BAB 84

112 15 18
                                    

SEAWAL jam 8 pagi lagi Emriel sudah menunggu Juriffa di luar vila. Enjin kereta Juriffa dipanaskan seperti biasa sebelum ke kolej.

Kalau diikutkan hati memang semalam dia sudah tinggalkan vila ini tapi apabila dihalang dan dipujuk papa Juriffa, akhirnya Emriel mengalah.

Emriel tidak mahu berputus asa. Selepas menceritakan segalanya yang terjadi kepada Tuan Zamri, lelaki itu masih mempercayai Emriel dan tidak menyalahkan Emriel.

Mujurlah Zamri mahu mendengar semua ceritanya dari A sampai ke Z tanpa memarahi Emriel walaupun dia telah mengesyaki pembunuh maknya terdiri daripada penghuni vila itu.

Segala bukti rambut Emil ditunjukkan dan penerangan Emil didengarkan untuk mengukuhkan hujahnya.

Emriel bersyukur banyak kerana dipertemukan lelaki berminda terbuka seperti Zamri.

Namun, Zamri tidak memberi komen apa tentang tuduhan pembunuhan itu, tetapi lebih memfokuskan hubungannya dengan Juriffa.

Masih terngiang-ngiang bicara mereka berdua semalam di telinga Emriel yang memberikan dia semangat untuk terus berada di sini...

"Kalau Emriel nak pergi, Emriel nak pergi mana?"

Soal Zamri prihatin, dengan harapan Emriel mahu tinggal di vilanya lagi.

"Saya ada duit, nanti saya sewalah kat mana-mana..."

"Jadi... Emriel nak tinggalkan Juriffa lagi?"

"Juriffa tak nak tengok muka saya."

Emriel membalas dengan liur yang terasa pahit.

"Dan Emriel percaya ke? Emriel dah tak nak berjuang untuk dia?"

Emriel terdiam lama mendengar soalan itu. Tipulah kalau dia nak putus asa terhadap Juriffa.

Seribu tahun hidup pun belum tentu dia dapat gadis yang boleh menggembirakan dia seperti Juriffa...

Mengenangkan gadis itu, tiba-tiba sahaja dia terlihat Juriffa melangkah keluar dari pintu utama dengan blaus putih dan jeans denimnya.

Kasut Vans hitam putih yang dipakai menyerikan lagi penampilan gadis kesayangannya pada pagi itu.

Tak pernah sekali pun dia ternampak Juriffa dan tidak memuji kecantikan gadis itu.

Kalau boleh, nak sahaja dia memuji Juriffa yang kelihatan sangat comel pada pagi ini, tetapi apa yang telah berlaku menyekat Emriel daripada berbuat sedemikian.

Melihat Juriffa yang terus menonong jalan tanpa mengendahkan kewujudan Emriel membuatkan Emriel tiada pilihan lain selain menghalang gadis itu daripada keluar pagar.

Mungkin Juriffa mahu pergi kolej naik Grab.

"Juriffa, jom saya hantar awak pergi kolej."

Pelawa Emriel dengan sebuah senyuman tetapi wajah gadis itu masih mencuka.

"Oh tak payah, mulai hari ni, saya pergi dan balik dengan Alan."

Terang Juriffa malas tetapi masih dengan nada yang dikawal sebaik mungkin. Tidak mahu bercakap mengikut hati tanpa melalui otak seperti semalam.

Hampir semalaman dia tidak dapat tidur kerana memikirkan rasa bersalah yang amat sangat dengan Emriel.

Langkah terus diatur keluar daripada pagar.

Semakin dia melihat wajah Emriel, semakin teringat Juriffa dengan kenangan-kenangan lalu mereka yang tak mungkin dapat diulang kembali itu. Sakit sangat...

"Juriffa, we need to talk, sometimes."

Suara itu masih mengikuti dan Juriffa hanya berpeluk tubuh memandang jalan, mendoakan Audi R8 kepunyaan Alan cepat-cepat muncul.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now