Don't keep your secret to yourself...
"A light salad with granola bar for my fat cheeks vegeheart,
a slice of froze ice cream rainbow cake as a desert for hot headed maid, and white rice,
chicken boobs butter cook, and mix vege soup for a growing cutie girl."
Geram sahaja kedua-dua makhluk yang duduk di meja kayu yang duduk secara berhadapan setelah makanan mereka tiba di hadapan mereka. Zafril Imran ni memang... Haish!
Yang Juriffa geram sebab perkataan 'fat cheeks'! Yang Emriel sakit telinga dengar perkataan 'hot headed maid'! Dia ni obviously panas baran sangat ke?!
Dah tu, dah la bercakap pun depan lagi seorang pekerja yang menolong Zafril mengangkat makanan ke situ.
Siap perempuan itu tersenyum-senyum memandang muka muncung Juriffa yang kelihatan lucu tetapi comel itu.
"Awak boleh pergi turun dulu buat kerja. Abang nak jadi third-wheeler kejap. Bahaya ni."
Ujar Zafril selamba kepada pekerja perempuan yang turut mengenakan baju merah hati bercop Z's Cafe dan mengenakan sehelai shawl hitam crepe yang terlilit kemas di kepalanya.
"Okey."
Balas perempuan itu sepatah dengan senyuman di bibir dan mula beredar daripada situ tetapi suara Zafril membuatkan perempuan jelita itu berpaling semula.
"Anna..."
"Ya?"
"If anything bothers you, speed dial me."
Pesan Zafril sambil mengerdipkan mata ke arah perempuan itu. Juriffa yang tadinya bercadang untuk merajuk sudah tersenyum sumbing.
Perempuan yang dipanggil Anna itu tersenyum dan mengangguk lalu keluar daripada bilik taman dengan dulang yang dipeluk ke tubuh.
"Abang kelip-kelip mata ni petanda dah nak buta ke ni..."
Automatik Zafril yang tidak lepas menghantar perempuan tadi pergi dengan pandangan terus memandang Juriffa.
Aduh... Lupa pulak ada CCTV HD kat sini...
"Abang okey aje."
"Cinta itu buta."
"Eh... Apa pulak cakap macam tu? Anna tu cantik, dan abang ni boleh tahanlah, memang patutlah tu. Buta apa pulak..."
Zafril menjawab lalu mengambil tempat di sebelah Emriel yang mendiamkan diri sejak tadi dan tidak pula lelaki pendiam itu menyentuh makanannya.
"You both is a perfection. Cinta buta tu maksud Ju, abang cintakan Anna, tapi abang buta dengan orang sekeliling. Duduk dalam dunia sendiri."
"Abang tak bercinta, okey. Dia Anna. Kawan lama abang. Kalau Ju ingat, memang kitaorang mesra sejak dulu. Tapi abang rasa Ju tak ingat kut sebab dah lama dah. Masa tu pun Ju kecil lagi."
Emriel masih diam dan tidak cuba untuk bersembang sekali. Tetapi hanya mendengar sambil memandang Juriffa dan Zafril silih berganti.
Apa sebenarnya hubungan mereka berdua ni? Bukan abang Juriffa cuma Jebat ke?
"Abang betul. Ju tak ingat dah. Tapi cara abang pandang Anna tu..."
"Itu namanya pandangan kawan ke kawan. Kalau nak diikutkan pandangan, pandangan Ju dengan Riel itulah namanya pandangan yang ada perasaan cinta. Bukan abang."
Jawapan Zafril membuatkan Emriel menghela nafas panjang. Benda merepek apalah yang lelaki kacak ini cuba katakan...
"Ju memanglah ada perasaan kat dia. Masalahnya... Dia ni pemalu sangat nak luahkan perasaan pada Ju. Dia takut Ju sakat dia kot."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm