"ABANG Emriel kamu tak balik lagi ke, Mil?"
Zamri bertanya prihatin kepada anak kecil perempuan yang berumur tujuh tahun itu perihal abangnya. Sejak petang tadi Zamri tidak nampak kelibat pemuda itu.
Bukannya dia marah jika Emriel keluar terlalu lama, tetapi dia risau dengan emosi Emriel yang masih kurang stabil itu. Macam-macam boleh berlaku zaman sekarang ni.
Juriffa memandang sekeliling mencari tubuh Emriel tetapi langsung tidak kelihatan. Emilia yang duduk di sebelahnya hanya menggeleng sahaja tanda tidak tahu di mana abangnya.
Takkanlah dia tak balik sejak petang tadi? Dia okey atau tak sebenarnya? Jangan dia buat benda bodoh, sudah.
"Papa risaulah dengan si Emriel tu... Muka... Lebam-lebam. Papa nak tanya sebab apa pun, dia tu angin semacam aje.
Dahtu dia tak faham cara keluarga kita. Dia masih rasa terasing dengan ahli keluarga kita. Tak macam arwah ibu dia."
"Papa nak risau apa? Emriel tu bukannya anak papa. Cubalah papa fikirkan Juriffa dengan Jebat jeee. Lagipun, anak kuli tu dah besar panjang, dah boleh jaga diri dia sendiri!"
Spontan sahaja Jebat menyuarakan ketidakpuasan hatinya di meja makan. Penting sangatkah lelaki itu sampaikan makan malam mereka pun ditangguhkan selagi Emriel tidak pulang?
Memang melampau betul Jebat dahlah lapar!
"Kau ni kenapa, hah? Abang Emriel tu dah macam keluarga kita, okey! Kau tu yang tak sedar diri, asyik pentingkan harta, harta, harta! Keluarga tak pernah nak utamakan!"
Juriffa menaikkan suara kepada abang sulung yang duduk berhadapan dengannya. Memang dia geram dengan lelaki yang sangat egois ini!
"Wah... Abang Emriel? Bukan main lagi kau eh... Abang... Apa aku seorang tak cukup ke jadi abang kau dalam keluarga ni?"
Perli Jebat yang disusuli dengan tawa sinis itu.
"Jebat... Juriffa... Jaga sikit perangai tu. Kita depan rezeki ni."
Hayati yang sejak tadi hanya jadi pemerhati mula bersuara. Anak tunggal teruna dan anak tunggal daranya ini memang pantang berjumpa. Memang jarang kalau tak bergaduh. Kalau tak bergaduh tu maksudnya dalam mimpilah tu.
"Kalau nak Jebat behave, bagi Jebat makan dulu, tak payah tunggu balaci tu balik."
"Ha... Makan. Kau makanlah kalau tu boleh buat kau senyap."
Zamri malas bergaduh sambil melihat Jebat Naufal yang sedang menceduk nasi untuk dirinya dan lauk-lauk di atas meja tanpa rasa hormat kepadanya selaku ketua keluarga.
"Abang!"
Semua mata tertumpu ke arah Emriel yang melalui dapur untuk ke kamarnya.
Emilia yang tadinya duduk di meja makan sudah bangun dan berlari kepada abangnya yang tidak berperasaan itu. Sudahlah salam pun tidak bagi, terus meluru masuk.
"Emriel, jomlah makan dulu. Kita semua tunggu Emriel untuk makan malam. Sini, sini."
Zamri mengajak kepada Emriel yang terberhenti langkahnya apabila Emilia memeluk kakinya.
Matanya ada terperasan kesan lebam baru di tepi bibir pemuda itu tetapi dia malas bertanya banyak. Emriel bukan jenis nak berkongsi cerita. Dua patah ditanya, sepatah dijawab. Kalau dia tak okey, tak ada patah perkataan langsung.
"Maaf, tuan. Saya tak lapar langsung. Serius."
"Kau ni pergilah makan tu... Nanti tengah malam kau merap lapar kat aku pulak... Sementara makanan tu ada, lebih baik kau pergi makan sana."
Emriel meleraikan pelukan adik perempuannya di kaki dan menolak sedikit budak perempuan itu menjauhinya.
Sungguh dia letih dan tidak bermaya untuk melayan anak kecil itu. Dia bukannya arwah maknya yang sentiasa melayan Emilia penuh kesabaran dan kasih sayang.
"Emil nak makan dengan abang... Abang kan keluarga Emil..."
Emilia yang merengek sambil menarik bajunya membuatkan Emriel rimas. Nak bermanjalah pulak budak ni!
"Sinilah, Emriel. Kita makan dulu. Banyak makanan ni. Tak elok membazir."
Ucap Hayati pula untuk memujuk pemuda itu.
"Kalau Emriel tak nak makan, sekurang-kurangnya temanlah Emil tu. Kasihan dia dah lapar tunggu abang dia."
Buat kali kedua, Zamri memujuk tanpa jemu walaupun memang setiap kali waktu makan, pasti Emriel enggan menyertai mereka sekeluarga.
Mungkin Emriel masih janggal dengan keluarga ini memandangkan baru tiga minggu Emriel tinggal di vila ini.
"Kalau Emriel dan Emil tak nak makan, Ju pun tak nak makanlah!"
Tiba-tiba sahaja Juriffa mogok di meja makan. Pinggan yang masih kosong ditolak tepi. Emriel yang melihat hanya mendengus kasar.
Kenapalah perempuan ni suka masuk campur dalam urusannya walaupun sudah banyak kali Emriel buat tak endah aje?!
"Apa masalah kau ni, Ju?"
Jebat yang semakin meluat dengan drama mula mencelah. Sejak Juriffa pulang ke vila dua minggu lepas, memang Juriffa tak habis-habis menganggu anak arwah pembantu rumah itu. Sampaikan Jebat sendiri pun menyampah. Apa lagi lelaki itu. Jelas kot Emriel malas nak melayan Juriffa tapi masih tergedik-gedik.
Juriffa hanya menayangkan wajah mengejek percakapan Jebat sahaja. Siapa tak kenal Jebat Naufal, lelaki paling dengki kat dunia ni.
Mata Juriffa tidak lepas daripada memandang Emriel yang mendukung adiknya dan meletakkan Emilia di sebelah kerusinya. Sampai terteleng kepala dia pun Emriel langsung tidak bersabung mata dengannya.
Sangkanya selepas itu Emriel akan duduk di kerusi kosong di sebelah Jebat, tetapi hampa betul...
"Maaf semua, tuan, puan. Saya letih sangat. Saya nak tidur."
Dengan ayat sopan yang disusun kemas, Emriel menyusun langkah untuk beredar daripada dapur.
Namun tiba-tiba sahaja langkahnya terhenti apabila suara kuat Jebat memecahkan suasana.
"Hey kejap!!! Nanti siapa yang nak basuh pinggan kalau kau tidur???"
"Awak pergilah tidur. Ju kan ada. Kak Siti pun ada. Lagipun, kerja basuh pinggan ni kerja perempuan, bukannya kerja lelaki."
Juriffa cuba menyebelahi Emriel, harapnya adalah kata-kata yang menyedapkan hati daripada mulut Emriel, tetapi lelaki itu terus meneruskan langkah untuk ke kamarnya. Sekurang-kurangnya bagilah senyum ke, ucap terima kasih ke...
Memang lelaki ni... EGO!
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Do vote & comment tau! Hehe 😂💕
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm