BAB 68

164 22 111
                                        

VILA yang tersergam indah itu dipandang lama. Vila ini memang tidak asing lagi baginya kerana sejak sembilan tahun yang lalu dia memang selalu ke sini.

Tetapi entah kenapa kali ini Aafieq datang dengan feeling nervous lain macam... Mungkin kerana lama tak datang sebab sibuk dengan kerja. Atau... Mungkin sebab dia ada buat salah... Kot...?

Loceng di tembok sebelah pagar ditekan dan tiba-tiba sahaja pagar terus terbuka, seolah-olah kedatangannya telah ditunggu-tunggu.

Dengan langkah yang berat Aafieq segera melangkah masuk sambil menjinjing beberapa buah beg kertas yang bahagian luarnya sahaja kelihatan mewah dan dicop dengan jenama yang sangat gah.

"Aafieqqq... Alahai anak mama seorang ni... Lamanyaaa tak nampak Aafieq... Segaknyaaa dia sekarang...

Meh masuk meh... Nasib baik Aafieq cakap awal pagi tadi nak datang. Mama ada masakkan makanan kesukaan Aafieq ni."

Bukan main ceria Puan Hayati apabila melihat Aafieq muncul di vila itu. Memang sejak Aafieq bertunang dengan arwah Juweeta lagi dia sangat sayangkan Aafieq walaupun kini Aafieq ialah tunang Juriffa.

Siapa tunang Aafieq sikit pun tidak menggoyahkan rasa sayangnya kepada Aafieq tetapi apa yang Hayati tahu, memang sampai bila pun dia tidak dapat sayang Juriffa sama seperti dia sayangkan Juweeta. Dan paling penting, dia sangat berkenan dengan Aafieq untuk dijadikan menantu. 

"Maaf ma... Aafieq sibuk sikit lately ni. Banyak betul hal yang nak diuruskan ma... Ni pun Aafieq baru balik dari US, baru touch down semalam. Harini tiba-tiba rasa rindu dengan mama papa pulak. Sebab tu Aafieq datang tu."

Seperti yang diajak, Aafieq segera melangkah masuk ke ruang tamu vila tersebut.

"Tak apa... Mama faham Aafieq sibuk bekerja. Aafieq sibuk pun untuk masa depan Aafieq juga kan..."

Aafieq mengangguk sambil tersenyum, mengiakan kata-kata Hayati. Sekeliling ruang diimbas, mencari bayang Juriffa atau Jebat, tetapi tiada malah Zamri pula yang muncul di ruang tamu.

"Assalamualaikum, pa."

"Waalaikumsalam... Haaa Aafieq... Sampai dah... Lama tak nampak Aafieq datang sini..."

"Maaf pa... Sibuk sikit pa. Banyak pulak projek tahun ni."

Aafieq segera menyalami dan memeluk bakal bapa mertuanya sebelum mereka berdua duduk di sofa ruang tamu.

"Aafieq baru sampai Malaysia je kan? Macam mana, Aafieq sihat?"

Zamri terus menyoal, ramah seperti biasa tak kira dengan siapa.

"Ya pa. Baru sampai tengah malam semalam. Alhamdulillah sihat je pa.  Ni ma, pa, ada buah tangan dari US untuk mama, papa, Ju, dengan Jebat."

Aafieq mengagihkan beg kepada Zamri dan Hayati dan dua lagi beg diletakkan di meja kopi memandangkan tuan punya badan tiada di sini. 

"Biar betul Aafieq ni? Anak mama sendiri balik dari US jugak, tak beli apa-apa pun untuk mama..."

Ucap Hayati yang teruja membuka beg kertas  warna merah jambu dan krim yang tertulis Victoria Secret itu. Betapa terujanya dia mengeluarkan sekotak set perfume berjenama Victoria Secret yang menggabungkan empat jenis wangian berlainan dalam satu set.

Hayati segera membuka kotak dan mengambil sebotol dahulu, menyembur wangian ke tubuhnya.

"Ya Allah wanginyaaa Aafieq... Aafieq tahu-tahu je kan bau favourite mama memang ala-ala macamni. Macam bau bunga-bunga sikit..."

"Aafieq ni... Susah susah je... Penat-penat kerja, habiskan duit beli benda untuk mama papa pulak..."

Ujar Zamri yang melihat barangan set dompet dan tali pinggang di dalam beg kertasnya. Bukan calang-calang jenama Fossil dan sepastinya diperbuat daripada kulit asli.

Abang Bibik✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang