SENI MELEPASKAN. (THE ART OF LETTING GO).
Bagaimana? Indah bukan ayat ayat dalam lirik lagu murahan tersebut?Aku yang kau tinggalkan, merana sendirian dah hanya merenung bulan! Ada yang terlalu pasif, ada yang angkuh dan bernada mendayu. Maka anak anak mula menjadi melankoli. Bukan semua, ada juga yang memendam rasa sampai mati. Difikirkan kembali untuk apa? Untuk siapa? Supaya jadi tumpuan? Bahan rujukan nanti apabila ujudnya kes kes korban percintaan? Mahu diabadikan dalam novel cinta? Tidak masuk akal semua ini.
Hati dan tahap kekuatan manusia tidak pernah sama.
Dalam diam usaha untuk 'Melepaskan ikatan simpulan emosi' yang merugikan hidup ini harus kamu renung sebaik mungkin. Dihentikan kalau sudah benar benar memahaminya.
IT'S JUST NOT WORKING ANYMORE, on your side? On his side? And other impossible areas. (citarasa, agama, pegangan hidup dan falsafah hidup baru yang tiba tiba ujud dalam perhubungan).
"Takpalah apa apapun Ina doakan dia bahagia, Ina akan tetap ingatkan dia, Ina nak tengok takat mana dia pergi, Ina takkan lupa apa dia buat kat Ina." Diungkapkan dengan penuh rasa kesal, gundah, dendam, rasa bagaikan mangsa dan penuh kesumat adalah petanda kesukaran untuk melepaskan.
KENAPA HARUS MENGENAL SENI MELEPASKAN?
1. Supaya kita kenal pada kuasa Tuhan dan letak duduk diri sebagai manusia, belajar menerima ketentuanNYA. Itu bukan rezeki untuk kamu. (dalam mulut lagikan mampu terhambur keluar kan?)
2. Tidak perlu menghabiskan masa beranalisa secara negatif tentang diri. Kamu masih boleh membaiki apa saja yang kamu mahu demi KAMU bukan untuk orang lain. (menghargai masa yang singkat, berikan yang terbaik untuk kamu, kisah ini tidak lancar/tersekat/memeningkan sebaiknya kamu pergi. Rugi waktu)
3. Memberikan ruang pada diri, temasuk Peluang baru, Kesihatan, pembawaan diri dan hal hal negatif lain harus dikawal sebaik mungkin. Bukan menyiksa. (fikirkan sejahtera manusia. Sejahtera luas maknanya, bayangkan susuk manusia yang kelihatan segar, positif dan sihat.)
4. Kesilapan konsep teknik PEMBUKTIAN itu juga harus diubah, pembuktian hanyalah pada diri dan Pencipta sahaja bukan orang lain. Rasa gundah kecewa itu cuma ego manusia sahaja. (sangatlah kurang matang kalau segala tindak tanduk dilakukan untuk mata orang sahaja)
5. Apabila kembali pada Tuhan, itu bukan membawa makna kamu pasrah atau gagal. Kamu sebenarnya menuju ke paksi hidup yang lebih kuat. (tidaklah bermaksud kamu harus jadi orang orang agama sahaja, kembali pada Tuhan di sini berkait rapat pada REDHA dan tahu tiada kuasa yang paling hebat selain kuasa DIA, kita kita ini tukang jalani sahaja).
6. Melihat pada setiap objek sebagai kenangan sewaktu bersama juga adalah hal romantik, bodoh jika keterlaluan melulu malah ianya memerlukan kawalan. Usaha untuk melupakan kenangan yang baik atau buruk terjadi kerana kamu hanyalah manusia. Ada kenangan yang menyekat/menghadang laluan ke depan. Kenangan yang indah itu adalah kurnia untuk dinikmati, namun jangan sampai leka terbawa bawa sampai ke hujung usia.
7. MARAH MARAH adalah bahaya. Kesihatan diri dan kesihatan pada persekitaran sosial. Elakkan menjadi seorang yang pahit. Kerana label itu akan jatuh pada diri kamu bukan dia atau orang lain. (emosi yang tidak terkawal setelah kecewa. Darah tinggi, kencing manis, bunuh diri, ugutan ugutan yang tidak difahami.
8. Perlahan-lahan kenal erti memaafkan dunia dan akibatnya. Bukan semua kitaran dunia akan mengikut paksi kemahuan kita, lumrah. Kamu juga tahu bahawa ruang masih banyak sekiranya kamu tidak terlalu membanding banding... (yang dulu begini, yang baharu begitu, sedangkan ruang itu dikurniakan oleh DIA, jalani sahaja dengan hati terbuka)
9. Tiada akan ada paksaan dalam urusan berkasih sayang, jangan jatuh dalam segmen NAFI DIRI: aku tetap akan menyangimu sampai bila bila, adalah nafsu dan lemah diri sebenarnya. Kebergantungan emosi pada orang lain, adalah tidak elok. Ini kisah yang GAGAL terimalah hakikatnya, tumpukan pada cerita yang baharu. (bukankah ini kelebihan manusia?)
10. BERSANGKA BAIK, sebagaimana ia dituntut dalam segmen kehidupan lain, ianya juga penting untuk perihal perihal MELEPASKAN. Agar ruang hidup tidak menjadi sempit dan tiada perbandingan terhadap hidup baru yang bakal kamu tempuh.
Tidak mudah untuk diamalkan hal hal MELEPASKAN namun paling tidak kita sudah mencuba penuh pengertian. Bukankah sudah dikatakan, dunia ini tidak pernah berhutang kita walau satu senpun, tukang gerak adalah manusia dengan kederat dan kudrat yang dikurnia. Sebenarnya kita semua sudah melakukannya tanpa sedar, cuma tidak digambarkan dengan terma dan penerangan yang tepat. Kamu pasti pernah dengar kata kata maafkanlah, sudah sudahlah, takpa kita beli yang baharu, esok esok akan ada rezeki yang lebih baik....
*Terlalu ramai yang gagal melepaskan apabila gagal dalam hubungan (maklumlah kita kita ini hanya manusia fana) Menggumpul kekuatan tentulah mengambil masa. Seni melepaskan juga adalah luas, menuntut pelbagai kefahaman dan hati yang bersih. Dikongsi oleh penulis demi kedamaian jiwa. Supaya anak anak boleh bangkit dan menjadi manusia yang realistik dan akur pada ketentuan Pencipta.
Siapalah kita untuk berdiri dan bermegah megah dengan kisah kasih yang tiada ketentuan itu? Ingat, kita cuma secebis habuk...di alam semesta. Maka bernafaslah dengan damai.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...