BAB 38

1.3K 92 20
                                    

But for now,
We could stay here for a while...

MATA yang terasa berat dibuka perlahan. Pemandangan pertama yang menghiasi mata Emriel ialah Juriffa yang duduk mengerekot di sebelah sambil memeluk lengannya.

Rambut lurus Juriffa diselit ke belakang telinga dan ternyata gadis itu masih tidur nyenyak. Mungkin selesa dengan kehangatan baju sejuk kait yang diberikan Emriel dan sama jenis seperti kepunyaan Emriel.

Mekar senyuman Emriel hari ini selepas semalaman dia cuba menguruskan masalah Juriffa.

Alhamdulillah... Walaupun masalah tak setel sepenuhnya, tengok Juriffa tenang pun dah buat Emriel bersyukur.

"Good evening, sir."

Suara pemandu teksi lelaki yang sedang memandu teksi menyedarkan Emriel yang dia sedang berada dalam teksi sejak subuh tadi.

Jap... Evening? Serius?

"Ummm evening?"

"It's almost 4 p.m., sir."

Balas lelaki tua itu dengan senyuman manis melalui cermin pandang belakang yang tepat ke wajah Emriel.

Emriel mengeluh perlahan. Alahai, sedar tak sedar dah berapa jam dia berada dalam teksi sejak meninggalkan hotel awal subuh tadi selepas selesai kemas barang di hotel.

Tetapi satu barang pun tak dibawa bersama, cuma gadis kesayangan dan sedikit wang dalam beg sandangnya.

"Welcome to New York, sir! Do you ever came here before or not? Do you need some tour guide or-"

"No, no need. It's okay. New York is my third home though."

Emriel tersenyum sambil pandangannya yang menerewang ke luar kereta. Sumpah dia rindu walaupun baru beberapa bulan dia tak datang ke bandar mewah ini.

"Welcome to New York~ Welcome to New York~"

Nyanyian Emriel terhenti apabila dia tertawa kecil melihat wajah Juriffa yang masam teruk apabila tidur panjangnya terganggu. Mata bundar yang masih mengantuk itu terbuka sedikit sebelum kembali terpejam rapat.

"Diamlah Riel..."

Hidung Juriffa dipicit seketika sebelum tangannya ditepis Juriffa yang kelihatan cukup malas dan mengantuk itu.

"Ju... Bangunlah. Kita dah nak sampai ni."

"Hmm... Awak tolonglah... Angkat Ju... Letak atas katil... Ya... Tingkat atas tu..."

Juriffa menjawab halai-balai sahaja dengan kedua belah matanya yang masih tertutup rapat.

"Juriffa, bangunlah tengok sekeliling. Kolotnya nak tidur kat New York. Enjoylah sikit. New York tak pernah tidur okey? Even Statue of Liberty pun tak tidur, dah berapa puluh tahun rilek je pegang obor."

"Janganlah banyak cakap, Riel... Angkat jelah... Ju gi tingkat atas..."

Yakin betul Juriffa menitah sebelum tersedar sesuatu dan automatik matanya terbuka luas.

"New York???!!!"

Hampir terbabas teksi yang dipandu lelaki tua itu angkara jeritan nyaring Juriffa. Nasiblah stereng sempat dikawal kemas oleh pemandu teksi tersebut.

"Hesyyy Ju ni... Asal hah?"

"Ju ingat kita dah sampai Malaysia..."

Balas Juriffa selamba sambil tersengih panjang sebelum menjauhkan diri daripada Emriel dan mendekati cermin kereta untuk melihat suasana bandar terkenal ini.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now