KHUSYUK mata Juriffa menatap skrin televisyen di ruang tamu yang sudah menyala hampir enam jam sejak petang tadi.
Balik dari kolej terus marathon KDrama beramai-ramai dengan papa Zamri dan Emil di ruang tamu untuk mengelakkan kesenduan yang teramat sangat jika menonton berseorangan.
Setia sahaja dua insan itu menemaninya di hadapan televisyen dengan pelbagai emosi. Kejap ketawa tak ingat dunia, kejap tersedu-sedan menangis, sekejap kebosanan. Emriel entah ke mana, sibuk dengan membeli barangan dan menguruskan dapur.
Jebat yang baru melangkah masuk dari pintu utama memandang seketika ke ruang tamu yang suram dan hanya ada bunyi hingusan sahaja. Dah sampai babak sedih la tu.
Sakit hati betul Jebat dengan ahli keluarganya. Mesti sesiapa pun tak sedar dia pulang jam 10 malam dari pejabat kerana tiada siapa pun merisaukan ketiadaan Jebat di vila.
Nasiblah ada Izzah kesayangan yang setia video callnya setiap malam. Mamanya pula hampir setiap hari asyik keluar berusrah dengan gengnya tetapi Jebat boleh mengagak sebaliknya.
Lagipun, mungkin sebab akhir-akhir ini mama asyik dipinggirkan termasuk oleh Zamri dan Jebat sendiri, jadi sebab itulah wanita itu sering keluar membawa diri.
Sebelum terus naik ke bilik, Jebat mengambil duduk di sofa ruang tamu bersama yang lain untuk membuka stoking, namun kehadirannya seperti halimunan saja apabila tiada satu jasad pun yang menyapanya, semuanya sibuk dengan tisu di hidung dan mata tertumpu di televisyen.
"Awak dah masuk rumah ke Jebat? Jangan lupa basuh kaki tau... Saya tak suka ada benda lain ikut awak. Saya sorang je boleh ikut awak."
Suara Izzah dari telefon menyedarkan Jebat kembali dan seisi isi ruang tamu. Semua mata memandangnya tidak puas hati kerana mengganggu kosentrasi mereka semua namun Jebat mengabaikan saja dan kembali memandang wajah jelita Izzah di skrin telefonnya.
"Dah sampai dah, awak... Takyah risau... Memang awak sentiasa je ikut, sebab duduk dalam hati saya kan..."
"Shhhhh!!!!!"
Tersentak Jebat apabila menerima 'shh' berjemaah daripada Juriffa, Zamri dan Emilia. Baru nak sweet sikit dengan Izzah dan kena fire!
Senyuman sinis terukir di bibir Jebat. Mereka ingat Jebat nak mengalah dan diam macam tu je ke? Sudahlah utamakan KDrama daripada ahli keluarga sendiri. Tak patut betul.
"Ijjah... You nak tahu satu fakta tak...? Orang yang suka menonton Kdrama ni kan biasanya terdiri daripada golongan single, sendu dan telah tersakiti... Sebab dia tak mampu nak dapat love life macam tu, berangan pun jadilah kan... Tragis kan Ijjah?"
Perlian padat Jebat membuatkan Juriffa memusingkan kepala ke arah abangnya dengan cerlungan tajam. Rasa macam nak pijak Jebat. Buat bising satu, perli dua.
"Asal jeling-jeling aku? Terasa ke? Kalau terasa, amikla."
Juriffa hanya mampu mengetap bibir, geram mendengar bicara selamba Jebat. Ada baiknya kalau Jebat tak payah balik rumah langsung.
"Paaa... Tengok Jebat ni paaa... Dia asyik menunjuk kat Ju manja dia dengan Kak Izzah tu... Ju ni dahlah tengah sedih. Boleh dia tayang-tayang macamtu."
Zamri yang setia di sisi Juriffa sudah menjadi mangsa keadaan apabila dicuit-cuit anak gadisnya itu. Zamri hanya menggeleng dengan senyuman dengan perangai dua beradik itu sambil matanya tidak lepas menonton skrin televisyen.
"Alahhh kau dulu pun suka menunjuk boleh pulak. Kau pun mana fikir aku single ke, tersakiti ke..."
"Paaaa tengoklah diaaa niii bising... Orang nak tengok drama pun tak senanglahhh..."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm