CANTIK

39 3 0
                                    


CANTIK DALAM KONTEKS ALAF BARU

Siapa tidak mahu cantik?

Rungutan demi rungutan tentang keadaan fizikal diri. Ada sahaja yang tidak kena. Mengkagumi personaliti personaliti dan idola yang dirasakan cantik mengikut tahap piawai masing masing.

Maka dikurniakan pula kemampuan kewangan sewaktu hidup. Maka masing masing berusaha keras untuk tampil lebih menawan dan jelita, sehingga terlupa untuk apa tujuanya. Apabila ditanya masing masing mengatakan untuk meningkatkan jati diri apabila berada dikhalayak. (pernah terfikir apakah bentuk mentaliti khalayak yang dimaksudkan itu?)

Setelah meneliti semua rasa tidak selamat manusia 'insecurities' bermulalah proses perniagaan. Tawaran demi tawaran untuk membaik pulih struktur wajah, badan dan apa sahaja termasuk menukar saiz dan berat badan secara mudah dan berkesan.

Manusia dan nafsu mereka sudah ditelah, yang perlu berjalan sekarang bagaimana mahu menyakinkan mereka bahawa cantik menarik itu adalah segala galanya.

Kecantikan adalah industri yang semakin mendapat tempat dikalangan manusia. Semua orang mahu cantik, adalah frasa yang tidak kita tolak lagi. Dari anak anak desa sehinggalah para socialite yang mempunyai wang berkepuk kepuk.

Kata kata klise bahawa hati yang suci, otak yang pintar itu adalah cantik dikatakan TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI LAGI. Semuanya harus seiringan...cantik, bijak, menarik, seksi dan memikat mula digambarkan oleh duta duta pilihan. Masing masing mula menelan air liur dan menyimpan cita cita untuk ikut serta sekiranya ada rezeki.

Kecantikan seharusnya dilihat secara asas, kata kita yang tidak mempunyai wang. Teknoloji ada, apa salahnya kita cuba demi penampilan? Kata mereka.

Manusia mula menjadi keliru, klinik klinik kecantikan astetik mula menular seperti cendawan lepas hujan. Ada yang menawarkan rawatan membesar dan menagangkan payu dara, rawatan melicinkan kulit, suntikan kolagen, suntikan filler, anti penuan, rawatan reka bentuk badan dan pelbagai lagi demi kebahagian manusia wanita.

Memang benar menurut asas ekonomi, Perdagangan itu wujud akibat hati/nafsu manusia yang tidak pernah puas. Manusia pula sudah bersedia dengan alasan alasan manusiawi kenapa mereka memilih untuk menjalani perkhidmatan perkhidmatan kecantikan yang disebutkan di atas secara sukarela apabila mempunyai dana yang cukup. Diri harus tampil hebat. Kekal keremajaan atau paling tidak sedap mata memandang kerana kagum. Itu mahunya manusia, rupanya!

SOALAN SOALAN TENTANG CANTIK.

Kita jadi tertanya tanya apakah Piawaian Kecantikan masakini?

Apakah kita terbeli dengan segala yang ditawarkan pada kita?

Sudahkah kita menilai erti kecantikan secara sejagat?

Isi kandung yang digunakan demi kecantikan?

Apa benar, kalau kita cantik hidup menjadi lebih mudah?

Petandingan ratu cantik itu masih ada..masih digilai kenapa?

Siapa orang orang dibelakang industri kecantikan?

Apakah betul cantik itu satu dugaan? Apa cantik itu satu kurnia?

Siapa yang tidak impikan isteri cantik?

Maknyah mana yang tidak mahu cantik?

Kita bertanya dan tertanya tanya lagi...kenapa aku dilahirkan serba kekurangan? Padahal bagun pagi masih bernafas, suasana sekeliling terasa nyaman, masih bernafsu pada hidup...membelek cermin lalu menjadi sebal. Hidung penyek, muka tidak seperti artis, tidak pernah mendapat perhatian? Kita pujuk lagi hati kita, cantik itu hanya sementara, hati itu perlu mulia dan telus. Dengan peredaran waktu, masih lagi tiada harapan.

Tiada kekasih kita salahkan diri yang tidak cantik, gemok, kurus kering, muka berdermin dan lain lain lagi kekurangan. Sedihnya hidup kita.

Menonton telivisyen, satu ruang tamu memuji muja pelakon drama...putihnya...gebunya...cantiknya...yang memegang watak antagonis sahaja milik si wajah bisa. Sedihnya hidup.

Selepas cantik, ada pula jamu rapat. Demi menjaga suami, walaupun sudah beranak 3. Serba tidak kena hidup ini.

Apabila ada wang lebih kita pun carilah jalan...sanggup menggadai nyawa demi....demi apa sebenarnya?

Ini antara topik yang tidak pernah tamat. Sudahlah malas berolahraga, malas menjaga diri dan pemakanan, mahu pula jalan pintas...aduh lemah dan sedihnya hidup manusia.

Betul juga kata kata orang kampung,"alah dia banyak duit, lawalah...takda duit apa satu tak jalan".

Penulis TIDAK MAHU menasihati ghairah kamu terhadap hal hal ini, kamu pasti sudah membacanya di mana mana penerbitan.Bacalah 10 kali pun...nafsu kamu tetap akan bertanya, ubat apa yang terbaik untuk memantapkan payu dara, ubat apa yang boleh kurus cepat...kamu manusia, penulis faham.

Alangkah HIBAnya hidup kalau kita tidak dapat mendakap diri dan genetik asal kita. Gagal menjaga kesihatan diri. Tidak ada kemampuan kognitif untuk berfikir lebih jauh. Fenomena ini bukanlah di Asia sahaja...serata dunia ada definasi cantik mereka sendiri.

Kita sibuk mahu memenuhi tahap piawaian cantik yang ditentukan oleh trend semasa, masyarakat otak cetek, lawan jantina kita yang sentiasa dahagakan bintang bintang, kita cemburu pada fizikal mereka yang kita anggap sempurna hebat, kesimpulannya kita rasa rendah diri hanya kerana kita gagal memahami erti cantik yang sebenar.

"apa apapun mak tetap nak cantik"

"betuahnya dia suami tampan dia pula cantik"

"I akan buat apa sahaja untuk memutihkan kulit hitam ini"

"duit ini memang sudah disimpan untuk tarik kulit kendut"

"hidung ni kalau tinggi sikit pasti menawan"

Kasihan kasihan kasihan. Bukan pada kita yang tidak cantik, kasihan pada diri yang kurang faham tentang manusia dan hubangan sesama mereka. Wajah cantik yang mengaburi sifat. Taksub pada apa apa sahaja yang cantik. Hilang bakat hebat kerana tidak cantik. Kasihan...kalau kita berterusan begini!!!

NEXT TIME WHY NOT WE TALK ABOUT...

- TALK ABOUT ASTETIK BEAUTY

- Mask, toning, moisterising...get the basic.

- STANDARDS REQUIRED BY THE SOCIETY

- INFLUENCES

- HEALTH HAZARD

- QUESTIONS TO THE GENERAL PUBLIC

- KLISE MEANING OF BEAUTY

- HOW FAR WE ARE WILLING TO SUCCUMB

- DIFFERENT PLACES DIFFERENT IDEAS ON BEAUTY

- WHY THE EXTRA MILES?

- DEEPER

- SELF ESTEEM/CORRECTIVE SUGERY?


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now