BAB 32

1.2K 91 27
                                    

TANGAN disilangkan ke tubuh selepas segelas air Pitch Black sejuk sudah mengalir di salur percernaannya.

Tak ada mood dinner langsung bila tengok orang lain semua ada pasangan di sisi, tapi Juriffa...

Ah... Who cares! Sebelum ni Emriel tak pernah kisah pun pasal pasangan apa semua ni!

Dahlah! Serius malas nak stay sini lagi! Bayang Juriffa pun tak nampak langsung!

"Riel...?"

Baru beberapa Emriel menapak pergi, langkahnya terus terhenti apabila merasakan lengannya ditarik seseorang.

Baru dia menoleh dan hendak marah kepada Jasreen tapi terus tak jadi apabila sangkaannya jauh meleset sebab itu bukan Jasreen.

Wajah ceria Juriffa seolah-olah turut dipantulkan kepada Emriel yang turut tersenyum manis melihat kedatangan Juriffa yang tiba-tiba.

"Eh, Ju rupanya... Aafieq mana?"

Langsung mati senyuman Juriffa tetapi beberapa saat sahaja sebelum bahu diangkat sedikit.

"Entah la Riel. Dia kata nak jumpa klien jap. Biasalah, orang busy. Ni, Jasreen mana? Tadi dia kata nak temankan awak?"

Emriel juga mengangkat bahu tanda tidak tahu sebelum mereka berdua sama-sama tertawa kecil.

"Macam orang dulu kata... Kalau dah jodoh tu, tak kemana, kan Riel kan?"

"Ha'ah. Kat US, berjumpak jugak. Ye tak?"

Laju Juriffa mengangguk dengan tawa kecilnya.

Padahal tak lawak pun, mudah terhibur katakan...

"Attention guys. Sorry for interrupting..."

Semua mula memberi perhatian kepada pentas utama yang terletak di hujung ballroom. Emriel dan Juriffa turut memandang ke arah yang sama, kemudian saling berpandangan.

"Aafieq ke tu?"

"Apa pulaklah dia nak buat tu... Alahai..."

Juriffa memicit dahi perlahan. Aduh, tunang siapalah yang tak habis-habis nak bawak bencana ni... Tak sedap hati betullah...

"For your information, today was a very beautiful night, just like my lovely finance... Juriffa Natrah."

Pandangan tepat dihalakan kepada Juriffa yang berdiri bersebelahan Emriel berhampiran meja panjang yang penuh dengan makanan itu.

Juriffa cepat-cepat menarik lengan Emriel lalu menggenggam jemari lelaki itu apabila merasakan dirinya mula menjadi perhatian setelah Aafieq menunjukkan kehadirannya di khalayak dengan hujung ibu jari.

Aafieq mengetap bibir, serius dia geram dengan tindakan spontan Juriffa dan paling menyakitkan hati, dengan bangganya Emriel turut menggenggam erat jari Juriffa dengan senyuman menang di wajahnya.

Tunggulah, senyuman tu takkan tahan lama!

"Back to my motive, I just want you guys to know, today was her birthday... So... Let's sing along happy birthday song for her. Love you, sayang. 1, 2, 3."

Aafieq mula menuruni tangga meninggalkan pentas dan para hadirin mula menyanyikan lagu happy birthday paling klise dan tak pernah berubah plus hambar like...
Happy Birthday to you...

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Juriffa...
Happy Birthday to you...

Tepukan gemuruh mengakhiri lagu ringkas tersebut dan Juriffa turut menepuk tangan dan mengucapkan thank you kepada hadirin yang berdiri berdekatannya selepas mendapat beberapa birthday wish.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now