BAB 3

2.8K 217 33
                                    

KRINGGG!!!

Jam loceng yang berbunyi nyaring di tepi katil segera dicapai dan dicabut baterinya. Memekak aje!

Macam manalah dia boleh tersilap kunci jam pukul 8.00 pagi! Bukan tersilap kunci jam, tetapi terlupa untuk ubah jam kepada 1.00 petang atau lambat lagi!

Ini terpaksa pula dia bangun pada waktu yang selalu dia bangun pada hari kuliah. Hari ini mana ada kuliah!

Juriffa duduk daripada baring di atas katil dan menggeliat kecil. Nilah yang paling menyampah ni. Dia kalau sudah terjaga, memang susah untuk tidur semula.

Tapi kalau sudah tidur, memang senang untuk terjaga. Sebab itulah dinding biliknya penuh dengan kepingan bekas telur yang berwarna-warni tetapi masih belum siap dilekatkan sepenuhnya.

Bekas telur memang penebat bunyi yang efektif. Jadi, memang sesuai untuk Juriffa yang mahukan ketenangan dan suka melakukan kekecohan tanpa dimarahi oleh mama dan papanya!

Okey... sebenarnya Jebat je selalu marah kalau bising.

Idea bekas telur ni masih belum siap kerana baru tiga minggu dia kembali untuk tinggal di vila ini setelah Mak Ema merangkap mak kepada Emriel dan Emilia meninggal dunia.

Pada awalnya niat Juriffa pulang untuk cuti semester sahaja. Alang-alang dapatlah dia membantu mamanya, Puan Hayati menguruskan vila yang agak besar ini. Tetapi tak sangka pula ada putera tampan yang menyerah diri untuk menggantikan posisi arwah maknya.

Dengar cerita... Mak Ema sudah mengambil bayaran gaji sampai hujung tahun ini beserta sedikit pinjaman daripada bapanya... Mungkin untuk membiayai kos rawatan penyakitnya. Jadi, memang Emriel rasa bersalah dan ingin menebus semua wang yang diambil dan dipinjam oleh arwah ibunya.

Walaupun bapanya kata Emriel tak perlu rasa bersalah, Emriel masih berkeras untuk bekerja di sini. Dengan kehadiran Kak Siti sebagai pengganti Mak Ema pun Emriel masih mahu bekerja tanpa gaji bagi pihak ibunya... Haih...

Tanpa melengahkan masa, Juriffa segera bangun daripada katil. Kalau dimanjakan sangat tubuhnya ini, memang nanti semakin berlemak.

Langkah dibawa ke beranda dan pintu beranda dibuka untuk memberi ruang kepada udara segar pagi masuk ke dalam ruang kamarnya. Nafas ditarik dalam... Cuba untuk mengisi peparunya dengan udara pagi yang amat segar dan mengasyikkan.

Tetapi...

"Satu... Dua... Tiga... Empat..."

Suara mengira yang menarik perhatian Juriffa membuatkan ada senyuman manis terukir di bibir Juriffa. Matanya memandang ke bawah dah mencari pemilik suara macho itu.

Yes! Eyemo!

Tanpa membuang masa untuk sesaat pun, Juriffa terus berlari ke pintu bilik, kemudian menuruni tangga dengan lajunya, melalui ruang tamu dan...

"Wowww awalnya anak papa ni-"

Tak kuasa Zamri hendak menghabiskan ayatnya memandangkan Juriffa seperti kalut sangat.

Nak kata anaknya pergi kolej, pakai baju tidur. Lagipun cuti semester. Memang pelik gila kalau anak daranya rajin untuk ke kolej. Mungkin hendak keluar sekejap sahaja. Malas Zamri hendak ambil kisah. Anaknya sudah besar, cerdik dan pandai berdikari.

Fuhhh-Fuhhh! Nafas Juriffa yang tercungap-cungap semakin menjadi-jadi. Inilah akibatnya apabila fitness level rendah!

Baru turun tangga dan lari sikit dah tercungap-cungap. Selipar di rak diambil dan dipakai ke kaki dengan nafas yang mengah tetapi masih dalam keadaan kalut.

Pakai-pakai sahaja, dengan pantas Juriffa berlari anak ke tepi rumah. Di mana... Dia nampak bidadara tadi.

"Enam belas...... Tujuh belas...... Lapan belas......"

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now