MATA yang beribu kali lebih berat seperti memaksa diri bangun di hujung minggu cuba dibuka sedaya-upaya. Suasana sekeliling kelihatan 70% kabur daripada pagi-pagi lain, pakej dengan kepala yang pening buat Juriffa tak sedap hati.
"R-Ri-Riel..."
Suara cuba dikeluarkan tetapi tekaknya terasa sangat kering. Tangannya cuba diangkat, ingin memicit kepala yang terasa berpusing, tetapi terasa pergerakannya terkunci, sebelum dia tersedar yang dirinya dibedung dengan comforter tebal.
Tiba-tiba dirinya diselubungi rasa takut dan panik kerana masih tidak tahu punca keadaannya pada pagi ini yang agak... Mengerikan? Kena culik ke apa?! Tapi bilik ni macam bilik di rumah Charlie! Tapi tapi tapi...
"Arghhhhhhh Rielllllll Rieellllllll Rieeellllll!!!"
Teriakan dengan suara serak Juriffa memenuhi ruang kamar yang sunyi tanpa sesiapa. Apa yang dapat dikenalpasti hanyalah hari sudah siang. Matanya yang masih berpinar dengan kepala yang masih berdenyut-denyut buat Juriffa tak dapat nak membuat sebarang perkaitan apa yang sedang berlaku.
"You are awake. Wait, I'll get you some water."
Emriel yang dicari, Charlie yang muncul di muka pintu. Juriffa sedikit lega kerana dia tahu Charlie tak jahat. Tapi macam mana semalam keluar tiba-tiba siang ni kena bedung dengan comforter pulak?
"What's wrong with you guys? Why you wrap me in these?"
"You should ask, what's wrong with you? And the answer is you're drunk last night."
Pernyataan selamba Charlie buat Juriffa mengerutkan dahi. Peliknya?
"I don't."
"You are. Look at yourself. You're a mess."
"Since when?"
"Since you accidentally drink vodka instead of plain water at the bar."
"Oh my God... I'm busted."
"Kinda... Wait. I'll help you unwrap, cute burrito."
"But why wrap me?"
"You are so weird last night."
Terus berdegup laju jantung Juriffa mengepam darah. Darah panik sedikit tersebar ke seluruh badan. Rasa tidak sedap hati mula bertandang. Benda pelik apa ni?
Janganlah benda-benda bodoh! Tak sanggup rasanya nak tanya benda pelik apa jadi Juriffa terdiam seketika sambil melihat Charlie yang sedaya upaya cuba membuka comforter tebal yang membungkus dirinya.
Selesai sahaja comforter segera ditolak ketepi. Juriffa segera bangun namun terasa kepalanya terasa sangat berdenyut memaksanya kembali duduk di birai katil.
"Hey, chill. Sit here first. I'll bring you some water."
"Where's Emriel...?"
Soalan Juriff dijawab Charlie sebelum lelaki itu bergerak untuk keluar bilik.
"He's preparing your breakfast."
"Hmm... Okay. Did he angry with me?"
"No spoiler. You will see..."
Charlie hilang di balik pintu namun berganti pula dengan Emriel yang membawa sedulang makanan. Bilik sunyi sepi tanpa bicara, hanya bunyi dulang yang mendarat di meja sebelah katil.
Wajah tegang Emriel buat Juriffa tidak berani memulakan apa-apa bicara.
Emriel yang hanya bergerak ke balkoni dan mengikat langsir supaya kekal terbuka buat Juriffa makin resah. Emriel tak nampak kewujudan dia ke? Akhirnya, setelah semua keberanian dikumpul, Juriffa cuba memulakan bicara.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm