"ADA dua benda aku pelik dengan kau ni, Riel."
"Oh ya?"
Emriel menyoal malas kepada Jasreen. Pandangan dihalakan ke sekeliling shopping mall sahaja, mana tau kalau terjumpa Juriffa.
Selalunya kalau jodoh kuat, mesti jumpa punya, kat mana saja, macam cerita sinetron.
"Iyalah. First, kau tak terkejut pun jumpak aku. Kedua, kau macam tak gembira je keluar dengan aku. Mind to explain?"
Beria aje Jasreen menyoal. Melihat Emriel yang berjalan di sebelahnya cukup membuatkan dia gembira, yang tak gembiranya, roh Emriel macam tak ada kat sini.
"Perlu ke aku explain?"
Lagi sekali soalan annoying Emriel keluar membuatkan Jasreen terus menarik Emriel supaya duduk di kerusi panjang yang tersedia di mall.
"Ha, explain. Aku tahu kau tak okey."
"Hmm... Aku tak terkejut jumpa kau sebab aku tau kau ada kat sini. Aku nampak kau dengan Aafieq semalam masa sarapan kat bistro hotel."
Terang Emriel, tetapi pandangannya masih meliar, bukannya memandang Jasreen yang tidak lepas memandangnya dari sisi.
"Okey... Kedua... Kenapa kau macam tak happy aje jumpa aku? Kita bukannya selalu berjumpa..."
"Sebelum aku jawab soalan kau... Boleh aku tanya something?"
Tanya Emriel, memandang sekilas kepada Jasreen yang sentiasa sabar melayan kerenahnya.
"Tanya aje..."
"Kalau orang yang kau suka buat perangai dingin je dengan kau... Apa kau nak buat...?"
Teringat pula perangai Juriffa yang cukup dingin dengannya sejak semalam. Dia sedar, memang ada silapnya. Tapi tak sangka pulak yang Juriffa betul-betul terasa.
"Nak buat apanya, Riel... Chill ajelah. Macam aku tengah layan kau ni ha... Chill aje walaupun kau dingin aje dengan aku."
Balas Jasreen pasrah dan Emriel tertawa kecil. Tak sedar pulak dingin Juriffa dah berjangkit ke dirinya. Tapi Jasreen masih sabar melayannya.
"Gelak pulak si Emriel noob ni... Faham ke tak apa yang aku cuba sampaikan?"
Jasreen tersenyum melirik ke arah Emriel yang terkebil-kebil memandangnya tanpa tawa.
Ha, blur lagi. Noob sungguh Emriel ni. Dari dulu.
"Apa ya? Aku tak fahamlah."
Jasreen mendengus dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya. Tuhan je tahu betapa dia rindunya untuk meluangkan masa dengan Emriel.
"Aku suka kaulah. Sebab tulah aku sabar aje layan dingin kau ni... Faham...?"
Lagi riang Emriel tergelak mendengar kejujuran Jasreen. Teringat lagi kepada Juriffa yang selalu jujur dengan perasaannya, sebijik macam Jasreen. Cuma Jasreen lebih santai dan Juriffa lebih menggoda.
"Kenapa gelak ha?"
"Haha... Taklah... Kau still suka aku? Aku ingatkan kau suka Aafieq sebab semalam-"
"Aafieq tu cuma abang angkat aku aje, okey? Sebab aku kerja bawahan dia, dia ajak aku datang sini, temankan dia. Clear?"
Emriel mengangguk faham. Biarlah apa pun, bukannya Emriel kisah pun kalau Jasreen ada apa-apa dengan Aafieq. Asalkan tak ganggu Emriel dengan Juriffa sudah...
"Untuk pengetahuan kau... Siapa aje tak suka kau... Susah tau nak cari lelaki macam kau ha..."
Tutur Jasreen membuatkan Emriel baru mengalihkan seluruh fokusnya kepada Jasreen.
"Kat mana yang susahnya Jasz? Aku tengok lelaki lain lagi elok daripada aku kot..." ucap Emriel.
"Pada pandangan akulah kan... Kau ada tiga benda ni, dan kau pandai guna ketiga-tiganya."
Emriel mengeluh. "Ceritakanlah terus Jasz... Jangan buat aku tertanya-tanya."
"Okey. Kau ada rupa, hati, akal. Kau tak pernah guna rupa kau untuk kepentingan diri kau sendiri. Kau ada hati, semuanya kau guna untuk kebaikan. Akal? Kau selalu fikir ke depan sebab kau nak yang terbaik."
Emriel hanya tersenyum mendengar hujah Jasreen tentang dirinya. Akhirnya dia cuma menggeleng sebagai reaksi.
"Aku ingatkan aku ni selalu menyakitkan hati aje..."
"Lupa nak sebut yang tu... Plus noob."
Jasreen menjelir lidah dan Emriel tertawa kecil.
"Eh, Riel. Tu, Ju dengan abang Aafieq!"
Pandangan Emriel automatik beralih ke tempat yang Jasreen tunjuk dengan telunjuknya. Juriffa sedang berjalan dengan Aafieq, memasuki sebuah butik mewah.
Tapi nampaknya macam Juriffa masih tiada mood. Ergh. Biarlah. Dia yang nak keluar sangat dengan Aafieq kan. Dia yang tak nak ajak.
"Eh Riel... Jom join diorang nak tak? Kita pun tak cari baju untuk malam esok lagi ni...?"
Jasreen mengangkat punggung daripada kerusi dan menarik tangan Emriel. Tetapi Emriel seperti tidak mahu bangun aje dan memberi pandangan 'takyahlah' kepada Jasreen.
"Jomlah, Riel... Baju kat situ nampak cantik..."
Bukan main beria Jasreen menarik tangan Emriel tetapi Emriel masih berkira-kira sama ada untuk bangun atau tidak.
"Boleh ke...? Tak ganggu diorang ke?"
"Bukannya kedai diorang punlah... Hesy... Jom!"
**********
Time busy, memang idea mai. So stressed me out... Lapang sikit, lupa idea tu😒 Ok, rasa nak post cerita baru tapi... Takut jadi slow update macam cerita ni😭😂 Hangat taik tol!!!Do vote and comment my loves, yang still sudi baca cerita hampeh ni😂❤

ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Bibik✔
Ficção AdolescenteCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm