"HAIHHH..."
Buat kesekian kalinya Jasreen mengeluh dengan perangai abang angkatnya yang seorang ini. Sudah sehari suntuk dia dan Aafieq keluar masuk kedai, mall, dan macam-macam tempat lagi di sekitar bandar Seattle, Washington.
Keluar masuk, tapi barangnya tidak dibeli. Banyak sangat kerenah! Itu tak kena, ini tak kena. Jam di tangan sudah menginjak kepada enam petang. Dan Aafieq masih lagi tidak berputus asa berjalan di kaki lima dengan tangan yang masih kosong tanpa apa-apa barang pembelian.
"Abang. Dahlah."
Jasreen segera menghentikan langkah dan membiarkan Aafieq berjalan beberapa langkah mendahuluinya sebelum Aafieq turut berhenti dan menoleh ke belakang.
"Jasz kalau tak larat jalan, pergilah balik hotel. Abang tak minta teman pun kan?"
Jasreen berjalan perlahan mendekati Aafieq dengan wajah yang sangat teduh. Sumpah dia penat. Dengan heelsnya lagi. Rasa macam nak tercabut dah kaki. Tapi ini yang Aafieq kata? Tak minta?
"Abang. Dari pagi tau kita keluar ni. Abang tak reti penat ke? Memanglah abang tak mintak teman, tapi ingat Jasz tergamak ke nak biar abang jalan sorang-sorang? Abang tu dahlah emosi pun tak stabil lagi. Jasz ikut sebab risaukan abang, tapi abang kata macam ni pulak."
Akhirnya apa yang terbuku di hati diluahkan juga tetapi Aafieq terdiam seketika, mungkin cuba merefleksi dirinya kembali.
"Abang nak masuk kedai jam tu."
Ya Allah... Sakitnya hati Jasreen melihat Aafieq masuk ke sebuah kedai jam tangan yang kelihatan sangat mewah. Ingatkan refleksi diri tapi dia fikir cara nak ubah topik!
Apa boleh buat, dengan dengusan panjang, Jasreen mengikuti langkah Aafie memasuki kedai tersebut.
IWC Schaffhausen... Gila apa... Tu jenama jam kelima dalam carta top 10 jam mewah di dunia kot... Sumpah Aafieq ni dah gila.
"Abang dah bersedia ke nak tukar jam yang arwah Juweeta bagi tu ke jam tangan lain? Jasz ingat abang memang taknak tanggal lagi dah jam tu..."
Jasreen tersenyum melirik melihat Aafieq yang sedang meneliti jam yang terletak dalam pameran kaca di kedai tersebut.
Aafieq malas melayan dan terus mencuci mata dengan jam berjenama tersebut. Semuanya jam tersusun sangat kemas dan kelihatan sangat mewah di bawah sinaran lampu emas yang menaikkan lagi seri jam tersebut.
"Yes, sir. May I help you?"
"Can you suggest me a couple watch? The bestseller one."
"Okay wait..."
Jasreen memandang Aafieq tidak percaya selepas terlihat harga-harga jam tersebut setelah otaknya menukarkan nilai USD dengan RM. Bukan kaleng-kaleng harga dia! Paling murah pun RM8K++ dan yang tertinggi setakat ni dia ternampak ialah RM100K++!!! Dan Aafieq mintak couple set?!
"Abang, mahal gila... Padahal masa dia sama je 24 jam, sama je macam jam RM10 yang beli kat pasar malam..."
Serius sekali lagi Aafieq mengabaikan Jasreen.
"This sir, I suggest you this one. You and your girlfriend can try it first."
Seorang promoter wanita menghulurkan sekotak jam tangan yang mempunyai dua utas jam tangan yang berbeza saiz. Satu sedikit besar dan bercorak sedikit maskulin dan satu lagi sedikit kecil dan bercorak agak feminin. Namun kedua-duanya mempunyai tema yang sama iaitu warna hitam dengan bercorak emas.
"Thank you, but she's not my girlfriend."
Ujar Aafieq sambil membelek kedua-dua jam yang berada dalam kotak baldu biru tersebut. Jasreen hanya memandang dengan rasa tidak puas hati. Saja je tu buat macam berminat. Tapi last-last mesti tak beli!
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm