PARAH MENJADI IDEALISTIK.

28 2 0
                                    


When you're idealistic, you dream of perfection, whether in yourself or other people. For example, you might have the idealistic goal of bringing an end to childhood poverty in the world. The adjective idealistic describes someone whose plans or goals of helping others are lofty, grand, and possibly unrealistic.  

Impian terhadap kesempurnaan buat diri juga sekeliling. Impian yang tinggi, hebat atau mungkin tidak mungkin.

Nah, aku juga pernah berada di daerah ini dalam jangkamasa yang lama. Kecewa kiranya tidak berbalas harapan. Mula menganalisa kenapa dan mengapa. Sifat IDEALISTIK itu masih ada sejak dari zaman kanak kanak hingga kini, cuma harapannya menjadi semakin rendah dan realistik.

Dalam semua segmen hidup aku kira, alangkah indahnya kalau tercapai.

Taman yang indah, segar, penuh dengan haiwan haiwan bebas dan nyaman udaranya. Janji janji manusia yang mulus terurus, tanpa ada sebarang rintangan. Jiwa jiwa yang lega terubat setelah mendapat dukungan dari sesiapa sahaja yang ada di sekeliling.

Sayangnya, hidup tidak begitu, manusia juga sifatnya berlapis lapis merangkumi orang perseorangan, pemerintah, orang ramai, keluarga dan teman teman. Jadi harus dibiasakan lagi berhadapan dengan segala ini. Hinggakan apabila sudah mangli, kita menjangkakan itu adalah normal, ini adalah biasa, begini mungkin terjadi dan begitu tidak boleh dielakkan lagi. Sedih bukan?

- Perbalahan tentang pilihan hidup

- Perbedaan agama dan anutan (yang gemar dibandingkan)

- Persepsi yang masing masing ada dalam apa juga acara hidup (bertembung)

- Penolakkan yang bermati matian demi mempertahankan maruah, dosa dan pahala? (tidak setuju)

- Toleransi dan Penerimaan yang didebatkan (hanya kerana mahu menang)

- Rigid dalam memberi alasan alasan (direka cipta demi....)

- dipaksa memilih kumpulan/geng/group/majoriti akibat mahu tampil kuat (takut tidak segagan)

Idealistik dalam hubungan (cinta dan hubungan biasa) manusia juga tidak kurang hebatnya memberi impak pada pembangunan manusia. Masing masing pasti punya impian idealistik.

1. Aku akan bersama dia, bermula dari bawah. Dia juga pasti sanggup melalui ini semua. Setelah kita berjaya, kamu berdua akan meraikannya dan berbahagia.

2. Aku akan menerima dia seadanya, dia juga pasti tentu menerima aku sebegitu. Kami akan saling menghormati dan saling mendukung

3. Aku akan belajar dari bawah, aku pasti dia yang berilmu itu tentu mahu membantu aku dalam menangani apa apa saja hal dalam organisasi.

4. Mereka adalah ibubapa dan ahli keluarga. Aku pasti mereka akan mendukung dan mendorong aku sekiranya aku khilaf dan tersasar arah.

5. Pengorbanan ini aku anggap perlu. Kerana dia adalah temanku sejak kecil. Dia adalah saudara aku.

........dan pelbagai lagi impian idealistik yang lain.

Apabila satu persatu tidak terjadi, tidak berbuah, tidak terlaksana, kita akan mula beranalisa. Hampir separuh hidup akan kita terfikir tentang hal hal yang tidak mendapat kerjasama tersebut. kenapa? mengapa? bagaimana? apa yang kurang lagi tentang diri aku?

Suami yang curang, kekasih yang beralih arah, teman teman yang hilang, saudara mara yang menentang dan masyarakat yang tidak menyokong. Tambah rumit impian idealistik kita itu dianggap sesuatu yang tidak mungkin, lebih parah kalau dianggap GILA.

Ramai orang orang yang idealistik memilih untuk hidup sendiri sendiri. Paling tidak, mereka tidak mahu lagi menjalani sebarang ikatan yang berbentuk sulit. Sifat menolak mereka akibat pengalaman lalu bila mana impian idealistik mereka itu hancur separuh jalan, membuatkan mereka serik.

Mereka (orang orang yang idealistik) mula merangka graf harapan baru.

1. Berharap seadanya pada dunia

2. Tidak percaya lagi pada janji janji sesama manusia

3. Bersedia sekiranya mereka akan dikecewakan separuh jalan.

4. tersenyum dan tertawa apabila terjadinya ulangan sejarah penipuan, kecurangan dan lain lain.

5. memperlihatkan tanda tanda matang manusia dalam diri dalam apa acara sekalipun.

KENAPA PARAH?

Akan jatuh kecewa mungkin sakit sekiranya tidak kuat hati. Orang orang yang idealistik akan merasa teraniaya. Ini akan mengambil waktu yang lama untuk pulih (ada yang tidak pulih langsung). Hal hal parah tersebut meliputi

1. Merasa pahit dan kecewa sepanjang hidup

2. tidak berani memulakan sesuatu yang baru kerana takut

3. mereka formula bahawa semua orang adalah sama (pemusnah)

4. menjauhkan diri dari hubungan manusia manusia. Akibat hilang percaya

5. tidak sedar apabila memberikan hujah. Hujah hujah negatif akan terkeluar dari mulutnya tanpa sedar.

6. sering menganggap dunia ini kejam dan tidak bermotivasi lagi.

6 hal yang disebutkan tadi merupakan halangan untuk kita melangkah sebagai manusia yang hebat dan maju jaya. Diri harus dibangunkan semula dengan kesedaran yang benar benar sahaja, supaya kita pulih dari parah menjadi IDEALISTIK.

- tahu bahawa manusia itu tidak sama (mereka aneh dan berlapis lapis)

- pemerintah dan sistem politik itu tidak akan selalu sama dengan impian kita

- sifat memaafkan dan berlalu pergi ke daerah baru itu perlu ada

- untung nasib yang ditentukan takdir itu bukanlah mitos kehidupan.

- Yakin dan nyaman untuk menggurangkan hubungan dengan manusia manusia negatif

- Tidak menunding jari secara melulu dan sudi untuk melihat kembali impian kita

- sering mahu mengukuhkan hubungan kamu dan PENCIPTA kamu. Ini penting kerana ia akan merawat kamu tentang kitaran dunia sementara ini.

Jelasnya tidak salah untuk kamu kekal mahukan sesuatu yang idealistik dalam kehidupan. Sekiranya tidak mampu dikongsi oleh orang lain, pastikan impian itu kekal ada dalam diri kamu. Berjaya atau tidak adalah hal yang ke dua. Impian Idealistik itu sebaiknya kamu kaji semula, mana tahu kamu mungkin punya plan B yang lebih bermakna? 

Percayalah bahawa tidak semua manusia akan bersetuju, yang bersetuju dengan kamu dalam diam. Ada yang terang terangan menentang idea idealistik kamu hanya kerana rasa ego manusia mereka. Walaupun secara asasnya manusia itu sememangnya dahagakan PENGESAHAN dan PENGIKTIRAFAN, latih diri kamu secara awal awal lagi bahawa kamu tidak mendambakan dua hal tersebut. 

Impian Idealistik terhadap kehidupan jangan pernah mati. Sepanjang jalan kamu berusaha untuk hal yang satu itu, maafkan sebarang salah faham, silap tingkah dan hinaan yang akan kamu terima kelak.

Ianya akan kekal menjadi dugaan kamu sepanjang hidup. Lainlah kalau kamu manusia yang hanya hidup mengikuti telunjuk orang, mahu berkumpulan demi kekuatan atau kamu sememangnya robot yang bergerak dengan kuasa bateri oleh orang lain.

Jangan lupa juga untuk memperuntukan waktu untuk menilai kembali Impian idealistik tersebut, apakah ianya akibat pengaruh apa apa? apakah ianya hadir secara azali dalam diri? Apakah ianya hanya fasa kehidupan? Kita manusia tidak mungkin akan berjaya secara sendiri sendiri, ianya amat jarang sekali. Mahu atau tidak, penerangan harus diberikan untuk mereka yang bakal membantu kamu dalam merealisasikan Impian Idealistik kamu itu.

Sekali lagi, segalanya hanyalah sementara sahaja...tapi Impian Idealistik kamu itu jangan mati! Dunia ini luas ada hal lain, ada orang lain dan harapan tentu saja masih ada antara lambat atau cepat tercapainya IMPIAN IDEALISTIK asalkan kamu REALISTIK.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now