BAB 107

87 15 34
                                    

ANGIN pantai Port Dickson yang sepoi-sepoi bahasa itu meminimakan rasa cuaca panas pada petang itu.

Juriffa membuang pandang ke laut yang tenang berombak sambil menghirup air ice lemon tea di kafe chalet yang disewa itu.

Sudah lama dia rasa tidak setenang ini.

Namun, pandangannya terhenti kepada Emriel yang sedang melayan Emilia membina istana pasir tidak jauh daripada tempat Juriffa melepak.

Kalau ikut perkiraan dan penantian Juriffa, hari ini sudah masuk dua bulan lelaki itu mematuhi arahannya untuk tidak membuka mulut kecuali untuk melamarnya.

Memang suara Emriel pun dia dah lupa bagaimana. Suara kecik ke, suara garau ke suara seksi ke entahlah.

Emriel tidak bercakap langsung seolah-olah Emriel memang tak pernah berniat untuk menikahinya.

Masalahnya, Emriel selalu sahaja menyediakan semua keperluannya, memasak makanan kegemarannya, tetapi lelaki itu diam membisu.

"Termenung apa tu Ju... Jomlah join kitorang nak main pijak belon."

Teguran Jebat yang tiba-tiba muncul menyedarkan Juriffa kembali.

Juriffa hanya melihat Jebat yang memegang sepaket belon, tidak sabar untuk bermain.

"Malaslah... Ju takut belon... Pijak belon Ju takut, tapi kalau suruh pijak muka kau, aku okey."

Canda Juriffa sebelum Jebat cuba mengacah untuk memukulnya dan segera Juriffa mengelak sambil menjelirkan lidahnya.

"Rugi tau kalau tak join..."

Jebat masih cuba memancing minat Juriffa tetapi gadis itu terus menggeleng.

"Tak apalah... Korang mainlah... Ju tengok dari sini..."

"Alright then..."

Memandangkan Juriffa memang enggan mengikuti, Jebat kembali bergerak menghampiri pantai untuk bersama yang lain, Zamri, Emriel, Emilia, dan Izzah.

Juriffa hanya menghantar lelaki itu dengan senyumannya.

Semua wajah kecewa terpaling kepada Juriffa setelah Jebat memaklumkan Juriffa tidak mahu main bersama.

Namun Juriffa hanya tersenyum manis, memberi isyarat dari jauh menyuruh mereka meneruskan bermain pijak belon tanpanya.

Tanpa membuang masa, masing-masing mengambil belon dan dimasukkan sedikit pasir sebagai pemberat supaya tidak terbang jauh dan kemudian belon ditiup sebelum diletakkan secara bertebaran di atas pasir pantai.

Juriffa hanya memerhatikan dari jauh, melihat Zamri yang dipakaikan penutup mata dan tubuhnya dipusingkan beberapa kali sebelum arahan diberikan oleh Emriel dan Emilia selaku ahli kumpulannya.

Kecoh betul suara Emriel dan Emilia memberitahu arah belon untuk dipijak oleh Zamri.

Begitu juga suara Jebat dan Izzah yang bersama-sama memberikan arahan yang bercanggah untuk Zamri supaya kumpulan Zamri, Emriel dan Emilia tidak dapat memijak belon.

"Apa papa niiii kiri kanan pun pening keee... Dah tua lah tuuu..."

Perli Jebat kuat, melihat Zamri yang terkial-kial sekejap ke kiri sekejap ke kanan untuk memijak belon.

Laju kepalanya disekeh Izzah sebelum menggosok kepalanya yang sedikit sakit akibat disekeh.

Juriffa hanya menggeleng dari jauh, melihat papanya yang jelas hanya dapat memijak satu belon sahaja.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now