PINTU dia bilik Aafieq diketuk malas. Kalau diikutkan hati, memang tak ada sebab nak datang bilik Aafieq.
Nasiblah dah tukar ke baju tidur, selesalah sikit daripada pakai gaun tadi. Masalahnya, dah mengantuk! Tapi Aafieq suruh juga dia datang bilik Aafieq. Lagipun dia dah iyakan aje bila Aafieq ajak jumpa tadi. Terbantut niat nak tidur!
Katanya... We need to talk...
Yup, they need to talk. Sebab tulah Juriffa paksa diri datang jugak. Nak tunggu esok, esok Aafieq sibuk dengan kerjanya yang tak pernah habis tu.
"Jemputlah masuk, sayang. Tercegat apa kat situ?"
Pelawa Aafieq seraya menolak pintu bilik rapat ke dinding supaya terbuka luas untuk Juriffa yang berdiri tanpa perasaan di hadapan pintu bilik hotelnya.
"Sembang sini ajelah... Ju dah mengantuk ni, nak cepat-cepat masuk tidur."
Juriffa memberi alasan dengan acah-acah menguap comel di hadapan Aafieq.
Malas betul nak lama-lama bersembang dengan Aafieq. Rasa nak bergaduh aje... Lebih baik straight to the point.
"Sayang... Come on. Kejap je... Nak sembang-sembang dengan tunang sendiri pun susah ke?"
Keluhan berat dilepaskan Juriffa yang terus berlalu masuk dan melabuhkan punggung di katil kosong yang empuk dan mewah itu.
Aafieq mencebik seraya menutup pintu bilik dan menghampiri Juriffa yang kelihatan tidak segembira ketika dia berjumpa Emriel tadi...
Tuhan aje yang tahu macam mana hati lelakinya terluka...
"Cakaplah."
Baru Aafieq hendak duduk dan membuka kata, telefon pintarnya pulak menjerit minta dijawab. Automatik Juriffa mengeluh.
"Ops...... Sayang rehat dulu tengok tv ke makan buah ke. Abang nak cakap dengan klien kejap. Tapi sayang jangan blah dulu okey? Kejap je..."
"Hish abang ni... Ju dah letih tahu tak... Kalau Ju tahu abang asyik sibuk dengan klien, lebih baik Ju tak payah datang..."
"Abang pun dah letih macam mana nak pujuk sayang bagi sayang stay. Kali ni je... Please? Kejap je..."
"Pergilah sana... Hesy..."
Aafieq hilang di sebalik langsir beranda dan Juriffa jadi krik-krik buat seketika.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memakan buah epal yang disertakan bersama pisau buah di meja kecil sebelah katil. Baru hendak menyuap mulut,
epal diletakkan semula. Ada yang lebih menarik perhatiannya!Gagang telefon bilik hotel Aafieq diangkat dan didekatkan ke telinga. Nombor yang paling melekat di minda ditekan.
Konfemlah nombor bilik Emriel...
"Hello Emriel!"
"Jo ni."
"Haih... Bukan Johny. Jo. J. O. Jo."
"Jodoh awaklah!"
"Hahahaha comelnya! Cuma nak cakap I love you too. Tadi lupa nak reply, terkedu sangat bila awak kata I love you kat Ju. Hehehe."
"Jumpa kejap lagi nak? Rindulah..."
"Mimpi?"
"Siapa tu?"
Suara Aafieq yang menyapa di sebelah membuatkan Juriffa segera meletakkan gagang dan berlakon seolah tiada apa yang berlaku.
"Benda penting apa yang abang nak cakap dengan Ju...? Kalau boleh cepat sikit, Ju nak balik bilik, nak rehat."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm