BAB 74

153 21 142
                                    

"MAKANAN Puth dah habis."

Tiba-tiba Emilia bersuara dan Jebat memandang Emilia yang berada di sebelahnya bersama Siti. Jebat sudah dapat mengagak. Tu hint nak habiskan duit dialah tu.

"Sampai je pasar raya, tiba-tiba je makanan binatang habislah, aiskrim habislah, semua habislah...

Ambik jelah. Kalau kau nak beli makanan anjing, arnab, ikan, hamster semua pun kalau nak amik jelah."

Walaupun nada suaranya agak memerli, tetapi dia masih ingin berbelanja juga. Itu yang membuatkan Siti rasa senang hati dengan Jebat. Mulut dia kata lain tapi hati dia buat lain.

"Boleh ke abang Jebat?"

"Beli yang mana perlu jelah sayang eh..."

Siti segera menyampuk, takut-takut banyak kali tanya nanti, Jebat ubah fikiran pulak tak nak belanja.

"Emil nak coklat boleh?"

Soalan Emilia buat Siti risau sedikit, dahlah bagi chance belanja, nak minta lebih pula.

Tetapi jawapan Jebat sekali lagi membuatkan sangkaannya tersasar. Mungkin dia yang asyik berfikiran negatif tentang Jebat kot.

"Boleh Emil, kau amik jelah apa yang kau nak. Aku bayar."

"Abang Jebat tak potong gaji abang Emriel kan?"

Teng!!! Soalan Emilia yang seterusnya buat tiba-tiba mentol di kepala Jebat menyala. Kenapa dia tak pernah terfikir ek???

"Hmm... Bagus jugak kan idea tu... Kita tolak melalui gaji abang kau en... Nice lah idea tu. Pergilah ambil lagi apa yang kau teringin. Aku bayarkan dulu, balik nanti kita kira lain eh..."

Selesai Jebat menuturkan ayat, Emilia kaku tidak bergerak tanpa emosi dan Siti sudah menjeling geram ke arahnya.

"Kenapa kau tak pergi? Tadi nak beli makanan binatanglah, coklatlah, kejadahlah...?"

"Tak apalah."

Wajah polos Emilia dipandang dan Jebat tertawa kecil. Ya Allah bagus gila Emilia ni, untung Emriel dapat adik perempuan macam ni.

Kalaulah dia bagi peluang untuk belanja adiknya, Juriffa... Kalau Jebat tokey balak pun boleh bankrap... Wajib satu pasar raya Juriffa borong!

"Aku gurau jelah, Emil... Pergilah ambil apa pun. Aku belanja. Aku anak orang kaya tau... Setakat belanja kau apalah sangat, tak jatuh miskin pun aku."

Ujar Jebat sambil menggosok rambut panjang budak kecil itu membuatkan wajah cerianya bertandang kembali.

"Betul ke abang Jebat?"

"Haaa betul. Pergilah ambil apa-apa pun. Nanti masukkan dalam troli sini."

"Terima kasih abang Jebat."

Teruja Emilia beredar ke bahagian kesukaannya dengan senyuman tidak lekang di bibir. Bila lagi nak kebas duit abang Jebat!

"Kau nak gi mana, Siti?"

Troli yang dibawanya dilanggar sedikit perempuan itu membuatkan Siti menoleh dan memandangnya dengan wajah tidak puas hati.

"Tengokkan Emil lah... Dia tu budak kecik lagi, perempuan pulak tu..."

"Kau ni pun... Ajak Emil buat apa, kan kau dah kena jaga diaaa..."

Keluh Jebat.

"Oooo... Lahhh... Awak ajak saya keluar ni nak dating dengan saya ke sebenarnya??? Ya Allah, Jebattt... Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau dating saya pakailah elok sikit..."

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now