BAB 91

104 11 16
                                    

"TAK guna punya Alan!!! Sial!!!"

Jasreen menghambur kemarahannya sebaik sahaja Alan melangkah keluar daripada bilik siber tersebut.

Sesuka hati dan sesedap mulut sahaja Alan  menghina dirinya tadi! Apa yang Alan cakap memang tak salah tetapi keterlaluan bagi Jasreen!

Memang betul pun apa yang Alan cakapkan! Memang dah lama Jasreen tunggu waktu je untuk jatuhkan Juriffa!

Tapi tak sangka boleh kantoi sebegini rupa!

Monitor komputer yang terpasang elok di meja ditarik kasar sehingga semua peralatan elektronik, papan kekunci dan monitor sekali jatuh ke lantai dan belum sempat Jasreen menduga, monitor besar itu jatuh menghempap jemari hadapan kakinya yang tersarung kasut tumit tinggi.

"Adoooooooiiiiiiii!!! Arghhh tak guna!!! Sakit bodoh!!!"

Auto meraung Jasreen sebelum jatuh terduduk dan memegang bahagian kaki kanannya yang terasa bagai hancur tulang pada bahagian depan kakinya itu.

Mengalir sedikit air matanya menahan kesakitan akibat kebodohan dirinya sendiri.

Telefon yang tiba-tiba berdering minta dijawab buat Jasreen mengeluh berat. Bala apa lagi ni nak datang pada dirinya hari ini...

Jarang sekali telefonnya berbunyi, kalau bunyi pasti ada sesuatu tidak kena. Yang single je tahu kan perasaan camgitu. Huhuk.

Telefon yang terletak di meja berdekatan cuba dicapai dan akhirnya berjaya diambil.

Skrin papar panggilan dilihat dan Jasreen cuba menahan sabar sebelum menyentuh ikon menjawab. Rasanya dia boleh agak apa topik yang membuatkan lelaki itu mencarinya.

"Jasz... Betulke Juriffa-"

"Sudahlah!!!"

Jerkah Jasreen di hujung talian setelah mendengar nama Juriffa lagi. Membuak-buak darahnya apabila tekaannya betul.

Aafieq menelefonnya cuma sebab nak tahu tentang Juriffa sahaja!

Panggilan daripada Aafieq sepi, mungkin kerana terkejut dengan jerkahan Jasreen yang tiba-tiba.

Kemudian, panggilan telefon itu hanya didiami bunyi tangisan Jasreen yang tiada penjelasan.

Menjerit, lepastu menangis? Terdiam dalam keliru Aafieq dibuatnya.

"Jasz...? Jasz okey? Kenapa ni??? Abang macam dengar Jasz menangis...? Jasz okey tak ni?"

Aafieq menyoal prihatin, cuba mengetepikan niat asalnya menelefon gadis itu.

Tidak pernah dia terlihat sisi Jasreen yang ini. Jadi, kalau Jasreen menangis, pasti ada sesuatu yang berat berlaku pada gadis itu. Aafieq yakin!

"Jasz tak okey!!! Macam mana Jasz nak okey kalau semua orang asyik Juriffa-Juriffa-Juriffa!!! Semua orang cari Jasz sebab Juriffa je!!! Tak ada siapa yang kisah pasal Jasz!!! Semua Juriffa!!! Jasz ni macam tak wujud je!!!"

Tidak semena-mena Aafieq pula menjadi pelampiasan kemarahan Jasreen sehingga lelaki itu terpaksa menjauhkan telefon daripada telinganya.

Mau pecah gegendang dengar Jasreen menjerit oi!

Tetapi Aafieq sedia mendengar, menyedari memang dirinya begitu. Kalau cari Jasreen, mesti sebab nak bertanyakan soal Juriffa.

"Jasz... Abang-"

"Abang pun sama!!! Sikit-sikit Juriffa!!! Padahal jelas-jelas Juriffa tu dah tak nak kat abang! Kalau dia ada perasaan sekelumit pun kat abang, mesti dia dah reach out abang!

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now