"CHARLES? Juriffa? Hey! What's wrong with her?"
Gelabah terus Emriel apabila melihat Juriffa yang longlai dan berpaut pada leher Charlie.
"As you see! Come on, help me buds!!!"
Melihat Charlie yang hampir tercekik menanggung berat badan Juriffa, dengan segera Emriel mengampu Juriffa dan membawa gadis itu masuk ke dalam rumah.
Juriffa diletakkan ke atas sofa terdekat memandangkan gadis itu memang separa sedar dan sangat lembik.
"Sayang...???"
Bahu gadis itu dicuit sedikit namun cuba ditepis oleh tangan halus Juriffa. Entah di mana dicuit, di tempat lain ditepis. Nampak sangat mamai.
"Aishhhhhh..."
"God... It's finally end. What a long dayyy..."
Charlie yang selesai menutup pintu mengeluh sambil melabuhkan punggung dan tersandar keletihan di sofa.
"Hey... Tell me, she's suddenly sick? Is she okay? Should we call the doctor?"
Belakang telapak tangan diletakkan di dahi gadis itu. Suam-suam kuku. Yang peliknya kenapa Juriffa dah macam meracau teruk macam orang demam panas.
"Man... She just drunk. She's totally drunk."
"What??????? You gotta be kidding me... She's not like that... We can't drink that..."
Terbeliak sedikit mata Emriel mendengar pernyataan yang sangat yakin daripada Charlie. Biar betul???
Emriel tahu Juriffa sedikit kurang pengetahuan dalam bab agama tapi tak adalah sampai tak kenal benda yang jelas halal haram!
"I'm not kidding... Actually... It's not her fault. Don't blame her. It's my fault."
"She's drunk and its your fault? You force her to drink or what?"
Laju sahaja Emriel menebak. Fikirannya mulai serabut. Adakah dia sudah gagal menjalankan tugas menjaga Juriffa dengan baik?
"Hell nooo... Relax... Let me explain but first, I think we should settle her first. She looks sweaty and weak."
Pandangan Emriel beralih kepada Juriffa semula. Betul juga, wajah Juriffa yang merah padam dengan peluh yang merenik di dahi gadis itu cukup untuk menunjukkan keadaan gadis itu yang tidak okey.
Pergerakan Juriffa yang tidak tentu arah tetapi dalam keadaan lemah itu juga membuatkan Emriel jadi semak kepala. Dia sendiri tak tahu hendak menguruskan Juriffa bagaimana.
Kalau Juriffa lelaki, lain ceritalah kerana dia pernah berhadapan dengan Charlie yang mabuk. Ini perempuan... Bukan adik-beradik... Bukan isteri...
Rambut Juriffa yang jatuh ke dahi diselak menampakkan lagi wajahnya yang semakin merah.
"Ju... Astagfigrullahalazim... Awak minum apa ni sayang... What should I do... Apa saya nak jawab kat parents awak ni kalau diorang tahu saya tak jaga awak..."
Blurrpppppp...
Sendawa panjang Juriffa jelas berbau alkohol yang tengik membuatkan Emriel sudah yakin. Memang Juriffa mabuk!
"Rrrrrrriiiiiiiiiiieeeeeeeeelllllllll.........?"
Rengekan Juriffa yang disertakan dengan gerakan tangan yang merimaskan wajah Emriel itu cuba ditepis perlahan. Tangan Juriffa yang meraba-raba wajahnya dihentikan dan dilepaskan.
"Awak mabuk ni..."
"Ju tak mabuklah!"
Mata yang tadinya terpejam dibuka dan kemudian tertutup semula.
"Kononlah tu tak mabuk... Gila-gila punya bau alkohol tapi masih nak tipu saya lagi?"
"Alkohol jeeeee pun... Tak semestinya mabukkk kannnnn... Tak belajar kimiaaaa keeeee..."
Kecik besar je Emriel memandang Juriffa. Dalam separa sedar pun boleh lagi memerli dirinya. Sudahlah menyusahkan orang
"Pastu? Awak teguk minyak wangi ke?"
Malas Juriffa mengangguk.
"Ha'ahhh...... Tak pernah keeee...? Enchanteur... Coach Poppy Blossom... Versace... Gucci... Calvin Klein... Ch-mmm... Hmmmmm..."
Segera Emriel menutup mulut Juriffa yang banyak menjawab itu dengan telapak tangan. Biarkan gadis itu menggumam di tangannya.
"God... What are you guys talking about... It seem tense..."
Charlie yang keletihan itu menyampuk selepas hanya memerhati pasangan itu dari tadi bersembang entah apa-apa. Dah tahu Juriffa tu mabuk dan tak waras, masih lagi Emriel melayan cakap gadis itu.
"I don't even know what we're talking about too... I think I should bring her to her room."
"Do you need a hand?"
Charlie sudah bersedia untuk bangun namun dilarang oleh Emriel yang menggeleng. Cukuplah tugas Charlie yang telah menjaga Juriffa sepanjang hari.
"I'm good."
"Ju... Bangun, sayang..."
Emriel yang telah bangun daripada sofa menarik tangan lembik gadis itu. Haaa sengaja buat lembik. Bukannya tak ada tenaga langsung.
"Ju........ Janganlah buat lembik macamni.......... Awak ingat awak ni ringan ke.............."
"Nak dukung...?"
Tangan didepa gaya budak kecik dengan mata yang separuh sedar buat Emriel menjeling tajam. Ya Allah kenapalah gedik sangat perempuan ni?
"Boleh... Apa pulak tak boleh... Saya memang dah lama nak dukung awak..."
Jawapan Emriel buat bibir Juriffa mengukir senyuman gatal. Matanya terbuka luas memerhatikan Emriel yang sudah fed-up dengan dirinya itu.
"Seriously...?"
"Ya... Nak dukung lepastu lempar kat gaung..."
Jawapan selamba Emriel buat Juriffa menjerit panjang dan mengeluh. Tangannya yang berada dalam genggaman Emriel ditarik kasar dan dia berdiri sendiri.
Risau Emriel melihat keadaan Juriffa yang terhuyung-hayang. Baru nak cuba bantu namun tangannya ditolak kasar. Emo pulak dah perempuan ni kenapaaaaaa.
"Arghhhhh!!!!! Semua lelaki sama!!!!!! Jahat!!!!!! Orang boleh jalan sendirilah tak payah-"
Bukkkk!!!
Tak sempat nak buat apa, Juriffa dah jatuh tersungkur ke lantai walaupun baru beberapa langkah, Cemas Emriel dan Charlie mengangkat gadis itu dan menghantar gadis degil itu ke biliknya. Geram betul!
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm