Pernahkah kamu menjadi manusia itu? Terasa bagaikan ada ruang lohong dalam diri yang harus diisi? Mahukan ianya diisi oleh orang lain, ya...orang yang menarik, impian dan menawan kalbu. Pokoknya manusia yang kamu tertarik dan menjadi igauan kamu. Ahh...aduh...indahnya kalau dia dapat memenuhi niat kita yang satu itu.
Apabila berpeluang sahaja, kita meletakkan diri kita pada sikap dan adab yang terbaik. Semoga dia juga punya perasaan yang sama, tertarik pada diri kita ketika itu. Ya Tuhan kabulkan permintaan aku yang satu ini. Aku mahukan dia, dia akan memenuhi ruang KOSONG aku yang satu itu. Dunia akan menjadi lebih indah. Paling tidak Indah untuk aku dan dia. Bahagianya....
Kita diberi peluang untuk berhubung sesama manusia. Usaha kita tentulah lebih untuk manusia yang kita suka/tertarik. Usaha usaha yang berlebihan akibat kita mahu ada di hatinya. Ternanti nanti panggilan dari dia, berharap dia akan faham tentang rindu dan mahu bersama. Kita berusaha menyelidiki siapa dia? Kemana dia pergi? Dia keluar dengan siapa? Apa jurusan yang diambil? Bagaimana dia di tempat kerja?
Ada waktunya kita akan mengekorinya...pernah juga mengekori silap orang. Mata kita mungkin sedikit kabur kerana hati kita masih kosong. Hanya dia yang mampu memenuhi ruang itu. Kita ternanti nanti pada kejadian indah dari dia...bila agaknya dia akan menyatakan hasrat tersebut? Kenapa dia tidak membalas pesanan pesanan romantis manja mesra? Banyak hal jadi tertunggak akibat penantian kita yang satu itu. Pasti ada yang tidak kena dengan diri kita. Kita berdiri di hadapan cermin kehidupan 7 kaki, mencari cari apa yang kurang dengan diri. Segala analisa untuk menjatuhkan gred kita sebagai manusia dilakukan kerap. Secara sinis, kita harus mendaftar diri di pusat sakit mental untuk membaiki pemikiran kita sebagai manusia berharap.
RUANG KOSONG dalam diri sebenarnya harus dipenuhi oleh diri sendiri, dengan pelbagai aspirasi diri yang kental. Tidak kira apa sahaja, pendidikan peribadi yang baik, niat niat murni, pengukuhan dan pemahaman terhadap insan di sekeliling, kerja kerja amal buat diri dan masyarakat. Ruang kosong yang penuh dengan harapan untuk dipenuhi oleh orang lain itu, sebaiknya dilupakan sahaja. TIDAK MUNGKIN ianya dapat dipenuhi oleh mereka. Mereka itu tidak punya waktu, mereka gagal mengenali kualiti diri kamu, sapaan romantis mereka itu hanya sekadar hubungan hubungan sipi sesama manusia sambil menikmati hari yang berlalu. Tidak perlulah kita mengulangi kembali bicara perihal tentang manusia dan kemahuan, impian dan citarasa mereka. Tidak perlu juga kita menjatuhkan nilai kita sebagai manusia dengan mencari menilik segala kekurangan kita kerana tidak memenuhi piawai semasa.
RUANG KOSONG dalam diri itu, sepatutnya dipenuhi oleh kita sendiri. Ya, itu tugas kita bukan tugas orang lain. Kata kata penyedap, "kau memenuhi diriku, you complete me" itu biarlah ianya dicetak dalam novel novel romantik sahaja...Proses memenuhi ruang kosong itu adalah tugasan mutlak kita sendiri sebenarnya.
Hmmm? Bagaimana?
1. Menjadi manusia yang berkualiti setakat mampu
2. Menjaga diri secara fizikal dan emosi di had terbaik
3. Menghormati tindakbalas alam sekeliling penuh pengertian.
4. Tidak mudah mengalah dalam apa saja hal. Usaha usaha menjadi manusia yang terbaik.
5. Berbahagia jika perlu terus bersendirian
6. Bertimbang rasa.
Jika ada sekalipun kehadiran manusia dalam hidup kamu, dia bukanlah pemenuh ruang kosong dalam diri kamu itu harus dipenuhi oleh kamu sendiri. Jika terus menanti orang kamu tidak akan pernah merasakan bahagia...
1. Dia mungkin tertekan sewaktu memainkan peranan
2. Manusia akan bosan suatu hari nanti dia atau kamu
3. Dia hanya membuat keputusan kerana hal hal tertentu. Jelek sekiranya kamu pilihan dia akibat tiada pilihan.
4. Dia akan membawa bersama masalah masalah baru
5. Dia juga boleh memohon maaf dan berlalu
Jadi Ruang akan kembali kosong....kerana selama ini kamu berharap akan dipenuhi sentiasa oleh dia....owh tidak mungkin sama sekali.
Kalau ada sekalipun kehadiran dia bukanlah memenuhi ruang kosong kamu, itu hanyalah perkongsian hidup yang harmonis. Kamu tetap harus bertanggungjawab terhadap apa sahaja tentang diri kamu.
YOU ARE READING
CONVERSATION
LosoweConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...