TOK!-Tok!-Tok!-Tok!, Tok!-Tok! Siap berirama lagi bunyi ketukan di pintu bilik.
Emriel yang sedang sibuk mengemas tempat tidurnya di lantai hanya meneruskan pekerjaannya. Dia rasa dia tahu siapa gerangan di pengetuk pintu ni.
Tak mungkin Zamri atau Hayati sebab selama ini mereka tidak pernah berbuat demikian. Kalau Jebat, pastikan ketukannya lebih kuat dan cepat. Kalau Kak Siti, taklah. Kak Siti akan memulas tombol dahulu beberapa kali, baru dia mengetuk pintu.
Tapi... dah kalau ketukan kali ini berbunyi gedik dan terdesak, ha... siapa lagilah...
"Room service here... please open the door!"
Emriel tetap meneruskan kerjanya menyusun toto dan bantal untuk diletakkan di hujung katil. Memang jelas suara di luar itu suara Juriffa, lagilah dia malas melayan.
Tapi... kasihan pula...
"Assalamualaikum... abang bibik Puth kita... nak minta autograph boleh?"
"Waalaikummussalam."
Jawab Emriel cukup perlahan supaya tidak didengari Juriffa.
"Bukaklah pintu ni, Emriel! Ju nak cakap something ni!" jerit suara Juriffa lagi membuatkan Emriel yang sudah siap kerjanya itu meletakkan punggung di katil.
Betul-betul di sebelah Emilia yang masih nyenyak tidur walaupun suara Juriffa sudah cukup bising. Itulah, malam semalam asyik main dengan Puth aje sampaikan tak nak tidur selagi Puth tak tidur.
"Riel... Ju tahu awak kat dalam..."
Tangan masih mengetuk pintu bilik tetapi kali ini agak perlahan. Dia tahu Emriel ada di dalam. Buktinya Emriel tak ada di dapur menolong Kak Siti, tak ada kat luar nak workout ke apa.
"Bukak ajelah... kan kunci ada kat laci kat luar tu... malaslah nak bangun."
"Awak ajelah yang bukak, Riel... kan lagi senang..."
"Kau nak masuk, kau bukak sendiri."
"Awaklah yang bukak. Awak kan terer bab bukak pintu ni..."
"Terer apa jadahnya... budak kecik pun pandai buka pintulah..."
Balas Emriel malas sambil menepuk perlahan tubuh Emilia yang sedikit terganggu dengan bicaranya dengan Juriffa.
"Awak bukak pintu hati Ju. Dah pandai bukak, tak tutup pulak tu. Dahlah bukak aje tapi tak masuk-masuk pun. Sakit betul hati Ju ni.. sakitnya tuh di sini.."
"Kenapa ni... kacau aku pagi-pagi lagi... tunggu ajelah kat dapur, tak payahlah nak sampai ketuk-ketuk pintu bilik..."
Baru pintu bilik dibuka dari dalam oleh Emriel, segera pintu ditolak dan gadis itu terus melangkah masuk dan duduk di birai katil bujang tempat tidur Emilia yang masih tidur nyenyak itu. Selimut yang sudah bergumpal di hujung kaki ditarik menutup tubuh Emilia.
Biarlah anak kecil itu tidur lena dulu, petang nanti nak sekolah pulak. Puth yang tidur di sebelah Emilia diangkat dan diletakkan di ribaan.
"Awak yang ganggu Ju tak nak mengaku pulak."
"Huh? Sejak bila pulak aku ganggu kau ni... aku tak pernah kacau orang punlah. Kau nak cari pasal ke?"
Ujar Emriel lalu mengambil duduk di kerusi berhadapan cerminnya. Pintu dibiarkan terbuka sahaja. Nanti tak pasal kena tuduh macam-macam dengan Puan Hayati atau Jebat.
"Siapa kata tak pernah kacau? Sejak awak datang sini, awak selalu sangat muncul dalam mimpi Ju, muncul atas pinggan Ju, muncul waktu Ju nak tidur. Tu kacau tahu tak? Rimas Ju dibuatnya!"
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm