Sepi adalah penyakit. Mana tidaknya, berapa ramai manusia dewasa di sekeliling kita merungut, kusam wajah, berkerut dahi meluahkan rasa SEPI. Kata ganti yang dipakai mungkin berbeza, sunyi? bosan? tak tahu nak buat apa? useless life? bored? boring? dan lain lain lagi
Ada ruang kosong di sudut hati yang tidak terisi dan perlu dirawat. Ada gabungan keliru di situ antara sepi seksual atau sepi sunyi. Dua dua sebenarnya boleh diubati. Masuk pula rasa takut untuk berhubung yang akan 'menekan sukar' lagi istilah sepi tadi.
Takut apa?
1. berjaga jaga takut ditipu, dianiaya atau dipergunakan orang. Tidak mahu jadi mangsa
2. menilai awal awal lagi fizikal diri yang tidak seberapa. Rendah diri, jati diri rendah dan apa sahaja yang melibatkan soal soal skema tubuh badan dan rupa paras. Gemok, Kurus keding, hidung penyek, kulit hitam dan hal hal lain
3. gementar kerana tidak melihat kemampuan diri berkomunikasi. Ish! berdegup jantung memikirkan apa yang mahu dibual bicara? tak reti, tak pandai melawak atau takut salah sebut kata, risau kalau ditertawakan.
3 hal di atas harus dibaik pulih kalau tidak mahu rasa sepi. Mulalah melatih diri sejak remaja untuk baik pulih sekiranya dirasakan perlu, terutamanya di zaman yang terang terangan manusia jadi semakin memilih. Dirian kamu perlu berkekuda yang tegap, peramah seadanya dan mampu menzahirkan kata kata yang tersusun akan jadi daya pemikat dan berkenalan. Orang akan mahu lebih lama mengenali kamu. TETAPI HATI HATI bukan semua menyukai manusia yang tampil yakin dan cergas. Ada juga yang takut. Cari titik tengahnya
Ada orang menterjemah sepi sebagai sunyi kerana tidak ada pasangan, demi kemesraan, hubungan badaniah atau berpasangan ke sini dan sana. Rasanya itu tanggapan yang silap. Pesakit sepi akan kembali pada hal hal rungutan tentang nasib, fizikal diri dan takdir, mungkin juga sekali sekala akan marah pada Tuhan. Belajar merasa gembira walau bersendirian, bukan merasa sendirian dalam keramaian.
Sepi/kosong/lohong jiwa hadir dari diri yang tidak pernah peduli dengan sekitaran, seks dan intimasi tidak pernah menjanjikan meriah hidup. Agak sukar mahu memecah ruyung pemahaman ini. Bayangkan bahagia si nenek dengan cucu cucunya. Individu yang ramai teman teman demi aktiviti remaja mereka. Si cantik yang lincah dan tahu membawa diri setiap hujung minggu. Si tua yang aktif dengan kerja kerja amal dan kemasyarakatan. Dan kamu yang gagal menebak apakah penghadang pada rasa meriah hidup masih tertanya tanya, kenapa rasa sepi masih menghantui dirimu? Siapa agaknya yang kamu tunggu untuk menamatkan tempoh sepi kamu? Suami? Anak raja? Jejaka tampan? aktres cantik jelita? (di sini akan terbit kekeliruan tentang jatuh hati, dia meredakan kesunyianku dan kebergantungan pada orang yang entah suka atau tidak pada kita - bahaya sekali)
Apa kata kita letakkan sedikit usaha untuk keluar dari ruang KESEPIAN.
Mungkin begini caranya:
1. Bersangka baik dengan alam dan isinya. Katakan pada diri bahawa selagi tidak ada mudarat kamu akan terus mendekati isi alam (yakni manusia, binatang, struktur inStitusi yang sedia ada)
2. Diri kita pula bagaimana? Mulalah mencari kelemahan dan kelebihan diri. Kukuhkan atau pulihkan mana yang patut (nasihat ini bukan hanya untuk menyembuhkan hal hal kesepian)
3. Tidak takut pada apa sahaja keputusan dalam percubaan berhubung. Ditolak mentah? Dihina? Diketawakan? Dikutuk? Maknanya berani untuk memulakan langkah. (mencuba nasib berkasih? berkawan? menyertai persatuan? ikut serta kegiatan kegiatan terbuka?)
4. Latih jiwa dan diri untuk menikmati hal hal yang selama ini dilihat kecil dan remeh. Taman yang cantik, kawasan kawasan riadah, sertai sekumpulan manusa beraktiviti, membuka telinga untuk pendapat pendapat baharu. Jangan tidak tahu, terlalu ramai manusia SEPI awal awal lagi sudah menutup pintu atas sebab peribadi yang juga jarang mereka luahkan.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...