ORANG KAYA BARU

815 18 2
                                    

OKB DAN OSB

ORANG KAYA BARU atau ORANG SENANG BARU MALAYSIA.


Tahun demi tahun, tahap ekonomi keluarga dan diri berubah. Cara hidup tidak sesukar dulu lagi. Dua tiga anak sudah bekerja, peralihan dari cara hidup tahun 80an hingga memasuki alaf baru lebih moden dan terurus. Maka permintaan hidup juga berubah. Tidak lagi payah berfikir mahu masak apa? Kedai mana paling murah? Mahu kitar semula baju anak anak (hand me down) dan cara hidup lain, sama seperti bentuk pemakanan. Tidaklah sekaya manapun, cuma ada skim skim mudah untuk hidup, pinjaman kereta, loan rumah itu dan ini. Maka tampillah kita bagaikan watak watak dalam drama melayu petang petang.


Antara sifat sifat buruk yang tercipta selaras dengan kesenangan ini adalah.


1. Memandang rendah pada yang tidak mampu atau tampil tidak mampu.


2. Terbeli dengan hidup skema/piawai yang diciptakan sendiri. (terkejut bila orang naik bus dan kenderaan awam)


3. Apabila berkumpul, ada saja pernyataan/statement untuk memastikan orang tahu darjat baru kita. (contoh: tak pernah diajar makan ikan darat, tak pernah sentuh budu, sarapan pagi hanya cereal dan lain lain)

4. Memandang sinis apabila ada rakan rakan yang berjimat cermat. Kononnya mereka kufur nikmat.

5. Berbicara tentang hal hal duniawi sahaja. Gadjet baru, kereta baru dan skim baru seolah olah mencari pengikut, untuk turut serta menanggung beban

6. Bercakap sedap mulut tentang kenduri kendara murahan orang, menghina pendatang kodi dari Indonesia dan negara sukar lain, tanpa memikirkan benar politik (politically correct).

7. Berpura pura heran apabila ada saudara mara yang masih berada di tahap yang masih miskin (dipandangan mata mereka). Dijadikan pula bahan perbualan berpura pura peka.

8. Ujudlah satu pertandingan sesama OKB dan OSB. Yang perempuan cara perempuan, lelaki cara lelaki, maknyah cara maknyah.

9. Terciptalah satu budaya lama tapi baru, "malu pada orang kalau tidak tampil seperti yang sedia ada". Berhempas pulas berkredit selagi mampu dan pening kepala bila mahu melangsaikan semuanya.

10. Pelbagai lagi sakit OKB dan OSB, seolah olah ia dijemput dan mungkin rasa sedap bila berbicara tentang hal hal duniawi, kisah kisah sukar itu dijadikan bahan untuk orang memandang tinggi. ( Bulan ni nak kena settle tiga rumah yang I beli di kedah, penang dan kl..sambil mengurut dahi dan orang pun kagum).

Itu baru sebahagian saja sakit OKB dan OSB, mereka hidup tidak sama seperti kita orang orang marhaen dari hari ke hari. Sifat juga boleh berubah, sesekali bertemu, ada yang sanggup menyenaraikan 10 keburukan makan di gerai dengan penuh hemat. Padahal sewaktu kamu kenal dia dahulu lain sifatnya.


Ingat OKA – orang kaya asal sifatnya tidak sebegitu, dia relak dan kool sahaja. OKB dan OSB ini akan mencanangkan bentuk hidupnya... sekalipun kamu sudah menjadi OKB dan OSB, cubalah menjadi manusia yang relevan dan realistik, faham akan kesukaran orang, menilai sekeliling dengan ilmu. Ini masa untuk kamu bersenang senang bukan untuk memandang rendah pada cara hidup orang orang lain. Ini belum masuk keghairahan pada jenama jenama mewah (yang tidak selari fizikal diri, yang kalau pakai apapun tidak akan kelihatan mewah). 

Pakai LV kena war warkan pada orang, pura pura merendah diri supaya dipuji...kalaulah dunia ini berterus terang pada kamu...pengsan agaknya. Ada cara sebenarnya  uaran yang agak subtle dalam media sosial. 

"leaving for uncle sam....," lantas diletakkan tiket pesawat dan tangkai tas LV 

Jadi, kekal realistik anak anak semua...jadi manusia yang disenangi ramai walaupun kamu OKB atau OSB, orang tiada masa untuk bersoal jawa tentang kekayaan kamu, lainlah kalau dia punya agenda tertentu....apa kata belajar bermurah hati dalam segmen segmen hidup?

Amboi... kitaran sosial pun dah berubah ya... yang segagan kelas sahaja mahunya..hahhaha.

Manusia memang bijak ya?



CONVERSATIONWhere stories live. Discover now