BAB 33

1.1K 92 39
                                    

"ERMMM... Happy Birthday, Ju."

Ucapan paling awkward Emriel ucapkan untuk Juriffa yang sedari tadi menggenggam erat jarinya dan memandangnya seperti menunggunya untuk bercakap sesuatu.

"Terima kasih, Riel."

"Kenapa pandang tak lepas ni? Nak hadiah ke?"

Ucap Emriel yang menjadi semakin janggal apabila anak matanya seolah terkunci dengan anak mata Juriffa yang tidak lepas memandangnya.

"Ini pun dah cukup."

Tangan Emriel yang berada di genggaman diangkat dengan senyuman paling bahagianya.

"Boleh Ju tanya something? Dan awak... Jujur ya?"

"Anything for my birthday girl."

Senyuman dihadiahkan sambil menunggu soalan yang kedengaran serius itu. Makin janggal pula bila matanya bersabung lama dengan gadis cantik itu sewaktu menunggu Juriffa mengutarakan soalan.

"Awak dah sukakan Ju ke belum?"

Emriel terdiam sejenak mendengar soalan yang tak diduganya. Otaknya mula mengarang ayat.

Dia nak jujur. Tapi...

"Maaf. Ni bukannya masa yang tepat, Ju. Awak tu tunang Aafieq."

"Bila masa yang tepat... Riel? Bila Ju dah kahwin dengan abang Aafieq? Tu ke yang awak nak? Tak kisahlah awak suka Ju ke tak ke... Tapi tolonglah jawab.

At least Ju tahulah... Berbaloi ke tak Ju tunggu sampai hati awak nak terbuka? Kalau tak berbaloi... Lebih baik Ju kahwin aje dengan abang Aafieq... Walaupun Ju memang tak cintakan dia."

"Kalau awak nak kahwin dengan Aafieq, go on. Saya cuma orang bawahan awak dan saya hormat keputusan awak."

Juriffa tersenyum sinis. Satu, rasa janggal bila Emriel membahasakan diri sebagai saya-awak. Kedua, susah sangat ke nak jujur?

Takkanlah sikit rasa sayang untuk dia tak ada kot? Sedangkan dia makin lama jumpa Emriel makin sayang...

"Jujur tu tak rugi, Riel. Just be honest. Abang Aafieq tak ada hak apa pun ke atas Ju. Awak layak bahagia. Ju pun layak-"

"Fine, I love you."

Tergantung terus percakapan Juriffa setelah akhirnya lelaki berjiwa batu itu meluahkan tiga perkataan yang paling dia nak dengar sejak pertama kali dia terserempak dengan Emriel.

Ternyata penantiannya selama ni tak adalah sia-sia dan tak berbaloi.

Terbit senyuman lebar yang menghiasi bibir Juriffa sebelum kaki diginjat sedikit dan telapak tangan diletakkan di belakang cuping telinga.

"Apa Riel? Ju tak dengarlah!"

"I love you."

"Kuatlah sikit, crowd ni bising betullah..."

"Love you, Juriffa."

"Riel. Jangan main-main boleh tak? Cakaplah kuat sikit?"

"I love you, Juriffa!"

"Herghhh! Apa ni cakap kuat-kuat tapi tak jelaslah! Apa awak nak cuba sampaikan ni?!"

"Berapa kali nak cakap yang I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU JURIFFA!!!!!!"

Terdiam satu ballroom mendengar jeritan Emriel yang sekuat hati datang dari anak tekaknya. Termasuk Emriel sekali terdiam, sama naik dengan Juriffa yang terkebil-kebil tidak percaya.

Rasa macam dah bengang telinga dengan jeritan penuh perasaan Emriel.

"Ops, sorry! Sorry-sorry! I'm so sorry!"

Habis janggal Emriel meminta maaf kerana mematikan suasana yang tadinya cukup meriah dan romantik.

Beberapa saat kemudian, semua mula memberikan tepukan gemuruh dan 'wuuu' dengan sedikit siulan sebelum Emriel cepat-cepat menarik tangan Juriffa untuk pergi daripada situ.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Berapa kali nak cakap yang I LOVE YOU I LOVE YOU I LOVE YOU JURIFFA!!!!!!"

Terhenti tangan Jasreen untuk mengangkat garfu dengan Aafieq yang duduk di meja bulat yang penuh dengan makanan mewah itu.

Kalau tak tengok siapa yang cakap pun, mereka berdua boleh teka berdasarkan suara lantang itu.

Wajah dan kelakuan cuba dikawal sebaik mungkin supaya tak obvious. Buat macam tak ada apa-apa. Jasreen melihat Aafieq, tetapi lelaki itu meneruskan niatnya untuk makan seperti tidak dengar apa-apa.

"Abang okey?"

"Ask yourself, Jasz. Jasz okey ke?"

Jasreen pula terdiam dan menghela nafas berat. Gila. Siapa aje okey bila orang yang kita suka, suka kat orang lain...

"Itulah... Abang ajak komplot tak nak. Bukannya abang nak bunuh diorang pun. Sekarang, ha tengoklah siapa yang rugi."

"Hergh... Tak habis-habis. Abang kena tahu, dua-dua tu kawan Jasz, serba salah Jasz nak pisahkan diorang..."

"Tapi Jasz nak Emriel kan?"

"Cuba bagitau Jasz, siapa yang tak nak lelaki macam tu?"

"Abang. Abang tak nak tengok muka dia. I can eliminate him from this world if you don't mind..."

**********
Sorry... Lambat gila kan? Stress siot, ik students lain pun. Haish. Hmm. Okay.

Vote, comment 😊

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now