BAB 5

2.3K 192 31
                                    

Don't have to share with no one else...

JURIFFA bersandar malas di kerusi dan dia menghela nafas panjang.

Alahai... Kenapalah si Jasreen ni lambat sangat. Konon kata pukul enam petang. Ni dah enam lima minit petang.

Rasa bosan pulak bila menunggu seorang diri. Tadi dah cuba ajak Emriel... Tapi... Emriel buat tak tahu aje...

Mesti dia nak ikut. Cuma dia malu aje. Juriffa tetap bersangka baik. Rambutnya yang lurus dan dibiarkan begitu sahaja dilurutkan ke sebelah kiri sahaja.

Sebab? Sebab rasa macam banyak mata memandang dari sebelah kiri!

"Hey, gedik!"

Sapaan mesra daripada Jasreen yang sudah muncul dengan tiba-tiba dan meletakkan beg tangan di hadapan Juriffa membuatkan Juriffa tegang.

"Memang tak boleh nak bagi terkejut lagi ke?"

Jasreen meletakkan punggung di kerusi berhadapan dengan Juriffa di dalam restoran Secret Recipe itu. Wajah ceria Jasreen yang tadinya excited berubah kepada sedikit muram.

My girl seem not in mood...

"Why so serious? Nak bermesra sikit pun tak boleh dah...? Aku rindu tau dengan gedik aku ni... Sejak cuti semester tak keluar rumah dah. Ajak lepak pun dah pandai menolak. Kau berkabung bibik kau meninggal eh?"

Anak mata Juriffa tepat memandang anak mata sahabatnya yang seperti memerlinya itu. Jasreen ni memang pandai meneka tetapi selalu tak tepat!

"Aku... Hmm... Anak arwah bibik aku..."

"Kenapa? Emilia pun meninggal ke?"

Sukahati sahaja Jasreen menebak membuatkan Juriffa tercekik air liur sendiri. Mulut Jasreen tu memang laju daripada otak!

"Aku tak boleh keluar rumah ah... Aku rasa lemah lah nak keluar dari rumah tu. Aku rasa macam... Aku ni... Ada tanggungjawab. Ada tugas yang perlu aku buat."

"Tanggungjawab apa pulak? Apa kena mengena dengan anak arwah bibik kau? Aduh...! Aku pening weh dengan kau ni!"

Jasreen memegang kasar kepala Juriffa dengan kedua-dua belah tangannya. Rasa macam nak goncang kuat-kuat kepala Juriffa ni.

Entah apa yang difikirkannya pun Jasreen tak faham! Sekejap sahaja tangannya dialihkan oleh Juriffa yang kelihatan lemas itu. Sebenarnya Jasreen lebih lemas apabila Juriffa tidak ceria seperti dulu!

"Bibik aku tu... Ada dua orang anak sebenarnya. Bila dia meninggal, anak lelaki dia tu pulak yang gantikan kerja dia jadi bibik kat rumah aku tu. Dia tu, belajar kat luar negara kot! Balik-balik, jadi bibik... I feel so bad..."

Nada suara Juriffa semakin menurun apabila terbayangkan wajah kacak Emriel yang selalu bersusah payah. Aduh... kasihannya... Sumpah dia rasa kasihan dengan Emriel.

"Wow... Menarik... Anak lelaki ya... Hmm..."

"Miang lagi dia ni!"

Juriffa menggigit bibir dan menarik perlahan telinga Jasreen yang terserlah di celah rambut ikal itu.

"Sekarang ni... Simple. Kalau kau nak dia kerja dan tinggalkan kerja bibik tu, kau pulaklah yang jadi bibik. Bolehlah kau melatih diri untuk jadi isteri mithali untuk Abang Aafieq. Iya tak?"

Juriffa menjeling tajam ke arah Jasreen yang bercakap seperti segala-galanya mudah dan boleh diselesaikan segera.

"Bernas sangat idea kau tu... Tapi tu bukan masalahnya. Masalahnya... Dia tu alone sangatlah. Dia macam... Tak terima pemergian mak dia. Dan... Dia macam rasa bersalah sangat dengan kematian mak dia. Padahal... Dia tak salah apa-apa pun. Papa pun kata dia tak perlu pun nak ganti tempat Mak Ema tu... Tapi tulah. Dia tu, tak ada siapa pun boleh ubah fikiran dia."

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now