BILA BADAN TIDAK MENGIZINKAN.

16 3 1
                                    


APABILA BADAN SUDAH TIDAK MENGIZINKAN

Badan dalam konteks kesihatan, saiz, kekuda diri dan suasana sewaktu melangkah. Perlu juga diambil kira tarikan graviti dari waktu ke waktu.

Badan juga membuatkan keupayaan masing masing jadi tidak sama.

Manusia bukan tidak tahu bahawa semua mereka tertakluk pada hal hal sebegini. Di depan mata sudah terbentang contoh contoh nyata. Kisah suka duka, tua muda, sihat sakit dan bahagia derita manusiawi.

Kata orang, otak yang sihat selaras dengan badan yang sihat juga. Kita mengambil jalan mudah, kita gabungkan ke dua duanya lantas dipanggil mampu BADAN.

Banyak hal yang kita sedia maklum tentang cara hidup sihat, senaman, pemakanan yang baik dan lain lain ghairah manusia sewaktu bernafas. Pening dan demam ringan pun kita sudah jadi sedikit gelabah.

Ada badan yang cepat tamat tarikh lupus, ada badan yang tarikh tamatnya agak panjang.

Tidakkah kita semua terfikir bahawa ini semua hanyalah KESEMPATAN yang diberikan oleh pencipta? Kalau tidak percaya pada Tuhan pun kita tahu, hidup manusia sememangnya begitu...sihat sebelum sakit, muda sebelum tua.

Kesempatan pula harus kita gunakan sebaik mungkin. Perkataan memanipulasikan hidup itu adalah penting, walaupun ianya berbunyi agat penting diri. Apa yang hendak dimanipulasikan?

Sementara badan masih mampu....

1. Berikah diri ilmu duniawi yang terbaik buat diri supaya proses mengandar diri jadi lebih lancar

2. Amalkan cara hidup yang boleh membantu minda dan fizikal untuk bergerak cergas tanpa ragu ragu

3. Bergembiralah dengan penuh hemat

4. Pokoknya berikan diri hal hal yang terbaik mengikut daya mampu fizikal, situasi sekeliling dan tidak memudaratkan apa apa atau sesiapa (termasuk diri)

5. Kuasa Illahi jangan dilupakan sama sekali.

Memang mengikut kata bijak pandai, manusia itu diduga dari masa ke masa. Nafsu manusia itu cuba mereka penuhi sebaik mungkin. Pertikaian hidup, percanggahan pendapat, kesukaran menjamah impian akan tetap ikut serta. Kalau tidak ada, apalah erti yang dinamakan hidup?

Tidak dapat lari, kita akan terbeli pada cara hidup, gaya, stail dan tatacara masyarakat setempat. Kita lihat, kaji (tak banyak sikit), kita jadi terkejut dan berhakim bila hidup orang terkeluar dari tangent budaya biasa. Ini bahagian yang harus kita hati hati, kerana semua kejadian itu ada sebabnya. Bukankah DIA itu maha kuasa?

Apa kita buat apabila badan sudah tidak mengizinkan?

1. Kita merendah diri dengan penuh hormat

2. Kita redha pada kesan waktu dan masa

3. Kita tidak memaksa badan lagi

4. Kita mula menilai segala yang telah dilalui

5. Kita kenal erti berpada pada

Lebih kurang begitulah. Ketika ini kita mula menggikis sifat sifat negatif yang lama, tertawa pada khilaf khilaf dahulu atau berkongsi rasa dan cerita (sense of humor). Sesalan dan rasa rugi jangan dilayan sangat, kerana masa tidak akan berputar kembali.

Ilusi illusi, impian impian dan cita cita tidak tercapai itu jangan dikesalkan. Badan sudah tidak mengizinkan. Jadi apa yang harus dilakukan?

Berkata seadanya, bergerak seselesa mungkin dalam budaya dan citarasa. Bila badan sudah tidak mengizinkan, rentak fikir juga menjadi perlahan. Hati hati supaya tidak terguris dan mengguris!

Teruskan sahaja hidup selagi masih bernafas, bersyukur dengan apa yang sedang kita mampu.

Janganlah pula asyik menghitung hari mahu kembali/mati.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now