FACEBOOK MUKABUKU.

54 5 0
                                    

PENGALAMAN FACEBOOK.

Ini semua tidak termasuk godaan dari para scammers Nigeria lelaki dan perempuan yang masih tidak putus putus mencuba.

Kehilangan teman akibat facebook juga sudah dilalui. Dinding dinding yang mencurigakan juga sudah dilihat. Kesemuanya walaupun aneh masih menyumbang. Di bawah adalah pengalaman pengalaman dari Facebook sejak 2009.

1. Message dari isteri friends on the list. Dua tiga menyiasat kalau kalau mama ada hubungan dengan suami mereka. Bagi memudahkan hidup, mama patahkan rasa ragu mereka, mengatakan itu hanya dalam fb list sahaja. Tak mungkin mereka akan jatuh cinta pada mama yang tua

dan berdermin ini. Senang cerita, mama pun tak minat.

2. Apabila para cisgender mula bertanya secara terus terang tentang hidup transwoman. Sejak tahun 2009 membuka dinding mama tidak ada rahsia, (Cuma kisah cinta mama saja dirahsiakan). Pertanyaan mereka lucu, tapi diharapkan membantu kerana mereka juga mungkin akan mempunya zuriat yang berjantina sama nanti. (minta dijauhkan).

3. Berhubung secara illusi dengan dua tiga pemilik akaun fb. Bukan mama miang, mama hanya mahu lihat sejauh mana mereka menjalani hidup yang kosong dan palsu itu. Jelasnya selepas dua tiga sessi mereka akan mendapati mama terlalu realistik dan tidak dapat menjamu emosi mereka.

4. Membaca isi hati ramai pengguna facebook. Macam macam, tapi hati mama masih bersifat terbuka, tengok dan terima sahaja. Asalkan tidak racis, tidak menghina agama, bangsa dan tidak marah marah secara keterlaluan.

5. Mood pengguna facebook juga berubah ubah. Itu kita harus faham. Ada yang lucu ada yang jengkel. Kita tunggu dan lihat apa reaksi dia kemudiannya. Yang muda dengan cara muda, yang tua itu dengan cara mereka.

6. Ada pembahagian sebenarnya dalam facebook. Ada yang intelek, yang bermain selamat, yang melampiaskan kemarahan, mencari pasangan, iklan percuma, ciwi branded dan macam macam lagi...apa apapun mereka semua adalah penyumbang pada wadah kehidupan.

7. Ada yang kuat merajuk. Itu kita tengok juga setakat mana. Lucu jadinya fenomena ini. Merajuk kerana kita tidak tekan LIKE ya...Like tak Like itukan pilihan orang...

8. Kebanyakkan luahan selalunya bersifat kabur kabur. Jadi kita kurang melayan. Kadang kadang kita lucu lucukan saja. Ditikam belakang,marah pada pejabat, marah pada keluarga, marah pada kekasih aduhhhhh....capek. Jadi tatapan.

9. Manusia manusia sepi juga ada...tercari cari cinta luahannya di dinding masing masing. Sangat romantis, bila ditanya katanya saja saja.

10. Ahli Politik, Ustazah, Ustaz dan tukang cincang juga ramai...bertauliah atau tidak wallahualam. Berapi api mereka menetapkan letak duduk kita sebagai manusia. Semua atas kita sahaja untuk membaca atau membiarkan mereka sepi. LGBT sudah terbiasa dengan semua ini...ketawa mungkin di tahap ini. Pelakon Porno? Owh itu sensitif ya...nama pun facebook mestilah ada.

My wall is my right, selalu saya katakan. Butang butang yang disediakan oleh Mark Zukernberg itu membantu. Facebook boleh dijadikan medan yang menguntungkan. Perniagaan kecil, Perkongsian Ilmu manusia yang bermanafaat, mencari sumber kaunseling, mencari pendapat ke dua ke tiga, war war berita apabila gawat dan macam macam lagi. Mereka selalunya sangat membantu.

Ada yang bemati matian mahu kita membeli nilai hidup yang mereka lalui/percaya. Mencari pengiktirafan sejagat. Sehingga sanggup menghina warga yang lain. Harus ingat, ini warna warni dunia, scroll ke bawah dan baca hal lain yang lucu, positif dan berfaedah. Namun ramai yang sporting dan bijak juga.

Isu isu lapuk yang dibangkit bangkitkan hanya untuk tujuan provokasi seperti bangsa, agama, anjing, LGBT, pelarian, pemerintah dan suasana negara juga menjadi kegemaran.

Ada baiknya dinding dinding negatif yang disebutkan tadi, secara tidak langsung ia mengajar kita tentang paten, warna warni dan sikap. Tulisan danluahan individu individu dan apa yang mereka sokong itu adalah gambaran sebenar. Jadi kita tahu bahawa, suasana sebenarnya dalah begitu dan begini.

Bagi yang lebih rajin, kita akan terlihat bentuk komen dan luahan mereka di dinding yang lain. Itu adalah gambaran mereka sebagai individu...jadi kita ada pilihan.

Pengguna facebook tidak aktif ada beberapa jenis. Membuka akaun atas saranan kawan kawan dan tidak berminat. Membuka akaun tapi terlupa kata laluan. Membuka akaun tapi tidak mahu menyumbang. Ada yang berSOPAN, mereka akan menghantar pesanan supaya jangan didelete mereka, mereka mambaca tapi tidak aktif. Cara terbaik untuk delete akaun tidak aktif adalah sewaktu hari jadi....nampak saja nama dan personality yang tidak dikenali, kita delete sahaja. MUDAH.

Percayalah, bukan kamu seorang sahaja yang hilang teman teman akibat luahan di facebook. Penulis juga sudah menghadapi hal yang sama di waktu waktu awal dahulu. Ada yang penulis delete, ada yang penulis block. Haish...pastilah ada yang mendelete penulis juga..itu proses biasa. Ya, ada fungsinya...delete supaya dia masih boleh membaca status kita, block untuk menghapuskan saja dia dari sebarang berita.

Ada yang ketagih pada muat naik kita juga. Ada yang menggunakan akaun palsu yang biasa untuk kekal mendapat berita dan menjadi habuan/jamuan dirinya. (jamuan untuk digunakan sebagai bahan mengata).

Block, Delete dan Unfollow itu sangat membantu. Percayalah ramai yang sudah melalui pengalaman berfacebook, mereka matang dan tahu apa tindak tanduk yang harus mereka lakukan. Facebook melatih kita bersifat lebih terbuka sekiranya kita mahu.

Video video AIB selalu kita elakan. Ada yang suka ada yang seolah olah ketagih pada video jenis ini. Itu lauk harian mereka.

SEGALANYA DI HUJUNG JARI KAMU, BAIK ATAU BURUK.

Penulis memilih Resepi, Fesyen, gaya hidup dan Kisah kisah lucu....give it to me...anytime I will be happy!!!


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now