BAB 42

1.4K 93 14
                                    

Sorry... Kalau chapter ni merepek teruk! Dah seminggu cuba type tapi mood+idea gi RIP😒

Jangan lupa vote & komen noh!❤
**********

"JU, Ju. Kalau Ju pintar, cuba jawab ni. Antara Ju dengan saya, tengah-tengah ada apa?"

Teka-teki tak berpenghujung Emriel buat Juriffa menyampah. Langkahnya diberhentikan dan dia menoleh ke sebelah, melihat Emriel yang beria-ria ingin mengembalikan moodnya.

"Dahlah tu, Emriel. Ju tak nak main lagi dah teka-teki. It's getting lame..."

Ujar Juriffa walaupun berat mulut untuk mengecewakan Emriel. Tapi otaknya sendiri dah tak larat nak fikir, tambah-tambah dengan waktu sekarang dah tengah malam.

Lagipun kalau dia bagi jawapan pun, asyik salah je...

"Last, Ju. Janji."

"Fine. Antara awak dengan Ju, ada perkataan 'dengan.'"

"Salah. Antara Ju dengan saya, ada syaitan."

Juriffa mendengus sebelum melajukan langkah, meninggalkan Emriel yang tertawa kerana dapat mempermainkan dia lagi sekali.

"Ju, Ju! Tunggulah! Alamak!!! Aduh... Masa nilah dia nak jatuh pun! Hish!"

Juriffa menghentikan langkah sekali lagi. Aduh si Emriel ni, memang menguji betul! Kepala ditoleh untuk melihat Emriel yang sedang tertunduk mencari sesuatu di lantai jalan.

"Ish... Mana pulak hilang ni..."

Hurgh... Juriffa yang sudah di hadapan beberapa langkah mula mengalah dan kembali untuk membantu Emriel.

"Cari apa tu? Apa yang jatuh tadi? Meh sini Ju cari sama. Bentuk macam mana?"

Juriffa turut sama tertunduk, mencari walaupun kelihatan lantai jalan cukup bersih.

"Tolong cari tau sebab benda tu saya nak bagi kat awak, tapi terjatuh pulak. Bentuknya macam ni."

Juriffa melihat Emriel yang ingin memberi klu. Serius rasa nak penyepak!

Boleh pulak Emriel tersenyum-senyum dengan buat simbol 'love' menggunakan kedua belah jarinya.

Tapi akhirnya muncul juga senyuman di bibir Juriffa sambil menggeleng beberapa kali dan berdiri secara betul kembali.

Tak guna betul si Emriel ni. Seharian asyik mempermainkan dia je!

"Oh, nak cuba jadi romantiklah ni?"

"Taklah. Romantik saya tu saya simpan untuk lepas kahwin... Kalau semua saya guna sekarang, alamatnya lepas kahwin nanti saya tengok muka awak, awak tengok muka saya, hambar tau tak."

Juriffa tertawa sinis. Alahai, berani lagi Emriel nak sentuh bab yang sensitif ni...

"Oh, lepas kahwin? Lepas kahwin apa jadahnya Riel kalau setiap kali Ju cakap pasal hubungan kita, mesti ada benda yang awak nak pertikaikan."

Bicara Juriffa diselangi sepi yang agak panjang. Biar Emriel fikir betul-betul, apa yang dia nak sebenarnya dalam hidup ni.

"Saya nak masuk situ."

Itu je?

Juriffa mengetap bibir. Tanpa rasa bersalah Emriel tukar topik seraya menukar laluan dan terus ke bangunan yang tertulis Brooklyn Bowl.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now