh rasa meluat.
"Tadi tu saja je..."
"Papa rasa lebih baik korang letak ubat kat luar aje. Dalam kereta Ju ada kotak First Aid, kan?"
Selepas Juriffa mengangguk, Zamri terus membuka pintu sebelah pemandu untuk membuka bonet. Kemudian dia mengambil dua buah bantal di tempat duduk belakang dan ke belakang untuk membuka bonet.
Bantal diletakkan di bonet dan menyuruh Juriffa melabuhkan punggung di situ.
"Kenapa tak boleh masuk sekarang, pa?"
Zamri menjuihkan bibirnya ke arah kereta Proton Wira warna metallic milik Jebat.
Ya. Wira. Lelaki kaya dan sombong itu pakai Wira. Sebab dia kedekut taik hidung masin, keras, berkerak.
"Papa rasa lagi elok kalau mama dengan Jebat tak tahu pasal ni. They'll put the blame on Emriel."
Zamri mengalihkan pandangan kepada Emriel dan tangannya mencari kotak First Aid di bonet yang sudah terbuka luas itu. Bonet kereta Juriffa... Memang macam bilik dia.
Dengan selipar, snikers dan heels, alat-alat kecemasan, dan beberapa buah kotak yang entah ada apa di dalamnya.
"Puan bukan okey aje ke dengan saya? Selalunya okey aje."
"Mama tu macam talam sikit... Dia memang okey dengan Emriel. Tapi dia tak okey dengan Emriel kalau ada Juriffa sekali. Sejak Jebat bergaduh dengan Ju semalam, mama dah tak suka Emriel dekat dengan Juriffa."
"Jebat memang pandai inject mama. Mama pulak, percaya sebijik-sebijik apa Jebat cakap. Jebat kata awak nak ambil kesempatan kat saya. Sebab itulah..."
"Siapa tak kenal Puan Hayati tu... Jebat kan anak kesayangan dia." Balas Zamri.
Emriel yang sejak tadi berdiri macam tak ada kerja hanya memandang dua beranak yang cuba menceritakan sesuatu tentang Puan Hayati, mama Juriffa.
Tetapi nampaknya... Dua beranak ni macam tak menyebelahi Puan Hayati langsung.
"Pa, Ju rasa lebih baik papa masuk dalam. Buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kalau boleh, halang mama dan Jebat daripada keluar. Ubat ni, biar Emriel yang letakkan. Kan Emriel kan?"
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Ficção AdolescenteCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm